24/10/2023
"Kempen Emas 2 Kilo" kembali lagi..ayuh semua, jgn lepaskan peluang utk sertai kempen ini.
Syarat-syarat dan Kelayakan Kempen
1. Kempen ini terbuka kepada:-
i. Pelanggan individu yang baharu dan sedia ada;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pengeluaran Pembiayaan Pajak Gadai-i & memastikan akaun Pajak
Gadai-i aktif semasa tempoh kempen di cawangan Bank Rakyat dan ArRahnu X'Change.
iv. PENGECUALIAN:
a. Warga kerja serta ahli keluarga Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. dan francaisi Ar-Rahnu XβChange; dan
b. Pelanggan yang mempunyai sebarang akaun tunggakan, akaun yang digantung atau akaun yang ditamatkan atau akaun yang telah melanggar mana-mana terma dan syarat dalam perjanjian dengan Bank /francaisi Ar-Rahnu XβChange.
2. Mekanisma penyertaan adalah berkonsepkan Gadai dan Menang, di mana:-
i. Satu (1) permohonan pengeluaran pembiayaan yang diluluskan dan masih aktif dalam tempoh kempen layak mendapat satu (1) bilangan penyertaan.
ii. Tiada had minimum bagi nilai gadaian.
3. Penyertaan kempen ini adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Rakyat dan ArRahnu XβChange dan juga terma dan syarat kempen ini.
4. Semua keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat dan Ar-Rahnu XβChange adalah muktamad dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.