11/06/2020
๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ ๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐? ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐!
Tiada kanak-kanak yang tidak dapat menerima untuk memakai facemask! Hanya ada ibu bapa yang tidak tahu cara betul memujuk anak memakainya.
Baik saya kongsi pendapat dengan fakta dan pengalaman diri yang berjaya โmemujukโ anak 2 tahun saya untuk memakainya.
๐๐ข๐ฌ๐ต๐ข: ๐๐๐ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ถ๐ข๐ณ๐ข, ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐ฎ๐ข๐ด๐ฌ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ช๐ต๐ข๐ฏ ๐๐๐๐๐-19 ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐ช ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข๐ด๐ถ๐ฌ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ-๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ 2 ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฎ๐ข๐ญ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐จ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ช๐ฉ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช.
๐ญ. ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐๐ธ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐๐ญ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐๐บ๐๐ฟ.
Saiz Facemask untuk orang dewasa adalah 1.5 inch lebih panjang dan juga lebih lebar. Untuk anak yang kecil bawah 12 tahun, saiz dewasa memang tidak sesuai malah ia senang tanggal dan anak akan rasa tidak selesa. Pelitup muka yang terlalu besar juga kurang berkesan untuk melindungi anak-anak kecil.
Banyak ada jual di pasaran Facemask saiz kanak-kanak baik yang Facemask perubatan mahupun Facemask kain (cloth mask).
๐ฎ. ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ฅ๐๐ข๐ฅ๐๐ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ช๐๐ฅ๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฆ๐จ๐๐.
Kanak-kanak memang s**a warna yang menarik, terutamanya ada cartoon yang menawan hati. Kalau menggunakan facemask plain kita tu, jangan harap mereka akan s**a dan pakai lama.
Anda perlu ambil hati anak-anak sendiri dan dapatkan apa yang mereka s**a. Berikan pilihan dan minta anak pilih sendiri facemask yang mereka s**a. Janji dia akan pakai nanti.
Biarkan anak nak decorate facemask dia macam mana dengan marker pen ataupun sticker, janji dia s**a dengan facemask dia. Dengan cara ini, mereka akan rasa selesa dan ada rasa ketuanan (ownership) terhadap facemask itu, maka tak jadi masalah untuk anak memakainya.
๐ฏ. ๐๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ง๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐ฌ ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฝ๐๐ป ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ ๐๐๐ก๐๐ก.
Pembelajaran melalui permainan lebih senang diikuti dan senang untuk anak-anak faham. Kalau ada set doktor, minta anak jadi doktor dan minta mereka untuk pakai facemask.
Tunjukkan gambar doktor memakai facemask dan dia pasti ikut arahan. Permainan seperti ini dapat mengurangkan phobia anak terhadap doktor juga secara tidak langsung.
Pakaikan facemask pada mainan kesayangan mereka juga. Biasakan anak dengan facemask itu, dan dengan masa tidak phobialah mereka dengan pemakaian facemask.
๐ฐ. ๐๐๐ท๐๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก ๐ธ๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ.
Aspek ini amat penting buat masa kini. COVID-19 ini tidak akan hilang dalam sekelip mata dan akan hidup dengan kita untuk jangka masa yang lama. Terangkan apa itu virus COVID-19 dengan jujur, kesan jangkitan virus dan bagaimana mereka dapat elakkan kuman ini.
Daycare, tadika dan sekolah akan mula tidak lama lagi, baik mula mengajar mereka sekarang. Dapatkan bantuan video ataupun buku (lihat komen kemudian untuk pautan). Anak saya yang berumur 2 tahun sudah dapat memahaminya!
Terapkan amalan pemakaian facemask, penjarakkan social dan kebersihan tangan dalam proses pengajaran itu.
๐ฑ. ๐ฃ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฝ๐๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด.
โPractice makes perfectโ. Jangan harap anak akan mula memakainya dengan elok apabila keluar dari rumah nanti jika tidak pernah cuba di rumah.
Dapatkan satu facemask percubaan untuk biasakan mereka memakainya di rumah ataupun di taman permainan. Setiap kali anda pakaikan facemask sebelum keluar rumah, tunjukkan dan terangkan pada anak.
Kalau mereka ingin cuba, cuba pakaikan pada mereka. Dengan masa, amalan ini akan menjadi rutin kepada mereka apabila anak bersedia untuk ke tempat awam nanti.
5 Tips yang saya terangkan memang amat berkesan untuk memujuk anak 2 tahun saya memakai facemask.
Sememangnya, kanak-kanak melihat dan mengecam orang melalui paras muka dan senyuman. Sekiranya facemask digunakan, lebih separuh muka ditutup dan secara semula jadi mereka akan rasa gelisah, takut dan risau.
Ini adalah norma baru yang perlu kita harungi dan dengan masa dan langkah yang tepat, ia tidak akan menjadi masalah untuk anak kecil memakai facemask.
Sentiasa berikan galakkan, ganjaran dan kata-kata positif sekiranya anak-anak kecil melakukannya dengan betul dan nasihatkan mereka dengan sabar jika mereka ingkar, janganlah marah tapi terangkan apa yang silap dan nasihatkan mereka semula.
Semoga anak-anak kalian dapat memakai Facemask dengan senang selepas mengikuti langkah-langkah yang disyorkan dan jangan lupa untuk mengajar berkenaan penjarakkan social, kebersihan diri dan cara pemakainan facemask yang tepat.
Yang gatal ingin ke mall bersama anak, baik tunggu dahulu sehingga tiada kes komuniti untuk 2 minggu dan ikut nasihat terkini yang disyorkan!
Sila maklumat ini jika membantu dan saya doakan agar anak-anak kalian sihat dan selamat senantiasa.
Dr Lim Baby and Child Specialist, SALAM Senawang Specialist Hospital
Dr Lim yang s**a memujuk kanak-kanak ๐
Semua kanak-kanak yang datang Klinik akan dapat Facemask PERCUMA dan nasihat untuk ibu bapa! ๐ค
๐.๐ . ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ ๐น๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐พ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐. ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ก ๐ ๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐โ ๐๐๐ ๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐ข. ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ โ๐น๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ถโ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐.