17/03/2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah pengumuman penting dari kami di threefolks sneakers, sehubungan dengan perintah kawalan pergerakan dari perdana menteri semalam, kami akan menutup tapak niaga mulai malam ini kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak, ini berikutan tentang kes pandemic covid-19 yang kian menular di negara kita. Kami menyokong penuh usaha kerajaan bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak. Dan sebagai alternatif lain kami akan menggunakan platform Facebook ini dan Instagram https://www.instagram.com/sneakercults/ untuk melakukan urusniaga.
Dalam kesempatan ini juga kami ingin mengingatkan kepada semua pelanggan kami untuk berwaspada setiap masa, elakkan dari melakukan aktiviti di luar kawasan rumah dan sentiasa memastikan kebersihan diri di jaga terutama bahagian tapak tangan. Jika ada sesiapa keluarga terdekat yang mengalami simptom2 jangkitan covid-19, Sila bawa ke tempat saringan terdekat dengan segera.
Sama-samalah kita memainkan peranan bagi mencegah wabak ini dari terus menular dan pesakit-pesakit dapat dipulihkan supaya segala kegiatan harian dapat dilakukan semula seperti biasa.
Semoga kita semua selamat dan terlindung dari segala kejahatan. Spread the love and be safe to all of you.
P/S: tolong jangan habiskan meggi asam laksa, pampers budak, Tisu tandas dan hand sanitizer, ingat orang lain juga Memerlukan. β₯οΈβ₯οΈ