22/10/2022
KENAPA KITA PATUT BINA SYARIKAT YANG BAGUS?
Sebab kita mahu pastikan duit jualan yang kita dapat hari ini, BERTAHAN LAMA.
Kita boleh guna duit jualan yang kita dapat hari ini untuk:
1. Dibelanjakan.
2. Disimpan.
3. Diberanakkan.
Kalau belanja, terus habis.
Jadi kita patut simpan, supaya kita boleh laburkan untuk beranakkan.
---
Macam mana?
1. Kalau kita tidak menjalankan bisnes secara teratur, kita akan:
β Rompak duit bisnes
β Duit jualan masuk poket sendiri
β Kita belanjakan untuk tujuan peribadi
Akhirnya, kita tiada duit modal untuk kembangkan bisnes.
---
2. Mahu gajikan pekerja? Tiada duit!
Mahu buat marketing lebih besar? Tiada duit!!
Mahu beli stok lebih? Tiada duit!!!
Maka jadilah kita bertahun-tahun bergiat aktiviti bisnes, masih lagi di takuk sama.
---
3. Jadi, apa patut buat?
β
Duit jualan masuk ke akaun bisnes
β
Ambil gaji tetap bulanan β semua belanja peribadi gunakan duit gaji ini sahaja
β
Selebihnya, biarkan simpan dalam kantung bisnes
---
4. Bila ada simpanan (cash reserve) dalam akaun bisnes, baru kita boleh fikir untuk BERANAKKAN DUIT ini!
Dengan cara...
β
Belanja duit marketing untuk sampaikan mesej kepada lebih ramai audiens β supaya meningkat permintaan
β
Beli stok lebih untuk tampung permintaan β supaya jualan meningkat
β
Gajikan pekerja untuk buat kerja-kerja dalam bisnes β supaya boleh tampung permintaan & beben kerja
β
βBeli otakβ manusia bijak pandai untuk berfikir perancangan bisnes β supaya boleh susun strategi bisnes terancang
β
Bayar yuran & belajar tambah ilmu β supaya kita lebih termuka mata & minda melihat lebih luas
β
β¦dan banyak lagi!
---
5. Nampak kan?
Barulah ada perkembangan dalam bisnes kita!
Barulah kita rasa berbaloi & puas hati lihat hasil semakin membesar!
---
6. Kita tak mahu sekadar 'MENJUAL TEPI'.
Kita tak mahu 5 tahun lagi, kita masih tempat sama.
Kita tak mahu jualan hari ini, habis hari ini tanpa digunakan untuk dapat jualan berpanjangan.
Setuju?
---
7. Jadi...
Kita bina syarikat & organisasi bisnes.
Yang boleh meneruskan aktiviti bisnes.
Kita tak menjual.
KIta bina organisasi yang menjual.
Kita berfikir luas supaya ada kemajuan & tidak tersangkut di tempat sama.
Permainan strategik ini yang diajar di Business Strategik Gameplan.
KLIK LINK di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut...
https://brc.my/1020-bsg/hai/917