Hevea Shoppe MRB

Hevea Shoppe MRB Hevea Shoppe MRB sells a wide range of technical and non technical publications related to rubber

10/06/2026
02/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengerusi, Ahli Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, kesihatan yang baik, dan dipanjangkan umur.

Semoga Malaysia terus makmur, aman, dan sejahtera di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

02/06/2026

Selamat Hari Wesak 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Buddha! 🕯🌸

Hari ini kita menyambut semangat kedamaian, bertoleransi dan kasih sayang yang menjadi asas keharmonian negara kita.

Ucapan ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Lembaga Getah Malaysia (LGM).

26/05/2026

SALAM AIDILADHA DARIPADA SELURUH WARGA LEMBAGA GETAH MALAYSIA 🕋

Menjelang 10 Zulhijjah 1447H, seluruh warga kerja Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada para pekebun kecil dan pemain industri getah negara.

Semoga ibadah korban kita menjadi tanda keikhlasan dan rasa syukur kepada-Nya. Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar demi mencapai keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Lembaga Getah Malaysia.



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad

16/05/2026

"A+ Teacher!" ✏️🍎

Cuba imbau kembali zaman kita comot di bangku sekolah dulu. Siapa yang paling garang tapi sebenarnya paling sayang? Siapa yang sanggup stay back petang-petang semata-mata nak pastikan kita faham subjek yang paling kita lemah?

Ya, guru kita.

Tanpa bebelan yang mendidik dan rotan yang membina, masakan kita mampu berdiri tegak memikul amanah buat negara pada hari ini. Mereka bukan sekadar mengajar silibus, mereka membentuk 'manusia'.

Bersempena dengan 16 Mei ini, ayuh kita titipkan doa dan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi buat semua guru, ustaz, ustazah dan pensyarah yang telah mencorakkan landskap hidup kita.

Selamat Hari Guru 2026 daripada kami di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Teruslah menjadi lilin yang menyinari kegelapan, demi masa depan anak bangsa!

*Kongsikan atau tag di ruangan komen, siapa nama guru yang paling anda ingati sampai hari ini? 👇



Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

13/05/2026

Address

Tingkat 15, Bangunan Getah Asli (Menara), 148 Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hevea Shoppe MRB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hevea Shoppe MRB:

Share

Category