Mykl Shop

Mykl Shop Offering best and decent various local community products: Health & Beauty, Fashion & Design, Food &

26/03/2023
Semenjak umur kanak-kanak, saya dibesarkan oleh ibu dan ayah yang sering membandingkan pencapaian akademik saya dengan s...
20/03/2023

Semenjak umur kanak-kanak, saya dibesarkan oleh ibu dan ayah yang sering membandingkan pencapaian akademik saya dengan sepupu-sepupu yang sebaya atau beza umurnya hanya satu atau dua tahun.

Pada satu sisi, saya melihat itu menjadikan apa diri saya sekarang, dapat menempatkan diri secara konsisten di kalangan pelajar terbaik dan memperoleh biasiswa dan jawatan dengan syarikat terkemuka berdasarkan merit sebagai contoh.

Perseteruan maya yang tidak bertrofi ini, malah tidak pernah dibincangkan pun di kalangan kami, berlaku saban tahun, menjadi lebih hangat bahangnya ketika peperiksaan-peperiksaan umum.

Ianya berpanjangan hinggalah selepas tahun persekelohan, kursus dan universiti apa yang ditawarkan, pekerjaan ape dan organisasi apa yang disertai, termasuklah jenis kereta dan pemilikan rumah yang dibeli.

Sejujurnya mungkin saya sendiri yang berperasaan begitu, tapi hakikatnya mereka juga menunjukkan pencapaian yang sangat baik,,seolah-olah mereka juga mendapat peringatan sebegitu tegas oleh ibu bapa masing-masing to stay on course dindalam persaingan ini.

Walaupun begitu tidak lah pernah kami bermasam muka tentang hal itu. Memang tidak pernah dibincangkan langsung di kalangan kami termasuk dari segi sindiran mahupun perli memerli di antara kami.

Persaingan itu mereda dengan sendiri dan lenyap perlahan-lahan, seiring dengan peningkatan usia dan kematangan, disaduri dengan pengalaman dan pengajaran yang mengertikan nilai perdamaian kepada pelbagai ketidakpastian yang sudah siap sedia menanti di masa-masa yang ke depan.

Kesinambungan pendapat peribada berdasarkan pemgalaman berkaitan buku Berdamai Dengan Ketidakpastian karya Imran Zaki.

Berdamai Dengan Ketidakpastian by Imran Zaki Get another 5% off with our Coupon Code:Type MYKLSHOP in Discount Code Section.

Pada mulanya tak bijak mana,tapi hati kuat ingin menahu,maka sabar terus menumpu,telinga dipekak tuli, dek leteran sang ...
16/03/2023

Pada mulanya tak bijak mana,
tapi hati kuat ingin menahu,
maka sabar terus menumpu,
telinga dipekak tuli, dek leteran sang wali,
tunjuk ajar tekun ikuti.

buat dan buat terus tidaklah henti,
rasa hampa silih berganti,
kadang hilang yakinnya diri,
gagal yang itu buat yang ini,
masanya tiba buat kembali,
buat kembali sampai lah jadi.

hati dan jiwa dalamnya kuat,
malu luarnya p**a yang tinggi,
petah kata jauh sekali,
namun ligatnya otak,
kuatnya kaki tetap terus mendaki,
deras dan pelan tidak berhenti

rasanya hancur bila dibiar,
sengaja ditinggal kawan yang lawan,
maaf dititip hanya lakonan,
itulah hidup ketidakadilan.

hilangnya rasa kosongnya jiwa,
bodoh terasa bingung meraja,
tembok di muka tunggu berlaga,
berat mendesak nafas di dada.

Bedah buku:
Penulis: Dr Alizi Alias
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan:2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459545
Bil. Muka surat: 202m/s
Format: Paperback
Harga Asal: RM30.00
Harga diskaun: RM27.00

Penat by Dr. Alizi Alias. Get another 5% off with our Coupon Code:Type MYKLSHOP in Discount Code Section.

Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Namun, malangnya, dia sering tidak...
16/03/2023

Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Namun, malangnya, dia sering tidak diberikan perhatian yang sepatutnya.

Ramai di kalangan kita hilang kawalan ke atas kewangan oleh kerana tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang berkesan.

Bila mana masalah kewangan timbul, kesannya boleh jauh lebih besar daripada kehilangan wang semata-mata.

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan terutamanya golongan muda yang baru memulakan hidup secara mandiri.

Dan ternyata sekali, proses menjadi dewasa adalah sesuatu yang tidak diajarkan kepada kita oleh guru di sekolah mahupun ibu bapa di rumah.

Seolah-olah seperti satu normalisasi kepada graduan-graduan muda yang baru sahaja mendapat segulung ijazah dan pada masa yang sama menjadi penghutang terhormat dek kerana menanggung hutang pengajian sehingga menjadi isu nasional yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Usaha dan ikhtiar untuk keluar daripada permasalahan ini seringkali disalah ertikan, semuanya dihempukkan kembali ke atas bahu kita dan seolah-olah meletakkan semua kekhilafan yang terjadi berpunca daripada sikap kita tanpa mengambil kira situasi dan keadaan tertentu yang dialami oleh setiap daripada kita.

Makanya, ianya akan terus membunuh semangat yang ingin bangkit, terpasak terus di perut bumi tetapi permasalahan demi permasalahan yang berantaian akan terus muncul dan berakumulatif di awang-awangan tanpa penyelesaian.

Hasil tulisan Suraya Zainudin dari Ringgit Oh Ringgit di dalam buku “Bergaji dan Pokai” cuba dengan sebaiknya untuk mendekati terutamanya golongan muda yang terjebak lalu terhimpit dengan masalah kewangan di awal fasa permulaan kehidupan.

Bukan sahaja kaedah dan pendekatan yang berkesan, kaedah-kaedah yang seringkali gagal dan kurang bersesuaian juga dikongsikan di dalam buku ini sebagai satu jentikan kepada pembaca-pembaca seperti kita yang seringkali rebel dan ego daripada menerima nasihat daripada orang lain.

Dapatkan buku ini secara online di sini, isikan coupon code kami MYKLSHOP untuk dapatkan another 5% diskaun

Bergaji Dan Pokai by Suraya Zainudin

terus terdiam sendiri melihat ke langit malam yang penuh kelam, sekelam hati yang terus membungkam tidak lah tahu sebab ...
15/03/2023

terus terdiam sendiri melihat ke langit malam yang penuh kelam,

sekelam hati yang terus membungkam tidak lah tahu sebab yang sebenarnya,

berputar-putar perlahan dalam lingkaran, cuba disekat tetapi gagal dihenti.

dalam

ada kalanya kita perlu memberi ruang untuk berehat dan bangkit semula
15/03/2023

ada kalanya kita perlu memberi ruang untuk berehat dan bangkit semula

"Life can be unpredictable, but we can still find inspiration in the midst of chaos. What inspires you to keep going whe...
15/03/2023

"Life can be unpredictable, but we can still find inspiration in the midst of chaos. What inspires you to keep going when the going gets tough?"

12/05/2022

Hi salam semua, okay minggu ni kami dah kembali beroperasi dan berproduktiviti.

Introducing loose cutting by , 10 variasi warna, fabric, didatangkan exclusive dengan stone pada bahagian lengan.

Whatsapp untuk pertanyaan:
https://wasap.my/60132349717/pertanyaan-tentang-chomel-rtw

10/05/2022

Customade atau Ready-to-Wear?

Untuk pengetahuan, kesemua Ready-to-Wear by memang mendapat sentuhan "customade".

Sebabnya?

1. Kami bukan kilang jahitan pukal.
2. Basi jahitan yang agak besar hampir 1". Jadi kalau 2/3 tahun akan datang agak-agak baju dah tak muat, customer boleh alter untuk besarkan jahitan.
3. Kain akan dijahit tepi dahulu sebelum dicantumkan. Means tak adalah bulu-bulu kain terkeluar kat tepi-tepi jahitan tu. Kalau tak, berbulu mata tengok kan? 🧐
4. Potongan dan jahitan yang kemas dan berkualiti.

Jadi, bila pakai , memang rasa macam baju tempah. Ha Gittew. 😉

Address

Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mykl Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mykl Shop:

Share