18/05/2026
Alhamdulillah, tengah hari tadi beberapa buah kitab baru telah selamat tiba ke tangan kami.
Antara yang baru sampai ialah kitab
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع
4 jilid, cetakan premium tahun 2026 terbitan شركة إثراء المتون.
Batch kedua kitab ini tiba setelah menerima permintaan yang sangat tinggi bagi batch pertama yang lepas.
Selain itu, kami juga menerima pesanan daripada seorang pensyarah di salah sebuah IPTA yang membuat tempahan kitab
مناهج المفسرين
cetakan دار ابن الجوزي dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan dalam kuliah dan sesi pengajian beliau.
Turut dipesan ialah:
موسوعة التفسير الموضوعي ١٨ مجلد
oleh salah seorang pensyarah di sebuah IPTA untuk tujuan penyelidikan akademik.
InsyaAllah, bermula esok pihak kami akan mula menguruskan proses pengeposan secara berperingkat.
QahwaBooks sentiasa berusaha membawakan kitab-kitab terbaik di pasaran — dengan cetakan terkini, tahqiq yang berkualiti, dan naskhah pilihan buat para penuntut ilmu, asatizah serta pencinta kitab.
Sekiranya ada yang berminat untuk membuat pre-order mana-mana kitab, atau ingin membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:
📞 013-8898959