30/01/2018
3 Ringkasan Fungsi WhatsApp Business Yang Boleh Bantu Ramai Usahawan Online - Thumbs Up 🤗🤗
Ada yang dah dapat mesej dari WhatsApp tuk pindah ke WhatsApp Business? (lihat gambar pertama)
WhatsApp Business ada 3 feature utama yang sangat2 membantu usahawan online (market Malaysia khasnya)
1. Automated Messages
- Pernah tak dapat mesej wassap bertalu2 sampai tak sempat nak balas first mesej. Habis hilang first impression prospek nak cuba produk anda. Peluang untuk close sale boleh menurun wei kalau tak jaga first impression.
Melalui fungsi automated messages, anda boleh set kata-kata aluan untuk bakal pelanggan anda. Kagumkan bakal pelanggan anda dengan mesej auto sepantas kerdipan mata. Buatkan pelanggan anda berasa 'WOW' dengan mesej auto tersebut.
2. Quick Replies
- Biasa guna app clippers, kuaiboard, clips dll yang anda guna untuk simpan skrip2 close sale anda. Nah, kini fungsi terssebut wujud dalam WhatsApp Business ini.
Setkan sahaja skrip2 anda dalam WhatsApp ini dan terus forward kepada pelanggan anda. Mudah dan sangat2 membantu anda. Percayalah ,kepantasan anda dalam menjawab soalan dan membantu prospek menyelesaikan masalah boleh menigkatkan peratusan close sale anda sehingga 150%.
3. Messaging Statistics
- Fungsi ni antara yang paling membantu dalam menguruskan data-data mesej anda kepada cold, warm, dan hot prospek anda. Melalui fungsi ini, anda boleh tahu, sejauh mana keberkesanan mesej anda itu.
Berapa orang sudah menerima mesej anda. Berapa orang sudah membaca mesej anda. Berapa orang dah block anda dari list wassap mereka. Cool bukan.
So, lepas ni anda dah boleh buat check anda balance. Samada mesej wassap anda terlalu extreme, proses follow up anda c**a marba dan macam2 lagi masalah yang boleh berlaku. Dengan pantas dan efisyen anda boleh baiki aspek2 tersbut. Nice right?
=====
Ada sesiapa yang dah mula gunkan WhatsApp Business ini. Boleh kongsikan pengalaman anda gunkannya di komen.
Boleh baca lanjut di sini >> https://www.whatsapp.com/business/
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Dan selamat maju jaya. Hidup online seller.
Nak belajar cara urus inbox page FB dengan kemas dan teratur? Klik link ni tuk ke posting saya berkaitan pengurusan inbox (bukan iklan) >> http://bit.ly/2GtqBjr
Hit butang SHARE juga untuk berkongsi info ini. Terima kasih