Ruai Buku

Ruai Buku Laman pengembaraan dan dagangan buku.

Pin enamel reben biru untuk pembeli terawal ❤️
20/05/2023

Pin enamel reben biru untuk pembeli terawal ❤️

Reben hijau sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang didagnos dengan penyakit mental.

Khusus untuk pembeli pertama Damai dengan Depresi, dapatkan pin enamel reben hijau PERCUMA dengan setiap pembelian buku.

Dapatkan di Stesen Buku, Dewan Tun Razak 4, WTC sepanjang PBAKL 2023!

linktr.ee/damaidengandepresi

16/05/2023

Damai dengan Depresi
PBAKL 2023
Stesen Buku

Buku pertama terbitan kami. Boleh dapatkan di PBAKL!
15/05/2023

Buku pertama terbitan kami. Boleh dapatkan di PBAKL!

DAPATKAN DAMAI DENGAN DEPRESI DI PBAKL 2023

Depresi mencengkam bahkan menjerut sesiapa saja. Mungkin kamu atau dia.

Terdapat tiga bahagian dalam buku ini untuk membantu mereka yang masih dalam kebuntuan. Mencerahkan mereka yang dalam kegelapan. Mendamaikan sesiapa yang masih keresahan.

Jadi antara yang terawal memiliki buku ini. Akan mula dijual pada 26 Mei 2023 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur! Hanya di reruai Stesen Buku, Dewan Tun Razak 4.

Ikuti media sosial kami di linktr.ee/damaidengandepresi


ROMPAK BANK DEMI PENDIDIKAN?Orang-orang Biasa ialah novel pertama Andrea Hirata dalam edisi Bahasa Malaysia diterjemahka...
13/04/2022

ROMPAK BANK DEMI PENDIDIKAN?

Orang-orang Biasa ialah novel pertama Andrea Hirata dalam edisi Bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Jejak Tarbiah yang berkisar tentang sebuah kota kecil yang tenang, tiada sebarang kes jenayah hinggakan pihak polis seolah bingung tidak tahu mahu buat apa.

Tiba-tiba ada 10 orang sekawan yang dahulunya murid paling belakang, sering dihukum oleh pihak sekolah atas kebodohan masing-masing, merancang untuk merompak bank.

Atas tujuan apa mereka tega bertindak sedemikian?
Bagaimana perancangan manusia yang dahulunya dianggap bodoh mahu merompak bank?
Mudahkah mereka meloloskan diri dan apa kesudahan rompakan bank?

Semua ini terjawab dalam novel Orang-orang Biasa, karya Andrea Hirata, penulis International Bestseller Laskar Pelangi.

Ternyata dalam novel ini, Andrea bijak dalam merencanakan novel dalam genre kejahatan yang dihiasi dengan jenaka lucu, namun disebalik itu tersirat kata kritikan sosial tentang nasib kaum marginal.

Berminat? Dapatkan OOB di sini: wasap.my/60133323683/OOB

Tak salah bermimpi bukan?Kerana dengan bermimpi, kita bisa menggapai impian.Impian yang bagaimana?Impian mahu menjadi do...
10/02/2022

Tak salah bermimpi bukan?

Kerana dengan bermimpi, kita bisa menggapai impian.

Impian yang bagaimana?

Impian mahu menjadi doktor pakar.

Tapi tak cukup wang mahu biaya bagaimana?

“Kau kerja sampai presiden berganti-ganti lima belas kali, gaji pelayan warung kopi takkan cukup untuk belajar perubatan, Nong!” (halaman 116)

Habis, di mana semua wang di dunia ini berada?

Adakah menjadi orang-orang biasa, selamanya harus hidup sukar?

Tercapaikah impian untuk masuk fakulti perubatan dan menjadi doktor pakar?

Nashkah Orang-orang Biasa, Andrea Hirata dalam edisi Malaysia membicarakan kisah masyarakat yang tak pernah kita bayangkan selama ini.

Novel dalam siri kejahatan yang memupuk sifat persahabatan, dedikasi, kesetiaan dan hal-hal pendidikan yang harus diutamakan demi membela nasib keluarga.

wasap.my/60133323683/oob

Penulis yang Disayangi TuhanSeingat saya, ini karya Bahruddin Bekri pertama yang saya baca, dan buku ini merupakan buku ...
19/01/2022

Penulis yang Disayangi Tuhan

Seingat saya, ini karya Bahruddin Bekri pertama yang saya baca, dan buku ini merupakan buku pertama saya untuk permulaan 2022.

Buku ini mengisahkan seorang penulis bernama Usamah yang merupakan penulis terkenal tetapi berhenti menuli kerana penulisannya dikritik oleh seorang pengkritik sastera, Joe Penapi. Jadi, buku ini merupakan kisah bagaimana Usamah bangkit semula untuk menjadi penulis.

Saya agak skeptik pada awalnya bahawa buku ini akan banyak menceritakan secara teknikal bagaimana untuk menulis. Tetapi, apa yang dibentangkan BB dalam novel ini merupakan suatu ilmu yang sangat berguna kepada penulis pemula dan sebagai suatu renungan buat penulis yang sudah biasa menulis agar dapat kembali melihat kepada asas. Malah, ada banyak watak dan babak yang muncul dalam buku ini sebenarnya yang menghidupkan cerita persis cerita Orang-orang Biasa oleh Andrea Hirata. Saya cakap begini sebab saya ketawa memmbaca buku ini sama seperti saya membaca OOB.

Saya sukakan watak-watak pendatang tanpa izin yang duduk di Kawasan setinggan bersama-sama Usamah dan bagaimana survival mereka untuk hidup di negara ini. Daripada setiap satu watak ini kita boleh belajar pelbagai karakter manusia ketika berhadapan masalah.

Joe Penapi p**a merupakan watak yang selalu saya bayangkan akan wujud dalam dunian sastera. Teguran Joe Penapi kepada Usamah di hujung cerita ini sangat benar dan seperti memberitahu apa yang bermain di fikiran saya sejak saya mula membaca karya-karya sastera penulis tempatan.

Kata Joe Penapi, “… Penceramah dalam dunia penulisan adalah pengkritik, tetapi dalam dunia penulisan sekarang, dipenuhi oleh ‘penceramah seni’. Mereka cuma mengkritik struktur karya, bukan nilai dan isu moralnya.”

Tak rugi habiskan baca buku ni. Dapatkan di sini https://shp.ee/t83ryst

✨PROMOSI KOMBO PILIHAN HAFIZUL FAIZ✨📅 9-14 JAN 2022📚 Kombo Penyembuh Hati📚 Kombo Hamka Wajib Dibaca📚 Kombo Penguat Seman...
10/01/2022

✨PROMOSI KOMBO PILIHAN HAFIZUL FAIZ✨
📅 9-14 JAN 2022

📚 Kombo Penyembuh Hati
📚 Kombo Hamka Wajib Dibaca
📚 Kombo Penguat Semangat Tahun Baru
📚 Kombo Menjadi Sang Intelegensia
📚 Kombo Penyembuh Hati
📚 Kombo Nasihat Buat Hati
📚 Kombo Kembara Melalui Buku
📚 Kombo Membangun Diri

🔥 Pos percuma seluruh Malaysia
🔥 Free Gift: Surat Istimewa daripada Hafizul Faiz
🔥 Kombo yang mengandungi buku pratempah akan dipos bermula 20 Januari secara berperingkat

Whatsapp kami untuk pembelian: wasap.my/60133323683/komboHF

02/01/2022
Sekecil perkara, namun jika ia mampu merawat dukamu, ia boleh membahagiakan.Tanya dalam hati, adakah terus menerus aku h...
02/01/2022

Sekecil perkara, namun jika ia mampu merawat dukamu, ia boleh membahagiakan.

Tanya dalam hati, adakah terus menerus aku harus berduka?

Jika membaca boleh membahagiakan, lakukan.

Jika menulis boleh memberi kelegaan, lakukan.

Jika menikmati kopi boleh memberi kamu senyuman, lakukan.

Lakukan sekecil perkara untuk kita terus kecap bahagia dalam diri.

2 Jan 2022, belum terlewat untuk kita bermula.

Selamat berhujung minggu!

TENANG, KITA ADA AL-QURAN!Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.Selagi itu kita percaya bahawa keti...
15/12/2021

TENANG, KITA ADA AL-QURAN!

Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.

Selagi itu kita percaya bahawa ketidakadilah dunia, hanya boleh dipatahkan oleh keadilan akhirat.

Ketika dunia tak pernah berhenti menyakiti, al-Quran p**a tak pernah berhenti menyembuh.

Di sini, di sela-sela wahyu, ada tempat bersandar yang paling nyaman, ada cinta yang tak terbandingkan.

Dia sentiasa ada, ketika kita sedang di mana Dia?

Menampilkan sekump**an refleksi, catatan, dan monolog Hafizul Faiz sepanjang perjalanan menggeledah makna al-Quran.

Jadi antara yang terawal memiliki buku ini. Isi senarai menunggu di pautan ini supaya saya boleh cop sia-siap buku untuk anda.

» bit.ly/RuaiBuku

#2022

4 Penulis, 4 Zaman, 1 Pencarian Makna:Dalam hidup ni, kita tak boleh nak kejar semua benda.Dan bila kita tengok orang la...
14/12/2021

4 Penulis, 4 Zaman, 1 Pencarian Makna:

Dalam hidup ni, kita tak boleh nak kejar semua benda.

Dan bila kita tengok orang lain capai macam-macam, normallah kita rasa sedih dan sedikit cemburu.

Tapi itu semua tak bermaksud kita ni tak ada pencapaian, tak bermaksud kita ni gagal.

Hidup ni, yang kita nak kejar cuma satu, iaitu makna.

Syed Naquib al-Attas kata, ilmu itu ialah ketibaan makna dalam diri.

Bila kita jumpa makna hidup kita, apa yang orang lain buat, kita tak pernah nak dengki. Kita tahu makna kita apa.

Setiap kita, ada pelbagai perjalanan hidup, tapi semuanya menuju ke satu tempat, iaitu makna.

Kita nak cari makna.

Makna berTuhan.

Makna menjadi hamba.

Makna menjadi seorang manusia dengan manusia lain.

Selagi mana tak dapat makna tu, kita usaha lagi.

Sampai dah dapat, kita sebarkan p**a makna tu kepada orang lain.

Macam itulah perjalanan dalam buku-buku ini.

4 penulis, 4 buku, 4 zaman, 4 cara menulis berbeza, 4 mesej berbeza, tapi semuanya mempunyai 1 tujuan yang sama, iaitu mencari makna.

Pratempah Fasa 2 untuk Kombo Mencari Makna ini akan dibuka Jumaat ni.

Saya ejen JT, saya boleh tolong book untuk sesiapa yang berminat supaya tak terlepas untuk diskaun kali ini sebab ianya dibuka untuk 700 tempahan sahaja.

Boleh isi pautan ni untuk tempahan awal » bit.ly/RuaiBuku

Nak DM pun boleh ya.

Address

Kuala Lumpur
59200

Telephone

+60133323683

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruai Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ruai Buku:

Share

Category