02/10/2021
Assalamualaikum
Saya ANIS SYAHMI mula berniaga REEN RAHIM HYGIENE WASH hanya pada 4 niat:
1. dapat membawa ibu ayah menunaikan Haji & Umrah
2. Untuk dapat membantu pendapatan keluarga dari segi perbelanjaan harian
3. dapat membayar yuran sepanjang pengajian PJJ saya
4. dapat membeli rumah dan motosikal idaman
Di dalam perjalanan ini banyak cabaran dan kejayaan. Bila datangnya suatu kesusahan, ianya suatu ujian.
Bila datangnya suatu kejayaan, ianya juga suatu ujian.
Saya masih belajar.
Dan mahu terus belajar.
Supaya saya merialisasikan impian & cita cita pada keluarga, saya dan orang disekeliling saya. Saya juga berharap dapat membantu ramai lagi peniaga baru dengan cara yang betul & tepat supaya meraka juga sama berkembang maju.
Setiap kejayaan saya datangnya dari usaha saya.
✅ Adanya pemahaman tinggi tentang manusia, produk dan komunikasi
✅ Adanya perancangan rapi.
✅ Adanya perbelanjaan efektif.
✅ Adanya usaha kuat dan bijak.
✅ Adanya titipan doa.
Dan sudah tentunya ada keredhaan dan keberkatan dariNya.
Biar mana produk dan servis saya seluas benua.
⛔ Saya tidak mahu mula sebagai seorang founder.
⛔ Saya tidak mahu mula sebagai seorang business owner
⛔ Saya tidak mahu mula sebagai seorang salesman.
⛔ Saya tidak mahu mula sebagai seorang advertiser.
Tetapi, saya mahu selamanya menjadi seorang marketer
Ini semangat saya.
ANIS SYAHMI
Yang sedang berusaha menjadi seorang marketer terhebat
Reen Rahim official