26/04/2020
[Tips anak mudah bangun sahur]
Bagi ibubapa yang anak² baru mula berlatih berpuasa, antara cabaran yang bakal dihadapi semasa nak bersahur dengan anak²:-
🔸Sukar nak bangunkan anak yang tidur untuk bersahur.
🔸Nak pastikan anak berselera untuk makan
🔸Nak pastikan anak minum air secukupnya
Sepanjang membesarkan anak yang telah dilatih berpuasa seawal 5 tahun, alhamdullillah teknik berikut berjaya untuk mengatasi masalah di atas.
2 3 hari atau sehari sebelum puasa (lebih awal, lagi baik)
➡ Setiap hari 3 4 kali ingatkan dia bahawa dia akan mula berpuasa untuk semat dalam minda bawah sedar anak. Beritahu anak, kita tak sabar nak lakukan bersama mereka.
➡ Beritahu anak kenapa orang islam perlu berpuasa dan ianya buat Allah dan kita lebih sayang padanya kerana berjaya patuhi perintah Allah.
➡ Puji anak, beritahu mereka anak yang hebat dan mampu lakukannya.
➡ Tanya mereka nak makan apa untuk bersahur. Beritahu anak, kita tak sabar nak sediakan masakan yang mereka nak tu. Ini akan buat mereka rasa penting.Semua orang pun s**a rasa dihargai.
Sebelum anak tidur
➡ Pastikan anak tidur awal. Anak yang tak cukup tidur memang s**ar dikejutkan. Mereka akan buat perangai apabila dipaksa bangun kerana mereka masih mengantuk dan tak cukup tidur yang baik.
➡Ajak & ajarkan anak baca niat puasa bersama.
➡ Beritahu anak dengan lembut sambil peluk cium bahawa mereka anak yang baik & hebat, sambil peluk tu usap² kepala anak, beritahu harinya telah tiba dan kita akan kejutkan dia lebih awal jam sekian² untuk makan sahur bersama dan minta mereka berjanji akan mudah bangun apabila dikejutkan dan makan dan minum dengan berselera.(ni pun cara kita nak semat minda bawah sedar mereka)
Waktu sahur
➡Kejut dengan lembut, bila mereka dah agak sedar, beritahu anak hari puasa dah bermula, dia kena bangun untuk bersahur seperti janjinya. Beritahu makanan yang mereka nak tu dah siap untuk dimakan.Beritahu anak, rasa makanan tu sedap, kita pun tak sabar nak makan bersama mereka.
➡ Ajak anak ke bilik air, siapkan diri dan segarkan diri.
➡ Makan bersama. Anak mungkin akan makan perlahan, teman anak hingga mereka selesai makan.
➡ Anak mungkin dah kenyang untuk minum air p**a. Walaubagaimana pun kita kena pastikan anak minum air secukupnya. Bukan banyak, cukup. Beritahu mereka kenapa kena perlu minum air tu sekarang dan kebaikkannya untuk lalui sepanjang hari berpuasa.
➡ Ucapkan alhamdullilah, tahniah dan kata² penghargaan bila anak berjaya bersahur dan beritahu anak, mereka dah berjaya lakukan sebahagian daripada puasa.
Selamat berjaya.
Semoga perkongsian pengalaman dan tips ini bermanfaat buat ibubapa yang pertama kali nak melatih anak berpuasa.