30/08/2022
TERNYATA FORMULASI ALPHA-MAGS DARIPADA EKSTRAK MANGGIS INI, DAPAT MENGURANGKAN PENGHASILAN PIGMEN MELANIN SETERUSNYA MENCERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
Mengikut kajian, manggis mengandungi nilai antioksidan tinggi, boleh merawat penyakit, perangsang kepada sistem daya tahan (imun) manusia dan bertindak sebagai antipenuaan.
Bahan aktif yang terkandung di dalam manggis, iaitu Alpha-Mangostin (Alpha-MAGs) sangat berkesan bagi mencerahkan kulit serta membantu sel kulit menghasilkan lebih banyak kolagen.
Mengikut fakta, kolagen ialah protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.
Tetapi, peningkatan usia menyebabkan hilangnya keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen.
Seterusnya boleh menyebabkan terhasilnya jeragat, kulit berkedut, kusam, dan timbul garis halus pada wajah.
Apabila usia mencecah 30an ke atas, maka jeragat atau melasma akan mula tumbuh.
Jeragat pada asalnya tidak merbahaya, tetapi ia memberi kesan pada penampilan seharian.
Jeragat boleh menyebabkan :
1. Kurang keyakinan diri
2. Menganggu emosi
3. Beri kesan pada hubungan
Terdapat beberapa faktor utama mendorong jeragat tumbuh, iaitu :
1. Peningkatan usia
2. Terdedah pada sinaran UV
3. Perubahan hormon kesan dari ubat-ubatan
4. Penggunaan bahan kosmetik terlarang
Ketakutan pada 'serangan' jeragat menyebabkan ramai yang mencari penyelesaian dengan mencuba pelbagai jenis produk kosmetik.
Ada yang memilih produk tempatan dan ada juga yang lebih cenderung kepada produk luar negara.
Bergantung pada tahap kewangan masing-masing.
Produk tempatan, kebiasaannya mempunyai harga yang lebih ekonomi.
Tetapi, penggunaan kosmetik tempatan (bukan semua) berisiko untuk terdedah pada bahan kimia.
Ini kerana, kebanyakan jenama tempatan bergantung pada kepakaran pihak lain untuk melakukan kajian dan penyelidikan sebelum produk tersebut dipasarkan.
Secara realitinya, di negara kita penguatkuasaan belum begitu ketat dari segi pemantauan penggunaan bahan dalam produk kecantikan.
Sedangkan peraturan di negara lain termasuk Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat.
Sebagai contoh, sesetengah bahan seperti asid kojic masih digunakan secara berleluasa di negara ini, tetapi diharamkan penggunaannya di negara berkenaan.
Kebanyakan produk kosmetik tempatan pada asalnya mendapat kelulusan KKM, tetapi ada antaranya ditarik balik daripada pasaran kerana didapati mengandungi bahan beracun.
Ia membabitkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidroquinon, tritenoin dan seumpamanya.
Penggunaan bahan tersebut secara berterusan boleh merosakkan kulit.
Ia digunakan bagi memberi kesan atau tindak balas yang cepat pada kulit.
Sedangkan, pada akhirnya ia bakal memberi kesan yang lebih buruk.
Berbeza p**a dengan produk kosmetik luar negara.
Pada dasarnya negara seperti Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat dari segi kelulusan produk kosmetik.
Sebab itulah, mereka lebih fokus kepada penggunaan bahan semula jadi atau organik berbanding bahan kimia.
Tidak hairanlah, produk terkemuka dari luar negara selamat digunakan kerana ia melalui proses kajian dan pembangunan yang terperinci.
Justeru, harganya lebih mahal berbanding produk tempatan yang kurang menekankan aspek kajian dan pembangunan.
Namun, bukan semua produk kosmetik luar negara berkesan pada kulit rakyat Malaysia.
Perbezaan jenis kulit serta cuaca menyebabkan sebahagian produk luar yang mahal tidak memberi kesan positif 100%.
Keadaan ini telah mendorong pakar kulit tempatan, Dr Mariani Abdul Hamid untuk melakukan kajian dan pembangunan bagi meghasilkan produk yang lebih berkesan serta lebih sesuai dengan jenis kulit muka rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan, Dr Mariani merupakan Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (IBD UTM).
Beliau adalah antara penyelidik terkemuka yang bertungkus-lumus membuat uji kaji, menghasilkan ekstrak bahan serta mengambil bahan aktif daripada ekstrak sumber.
Selain bertungkus lumus dalam proses formulasi bahan kecantikan beliau juga bertanggungjawab menguji keberkesanan produk ke atas sel manusia.
Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, beliau memilih buah manggis sebagai bahan utama bagi menghasilkan formula yang bersesuaian dengan kulit wajah rakyat Malaysia.
Melalui hasil kajiannya, beliau mendapat banyak maklum balas positif daripada pengguna bahan tersebut.
Setelah betul-betul berpuas hati dengan keberkesanan ekstrak manggis (Alpha-Mangostin), akhirnya pada tahun 2014 beliau dengan rasminya mengeluarkan produk jenama sendiri yang diberi nama DerMAGs.
Jenama ini mendapat sambutan di luar jangkaan, buktinya sepanjang dilancarkan DerMAGs berjaya memenangi beberapa anugerah emas dan perak dalam pertandingan reka cipta sama ada di dalam atau luar negara.
Antaranya, pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) di Korea, Industrial Art And Technology Exhibition (INATEX), Industrial Design And Technology Exhibition (ITEX) dan Anugerah Bio Innovation di Malaysia.
Bukan itu saja, DerMAGs juga mendapat sokongan terus daripada UTM.
Ternyata, pencapaian ini meletakkan DerMAGs setaraf produk antarabangsa.
Ini dizahirkan apabila produk tersebut telah mendapat permintaan yang menggalakkan daripada negara luar seperti Brunei dan Singapura.
Antara item produk yang sudah berjaya membantu ramai wanita dan mendapat pelbagai pengiktirafan ialah :
1. Cleanser
2. Softener
3. Refining cream
4. Serum
5. BB cushion
6. Moisturiser
Ke enam-enam item ini dibuktikan berupaya bertindak balas secara efektif bagi memulihkan :
1. Jeragat
2. Kedutan
3. Kulit kusam
4. Garis halus
Tidak seperti produk tempatan yang lain, DerMAGs bukan produk ekspress yang memberikan kesan serta merta atau dalam jangka masa singkat sahaja.
Disebabkan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, pengguna DerMAGs dapat melihat perubahan positif (melalui proses pemulihan) seawal 1 hingga 3 bulan (bergantung pada jenis kulit).
Paling istimewa, DerMAGs menawarkan sesi konsultasi percuma bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk tersebut.
Melalui sesi tersebut, anda akan dibantu bagi mengenalpasti jenis dan masalah yang dihadapi berkaitan wajah.
Iaitu pemilihan produk DerMAGs paling sesuai dengan kulit anda serta cara penggunaan dengan betul bagi memberikan kesan paling maksimum.
Dapatkan Konsultasi percuma!
Klik Whatsapp link sekarang π
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation
https://wasap.my/601136111040/NakDermagsConsultation