Eezdiani

Eezdiani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Eezdiani, Shopping & retail, Kuala Lumpur.

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.Menangislah dan berserahlah padaNya.Bayangkanl...
19/09/2022

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.

Menangislah dan berserahlah padaNya.
Bayangkanlah bahawa kita hanya ada satu sahaja peluang untuk meminta ampun dan maaf pada Allah SWT.

Bayangkan Malaikat Izrail sudah ada di belakang kita dan nak cabut nyawa kita. Jadi boleh gambarkan tak macamana keadaan kita nak berdoa? Pasti sungguh-sungguh!

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin >> slide tepi untuk ketahui

Moga bermanfaat ❤️

12/09/2022

Mungkin giliran kita minggu depan, esok atau sejam lagi?

Kematian tidak akan dapat ditangguh atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Ia tetap akan berlaku. Hiqmah kematian bukan sahaja pada diri si mati, tetapi juga pada diri kita yang masih hidup.

Sudah cukupkah amalan kita untuk dibekalkan di akhirat? Sudahkah kita bersedia?

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.” Semoga kita dapat mati dalam husnul khotimah (akhir yang baik) di akhir kalam Kita. Aamiin Ya ALLAH Ya Mujib

As Is adalah produk yang ada kerosakan minimal, yang masih boleh digunakan untuk solat. Kata defect, tetapi ramai yg bel...
11/09/2022

As Is adalah produk yang ada kerosakan minimal, yang masih boleh digunakan untuk solat.

Kata defect, tetapi ramai yg beli, dan tengok defect dia ngan mata kasar, memang tak nampak!!

Sangat berbaloi untuk kita spend. Sebab time lah nak iimat dari 65% diskaun untuk As Is Item. Kena grab masa tgh clearance ni, borong combo lagi berbaloi.

Jangan tunggu lama-lama, jom tekan link saya sekarang. Saya menanti di pintu wasap ya..

📱www.watsap.my/60124157719/telekungAsis

Siapalah kita ini hendak mengatakan seseorang itu ahli Syurga atau ahli Neraka? Kita tak akan boleh jamin walaupun denga...
11/09/2022

Siapalah kita ini hendak mengatakan seseorang itu ahli Syurga atau ahli Neraka? Kita tak akan boleh jamin walaupun dengan sekecil kuman pun kepastian kita ini, seseorang itu siapa pada hari esok.

Hari ini kita lihat dia berpakaian tidak senonoh tetapi esok?

Hari ini kita kagum dengan kewarakan seseorang tetapi esok?

Sungguh benar Iman tak dapat diwarisi walau bagaimana acuan yang telah dibentuk oleh Ibu Bapa kita. Akhirnya kita bertarung dengan nafsu kita sendiri. Menang atau tewas dalam peperangan menentang nafsu itu adalah hanya kita sendiri.

Baik macam mana pun kita hari ini, jika pengakhiran kita hina, maka hinalah akibat perbuatan kita. Kita sudah melihat contoh yang nyata berulang kali bagaimana mulianya pemergian insan-insan yang dahulunya lagha tetapi Allah angkat martabat, pemergian terakhirnya dirasai dan diratapi dengan redha. Alangkah indahnya begitu.

Maka fokus pada pengakhiran yang kita mahukan, bukan permulaan yang mengkhayalkan.

Wallahua'lam




10/09/2022

Mana “minor defect” ni? CARI-CARI TAPI TAK JUMPA 😱

Ya Allah, memang tak perasan langsung! Minor defect telekung AS-IS ni memang sikit sangat. Tak nampak sekali imbas.

Kalau team QC tak labelkan… memang tak jumpa.

Berbaloi giler beli telekung AS-IS ni sebab material masih premium tapi ada “minor defect” yang tak nampak sangat pun.

Orang sebelah pun takkan tahu 😆🙌🏼

Nak beli, lebih baik cepat sebab STOK LIMITED ya. Jadi, cecepat PM saya dan saya akan bantu anda.

📲www.wasap.my/60124157719/ASIS

Kemanakah destinasi kita yang terakhir?Selepas kita berlumba-lumba mengejar dunia, adakah kita sedar yang perlumbaan ini...
10/09/2022

Kemanakah destinasi kita yang terakhir?

Selepas kita berlumba-lumba mengejar dunia, adakah kita sedar yang perlumbaan ini akan ditamatkan?

Adakah kita yakin tidak ada yang abadi didunia ini. Segala kegembiraan yang kita rasa akan ada kesedihan yang bakal menyusul. Tetapi segala kepayahan juga akan tetap ada pengakhiran iaitu kesenangan.

Cuma kita semua perlu sedar, ini semua adalah satu perjalanan. Perjalanan menuju ke jalan Allah SWT. Jika kalian sedar maka Allah SWT akan lorongkan kalian semua ke jalan yang sepatutnya.

Kerana setiap hari kita minta perkara yang sama kepada Allah. Apakah permintaan itu?

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
[Al-Fatihah : Ayat 6]

Wallahu'alam

Harga semua produk Telekung Hiqmah akan kembali normal pada 10/9. Cepat rebut harga promo Merdeka yg masih ada berbaki b...
09/09/2022

Harga semua produk Telekung Hiqmah akan kembali normal pada 10/9. Cepat rebut harga promo Merdeka yg masih ada berbaki beberapa jam saja lagi ni.

NAK BAGI APA YA? ADOI LA PENING‼️Jangan pening-pening. Hah! Meh sini nak bagi cadangan. Apa kata bagi je telekung. Sekur...
09/09/2022

NAK BAGI APA YA? ADOI LA PENING‼️

Jangan pening-pening. Hah! Meh sini nak bagi cadangan. Apa kata bagi je telekung. Sekurang-kuranhnya pemberian TELEKUNG ini berbaloi buat awak dan si penerima.

Dia guna awak dapat pahala. Eh! awak tak nak ke, bagi sekali terima pahala berkali-kali? Selagi digunakan.

Amacam ok tak cadangan ni atau awak pening lagi?

Hari nie TELEKUNG HIQMAH ada promosi FLASH SALE 9.9 dari jam 9 pagi tadi sampai 9 malam ni. Hari ini saja tau! Harga tak payah cakap memang potong teruk.

Jika nak bagi hadiah pun tak perlu dah nak berbalut-balut. Ada kotak-kotak yang cantik-cantik dengan potongan harga teruk juga ya untuk hari ini.

Nak tengok ke katalog pi tekan link 👇
https://hiqmah.biz/shop/002385
SALE 9.9 cuci-cuci mata. Orang kata dari mata turun ke hati. Dari satu boleh jadi dua, Kan? ☺️🫣

Kita boleh jadi terkemuka dan dikenali diseluruh pelusuk dunia.Namun terkemuka tidak akan menyebabkan kita masuk Syurga....
09/09/2022

Kita boleh jadi terkemuka dan dikenali diseluruh pelusuk dunia.

Namun terkemuka tidak akan menyebabkan kita masuk Syurga. Semakin kita dikenali, semakin tinggi peluang kita untuk disalah erti dan ingat kita ini dinilai bukan atas sebab perbuatan orang lain tetapi berbalik kepada apa yang kita buat.

Orang boleh melemparkan kata-kata dusta dan keji kepada kita tetapi balasan kita kepada perbuatan itu yang akan mencerminkan kita.

Kita boleh sahaja membalas dengan kejahatan tetapi fikirkan jika Rasulullah SAW berada ditempat kita? Adakah Baginda akan membalas?

Begitulah

08/09/2022
SIMPLE DAN SELESA ITU SATU KEPERLUAN BAGI SEMUA WANITA. Orang perempuan bukan cerewet dalam berpakaian tapi menitik bera...
08/09/2022

SIMPLE DAN SELESA ITU SATU KEPERLUAN BAGI SEMUA WANITA.

Orang perempuan bukan cerewet dalam berpakaian tapi menitik beratkan dalam nak menjaga aurat, bukan sekadar pakai sarung je! Kan?

Bukan seurat benang je nak dibalut ke anggota badan tapi beribu urat benang. WAJIB kira semua seperti keadaan, tempat, cuaca, cara apa dan macam-macam lagi. Mana boleh cincai-cincai. Berhelai-helai nak disarungkan dari kepala hingga ke kaki.

Sebab itu, sinonim sangat wanita dengan keselesaan dan simple.

Macam akak ni dah lama mencari handsock simple dan kain sedap dipakai. Bukan tak s**a berenda sana-sini. Sekadar boleh la. Kang tersangkut dah tak cantik.

Alhamdulillah. Jumpa juga di TELEKUNG HIQMAH. Ada juga pelbagai warna yang lembut boleh sesuaikan dengan pelbagai warna baju.

Yang paling penting kain bukan yang jenis londeh sampai nampak gumpalan pada tangan baju dan nak kena tarik serta betulkan semula.

Ada ke yang sejenis akak disini?

Berdoalah dengan penuh pengharapan dan rasa takut.Nabi Ayyub a.s, Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yunus a.s antara contoh Nabi...
08/09/2022

Berdoalah dengan penuh pengharapan dan rasa takut.

Nabi Ayyub a.s, Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yunus a.s antara contoh Nabi yang diuji dengan kesulitan dan kes**aran lalu mereka berdoa dengan penuh pengharapan.

Allah SWT itu Maha Mendengar dan sentiasa ingin mengabulkan permintaan hamba-Nya kerana Dialah Maha Pemberi.

Tetapi lihatlah kita berdoa bagaimana.

Terlalu lalai berdoa sehingga ada yang berdoa "Ya Allah, Doaku sama seperti doa semalam. Mohon Kabulkan"

Kita bukan minta Borang permohonan keluarkan Simpanan Wang semudah itu kita meminta. Kita sedang meminta dengan Yang Maha Suci dan Maha Pencipta.

Baiki cara kita berdoa dan ikhlaskan hati dengan permintaan kita. Semoga doa yang kita lafazkan sampai kepada Allah SWT dan dikabulkan dengan RedhaNya

Aaminn.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124157719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eezdiani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eezdiani:

Share