15/11/2017
TERLALU BANYAK PRODUK2 UNTUK KURUS DIPASARAN??? 😯😯😯
TETAPI TAHUKAH ANDA PRODUK TERSEBUT BENAR BENAR BERKESAN ATAUPUN SEBALIKNYA???😥😥
HARGA YANG MURAH BELUM TENTU BERKESAN MALAH SEMAKIN BURUK BOLEH MEMBERI KESAN SAMPINGAN YANG BURUK KEPADA PENGGUNA😓😓😓
Mari kami kongsikan serba sedikit info berguna buat anda.
5 Soalan untuk memilih suplemen
Ada 5 soalan anda boleh tanya kepada ahli farmasi atau pengedar suplemen anda:
1. Adakah produk anda organik dan bebas daripada racun perosak, racun herba dan bahan kimia?
Jangan terpedaya dengan label yang menyatakan “Asli” atau “organik”. Pencemaran berlaku daripada udara, air, trak dan lain-lain. Adakah bahan-bahan ini diuji untuk keselamatan dan ketulenan sebelum, semasa dan selepas pembuatan? Bagaimana mereka membuktikan produk adalah bebas daripada pencemaran ini?
2. Apakah ramuan dalam produk dan dari mana ia datang?
90% daripada ramuan datang dari China di mana racun perosak dan bahan kimia yang diharamkan digunakan. Ingat, apabila ia “semula jadi” dan keluar dari tanah, bahan kimia dan semburan juga datang bersama-sama.
3. Apakah SETIAP botol (TIDAK ujian rawak) terbukti bebas daripada racun perosak, logam berat dan lain-lain?
Dimana bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini? Sebaiknya sokongan hendaklah daripada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan syarikat.
4. Siapakah yang menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka? Kalau tiada kajian klinikal, lupakan sahaja.
Sekiranya ada dilakukan ujian klinikal, pastikan ujian dilakukan oleh agensi tanpa kepentingan dan kajian mereka boleh disemak pihak lain.
5. Bagaimana kesan penyerapan suplemen ke dalam badan?
Adakah terdapat bukti bahawa ia menyerap di tempat yang betul di dalam badan anda untuk faedah maksimum? Kalau ada kajian klinikal, adakah ia diterbitkan dalam mana-mana jurnal? Antara jurnal yang dipercayai termasuk JAMA, American Journal of Clinical Nutrition, dan lain-lain. Jangan percaya jurnal yang diterbitkan sendiri oleh syarikat tersebut.