Misz Haifa Bookstore

Misz Haifa Bookstore Currently Open for PreOrder

Hanya Wanita Biasa (Book 1 QueLanie)

RM10
16/11/2019

RM10

24/05/2019
RM 10Direct dengan Missz Haifa
11/05/2019

RM 10
Direct dengan Missz Haifa

Ready stock
29/12/2018

Ready stock

Seindah Cinta Yang Dulu Www.wasap.mu/60139754227Hujung baju ditarik. Segera Ain matikan api gulai ayamnya. Nasib baik da...
14/12/2018

Seindah Cinta Yang Dulu

Www.wasap.mu/60139754227

Hujung baju ditarik. Segera Ain matikan api gulai ayamnya. Nasib baik dah masak. Badan dipusingkan menghadap si anak.
“Mommy!” Esakan kedengaran.
Ain samakan ketinggian dengan Ziyyad. Anak lelakinya itu kelihatan sedang mengelap mata dengan belakang tangan. Sesekali mata itu tidak lepas dari memandang ke ruang tamu.
“Kenapa ni abang long?” Risau Ain bertanya. Dah lengkap berbaju melayu, muka p**a dah sememeh dengan air mata.
“Adik gigit?” Teka Ain. Hanya itu yang terlintas di kepala. Semenjak makin banyak tumbuh gigi, makin menjadi-jadi Aira mengigit orang.
Ziyyad geleng laju. Ain tarik nafas lega. Songkok yang kelihatan senget di kepala Ziyyad diletakkan elok-elok.
“Adik nangis mi.”Zayyed p**a datang ke dapur membawa berita.
Ain cuak. Apa kes p**a dua-dua menangis ni?
“Cuba beritahu mommy, kenapa Ziyyad dan adik nangis?” Ain halakan pandangan kepada Zayyed. Satu-satunya harapan dia untuk mendapat jawapan.
“Adik nak ikut kita orang pergi solat Jumaat.”
Ain geleng kepala. Aira sekarang pantang orang pakai cantik-cantik, mulalah dia pun nak ikut sama.
“Daddy mana?” soal Ain.
“Daddy belum turun lagi, mommy. Adik nangis, abang long nangis la. Tadi adik peluk abang long kuat-kuat. Mommy, kesian adik nak ikut. Kita orang bawa ya.” polos permintaan Zayyed. Ain gelak halus.
“Tak boleh, sayang. Aira kecil lagi. Lagipun solat Jumaat ni untuk orang lelaki je. Tak apa, abang long pergi panggil daddy turun. Dah masuk waktu ni." Ain dukung Aira yang masih menangis.

"Abang long pergi basuh muka.ya." pujuk Ain. Kesan airmata di p**i Ziyyad disapu. Lembut hati anak lelakinya yang ini bila melibatkan si adik.

SEINDAH CINTA YANG DULU RANDOM TEASERAin dan Nazua berceloteh tanpa henti. Sedikit terganggu dengan Masayu yang ralit de...
03/12/2018

SEINDAH CINTA YANG DULU


RANDOM TEASER
Ain dan Nazua berceloteh tanpa henti. Sedikit terganggu dengan Masayu yang ralit dengan phone di tangan. Semalam dia yang beria nak buat mini reunion, tengok sekarang dia yang sengih seorang-seorang.

“Apa yang menarik weh?” Tegur Nazua.

“Poligami dengan kawan baik.” Masayu tayang screen P20 pada Ain dan Nazua.

“Aku bukan menghalang poligami. Tapi kalau boleh, bukan lah suami aku. Dengan kawan sendiri minta jauh la.”

“Kau Tak boleh cakap cenggitu Ain. Cinta tu tak kenal siapa.”

“Tapi, kau kenal Ain. “ sampuk Nazua geram.

“Dah Kenapa nama aku p**a kena petik?”

“Itu contoh. Kalau kawan sendiri rampas laki kawan,kau rasa? Lepas tu kecoh cakap cinta tak kenal siapa.” Nazua menzahirkan kata-kata dengan meluat.

💟💟💟

Sirap ais disedut dalam. Hilangkan panas dalam hati dan panas terik matahari. Dah jadi panas luar dan dalam. Berita yang baru sahaja sampai ke telinga boleh buat api keluar dari kepala. Nasib baik Yang menyampai tu mak mertua sendiri.Lembut sahaja setia tutur bicara wanita itu.Lebih kepada mengingatkan.

“Panas sangat tu.” suara mengejek si teman lama. Alang-alang turun ke Kuala Lumpur dipanjangkan langkah berjumpa.

“Kau ni sengajakan. Saja la tu nak gelakkan aku.” Bebel Ain geram.

“Ye la, dah kau perangai tak berubah-berubah juga. Baik sangat. Memang aku puji sikap bersangka baik kau tu, tapi agak-agak la sikit bila orang Yang kau nak bersangka baik tu adalah bekas backstabber Yang aku rasa belum lagi nak bersara.”

Keruh air muka Ain. Dia cuba move on. Yang lepas jangan dikenang.

“Aku kesian dekat dia. Datang jumpa aku nangis-nangis. Niat aku nak ringankan tekanan dia.” Salah ke dia nak tolong kawan lama.

“Ain, dulu dia rampas tajuk thesis kau. Kau diamkan je. Nasib baik la tak jadi sama.”

Ain menyengih. Silap dia juga semua nak kongsi. Siap tajuk dengan isi penting dia share. Itu yang jadi tajuk sama dengan Masayu. Bukan hanya tajuk, pemboleh ubah Yang diguna pun serupa. Nasib baik la dia tak share dapatan kajian. Kalau tak,mungkin kena cop plagiat.

“Itukan kisah lama. Buat apa nak ungkit lagi.”

“Aku bukan nak ungkit Ain. Cuma nak sedarkan kau. Manusia ni tak semua gembira tengok orang lain gembira. Tambah-tambah yang jenis membandingkan hidup dia dengan orang lain.”

“Ain, Ain. Dulu Kau diamkan je, takkan dia nak rampas laki kau pun kau nak diamkan juga. Baik sungguh kau ni. Aku rasa lagi bertambah baik kalau kau pinangkan terus dia jadi madu kau. Besar pahala ni.” Separa menyindir suara Nazua. Nak bagi Ain sedar sikit. Buat baik biar berpada-pada.

“Dah tu kau nak aku buat apa? Dia tak ada tempat dah nak pergi.”

“Seingat aku kawan dia bukan kau seorang je Ain. Ramai lagi. Yang kau nak risau sangat kenapa? Dia tu dah terlebih umur untuk jaga diri sendiri.”

“Nanti la aku fikirkan.” Ain tekan pelipis. Pening.

“Jangan lama sangat nak fikir Ain. Macam-macam benda boleh jadi. Kau kena Ingat Ain, sebaik-baik seorang suami tetap Lelaki.”

Ain angkat sebelah kening. Kenapa?

“Mana ada kucing tak makan ikan, tambah-tambah ikan dok bergesel tak
henti.”

“Ada. Yang makan Whiskas.” Sengih Ain menutup hati Yang sudah mula terusik. Hati awak akan berubah ke Zarul?

💟💟💟

Kaki menjinjit mahu mencapai cawan di atas rak. Tangan pendeknya tak sampai. Lantas dia kalih ke belakang.
“Nak apa tu?”
“Cawan. Tolong ambilkan.” Pinta Ziyyad sopan.
“Terima kasih Aunty Ayu.” Laju meluncur ucapan terima kasih bila cawan yang diminta bertukar tangan.
“Panggil la Mama Ayu.” Bodek si perempuan tak malu seraya tersengih-sengih.
“ Mana boleh! Yad dah ada mommy. Teacher cakap ibu, mama atau mommy tu sama je. Untuk ibu yang lahirkan Yad. Aunty bukan lahirkan Yad kan?”
Mendengar polosnya jawapan budak berusia 4 tahun, muka Masayu serta-merta bertukar kelat. Kiri kanan nak menentang dia.
Zarul yang memerhati dari pintu dapur senyum mengejek. Bukan kata nak goda dia, nak beli jiwa budak-budak pun kecundang. Gelak jahat dalam hati.

💟💟💟

“Best kan hidup kau. Macam fairytale. Dapat lelaki yang baik, mertua pun okay. Sayang dekat kau.”
“Alhamdulillah. Semua orang ada rezeki masing- masing Ayu. Kita kena usaha dan reda.”
“Dr Zarul tu romantik tak?” Ayu bertanya selamba. Ain gelak besar. Luar alam punya soalan. Tak pernah ada lagi orang tanya.
“Biarlah rahsia.” Ain melangkah ke almari. Sehelai duvet tebal dikeluarkan. Dihamparkan atas katil.
“Urmm… kau rehatlah. Aku nak naik mandi. Nak siapkan makan malam.” Dalih Ain. Entah kenapa dia bukan jenis yang selesa untuk bercerita tentang sikap suami dengan orang lain walaupun kawan sendiri. Cukup dia yang tahu romantik ataupun tidak seorang Zarul Azhar sebagai seorang suami. Tak perlu orang lain tahu.

💟💟💟

“You tak rasa ke isteri you tu terlalu busy? Abaikan you macam ni. Hujung minggu tinggalkan you dengan anak-anak."

Zarul angkat kepala dari menatap kertas di hadapan.Ada senyum yang terbias di bibir. Bila orang luar masuk campur, memang kena sabar banyak-banyak.

"Ya, itu I akui.Isteri I memang sentiasa sibuk." Sengaja perkataan isteri ditekankan. Nafas dihela. Belum sempat dia menyambung kata, tetamu tak diundang sudah bersuara.

"Kalau you sudi, I sentiasa ada masa untuk you." Makin menggeletis suara si wanita itu. Bagaikan cuba menggoda. Melangkah makin mendekat.

"Sibuk Ain tu sebab I. Sibuk dengan anak-anak, dengan daddy anak-anak. Itu semua sebab I.Pendek kata sibuk isteri I tu berpunca daripada I."

Wanita itu mula menjuihkan bibir. "Tapi.."

Zarul angkat sebelah tangan. Menghalang si dia dari bersuara.

"You rasa adil ke di saat seorang isteri sibuk untuk membantu suami, tapi seorang suami menggunakan kesempatan ni sebagai alasan untuk menggatal dengan perempuan lain? Semata-mata sebab kurang perhatian. You rasa adil ke? " Zarul langsung tidak menengking, malah tiada nada marah waima sekelumitpun. Sekadar bertanya.

"Bukan itu maksud I." Ada getar dalam suara Si Pembalas.

"You mungkin boleh kaburi mata Ain dengan persahabatan you, tapi bukan I. You nak tahu kenapa?" Zarul bangkit dari kerusi.

Masayu geleng kepala. Lain yang dirancang lain p**a yang terjadi. Beg tangan sudah di sangkut ke bahu.

"You takkan mungkin boleh menandingi Ain. Dia terlalu sempurna untuk lelaki macam I. Sebulan you menumpang rumah kami, I rasa you boleh nampak macam mana anak-anak I memandang tinggi pada daddy mereka. I takkan sesekali pertaruhkan semua itu untuk terlibat dengan skandal murahan dengan you. Langsung tak berbaloi."

Terhenyak Masayu dengan kata-kata Zarul. Tak perlu marah-marah, hatinya sudah koyak-rabak.

"Balik lah ke pangkuan suami you. Jangan jadikan kesibukan dia sebagai alasan untuk you cari lain. I tahu you masih isteri dia kan?"

Tak menunggu lama, Masayu angkat kaki. Malu semalu-malunya. Dia sudah tidak tahu bagaimana dia ingin berdepan dengan Ain kalau semua ni sampai ke pengetahuan Ain.

💟💟💟

Satu persatu kain diterbaikkan supaya tak mati cahaya. Itu pesanan daripada puan isteri. Kemudian dikibas sebelum dijemur. Mengurangkan kedutan. Senang Ain nak gosok nanti.
“Itu kan kerja isteri.” Ada satu suara menegur. Elok sahaja kaki berjuntai dengan buaian bergerak ke depan dan ke belakang
Zarul kalih memandang suara yang menegur. Elok sahaja Masayu sedang berayun di buaian besi tidak jauh dari tempat dia menjemur baju.
“Tak patah tangan pun kalau suami tolong ringankan kerja isteri Masayu.” Sehelai lagi kain diambil. Pengepit dilekatkan.
“You ni manja kan sangat Ain. Nanti lama-lama semua kerja rumah you yang kena buat.”
“Kalau ini yang dinamakan manjakan isteri, I think I should do more often. Sayang isteri la katakan.”
Masayu tarik muka. Bibir dijuih ke depan. Jelas tak puas hati.
Malas mahu melayan, Zarul sudahkan menjemur helaian yang terakhir. Tak guna bercakap dengan orang terlebih pandai ni. Buang air liur saja.

💟💟💟

Letak sahaja kepala. Mata terus dipejam. Mencucuk p**a rasanya. Nak kata berjemur tidak. Tapi memang kalau best friend datang, selalu sahaja jadi sakit kepala.

"Yang.." terasa ada sentuhan lembut di bahu. Ain buka sebelah mata. Cuba menaha rasa sakit yang makin perit.

"Migrain ke?" Punggung dilabuhkan di sisi si isteri yang sedang berbaring. Tangan naik memicit kepala si isteri bila Ain mengangguk mengiyakan telahannya.

Sekejapan, Ain rasa ada tangan kecil turut sama memicit tengkuk. Tangan yang memicit di kepala sudah tiada. Saat mata dibuka Ziyyad sudah tersengih memandangnya.

"Mana daddy?" Soal Ain. Tadi rasanya Zarul yang tolong picit kepala.

"Tu. " tunjuk Ziyyad pada daddy yang datang bersama ubat dan segelas air putih.

"Makan ni. Kejap lagi ok la tu."

Ain bawa sebiji ubat tahan sakit ke mulut. Digigit sehingga hancur sebelum ditelan. Kemudian barulah ditolak dengan air. Dia memang allergi nak telan ubat panjang-panjang ni. Biasanya akan tersekat di kerongkong.

"Pahitnya." Omel Ain sebelum separuh lagi air diminum sehingga tak ada setitik pun yang tinggal.

"Mommy... mommy pandang abang long." Bersungguh suara Ziyyad memanggil dari belakang.

Ain kalih. Pusing ke belakang. Menghadap Ziyyad yang tayang sengih.

"Dah hilang belum rasa pahit ubat mommy tengok abang long yang manis ni?" Kening diangkat sama seperti kebiasaan daddy.

Ain pegang kepala. Nak tersuka tapi tak berdaya. Ya Allah! Siapa yang ajar ni.

💟💟💟

“Auch!” Bingkai kaca sudah selamat mengena hujung dagu Zarul. Tindakan pantas yang tak terduga. Nak mengelak jauh sekali.

“Kenapa buat Ain macam ni? Kalau abang dah kemaruk sangat nak dekat dia bagitahu Ain. Jangan buat kerja terkutuk macam ni. Tak malu ke dekat anak-anak. Ya Allah! Tak malu ke dekat tuhan.” Rasa marah mengatasi rasa kecewa. Mencerlung Ain memandang Masayu. S**a sangat ke porak perandakan rumah tangga orang. Memang nak bahagia kena cipta atas keruntuha rumah tangga orang ke?

Ain bagaikan dirasuk. Mata liar mencari apa lagi yang boleh digunakan untuk melepaskan geram terhadap sang suami. Beg golf di tepi almari. Laju kaki melangkah.

“Ain!” Zarul cuba menjelaskan. Sayangnya kayu golf terlebih dahulu singgah di lengan. Ni memang cakap dengan tangan.

“Ain benci abang.” Luah Ain kecewa teruk.

Dengan sebelah tangan cuba mengampu tangan yang beransur-ansur membengkak seperti telur ayam, Zarul mengejar Ain.

“Ain, dengar dulu penjelasan abang. Bukannya seperti yang Ain nampak ni.” Zarul sudah berdecit geram. Pandang Masayu macam nak lapar-lapah bagi makan dekat serigala.

“Ain, sayang. Nak ke mana ni?” Zarul cuba menahan sakit yang sudah menular hingga ke bahu. Tengok Ain Yang ligat mencapai pakaian anak-anak buat Zarul serba tak kena.

“Ain, bagi abang lima minit. Kalau lepas dengar penjelasan abang Ain masih rasa memang abang yang salah, okay go ahead tinggalkan abang.” Zarul ambil bagasi di tangan Ain. Di baling hingga terperosok tepi katil.

Preorder ‼️Preorder ‼️Preorder ‼️⚠️Jualan online sahajaUntuk tempahan sila terjah nombor ni 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻www.wasap.my/601...
16/11/2018

Preorder ‼️
Preorder ‼️
Preorder ‼️
⚠️Jualan online sahaja

Untuk tempahan sila terjah nombor ni
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
www.wasap.my/60139754227

Preorder Seindah Cinta Yang Dulu

💖Preorder 15/11 -15/12
💖RM 22 (postage RM8SM/RM12SS)
💖Free gift for first 200
💖Jualan online sahaja
💖Pengeposan dijangka hujung December

Sinopsis

Perkahwinan Zarul dan Ain diseri dengan kehadiran tiga orang cahaya mata. Kehadiran Aira melengkapkan keluarga kecil Ain.

Adat berumah tangga ada pasang surutnya. Rumah tangga mana yang tidak diuji. Benarkah setia seorang suami teruji bila sang suami punya segalanya? Satu persatu dugaan datang menerpa. Ditambah p**a dengan kesibukan Ain sebagai Ibu serta wanita bekerjaya.

Keadaan huru hara tercipta bila ada insan ketiga yang tidak gembira melihat Ain bahagia. Kehadiran Ayu bagaikan gunting dalam lipatan. Cuba mencipta kemelut dalam rumah tangga sahabat Ain. Rasa iri hati membuatkan dia cuba mencipta bahagia diatas lara seorang sahabat sendiri. Tergugatkah cinta seorang suami tatkala ada insan lain yang terlebih sudi menjadi teman kala sepi?

Benarkah cinta seorang suami selamanya milik seorang suami? ~ Zarul Azhar

Aku harap kau mampu menerima poligami tanpa tapi.~ Ayu

Pejamkan mata, Cuba rasa cinta kita. Masihkah seindah cinta Yang Dulu? Andai rasa itu sudah tiada lepaskan saja aku dari hati mu. ~ Ain

Andai sudah tertulis cinta itu perlu dikongsi, apakah bahagia masih dapat dirasai?

RM 22 exclude postagePreorder sehingga 15Dec
15/11/2018

RM 22 exclude postage
Preorder sehingga 15Dec

Address

S
Kuala Lumpur
59

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misz Haifa Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category