01/07/2021
KENAPA SAYA BELI G-SHOCK ORIGINAL, TAPI JAM TAK TULIS PUN “MADE IN JAPAN”?
Casio sebenarnya mempunyai kilang di tiga buah negara, iaitu di Jepun, Thailand dan China. Pernah juga kita menemukan jam G-Shock Made in Malaysia (tapi sekarang sudah tiada). Fungsi ketiga-tiga kilang ini ialah menghasilkan jam plastik kental dan gagah yang kita dambakan ini.
Terdapat tiga kategori utama dalam pembuatan jam ini. Kategori pertama ialah kategori premium, contohnya model Frogman. Hampir semua binaan termasuk bahan mentahnya dihasilkan di kilang Casio Yamagata , Jepun. Kebiasaannya harga jam dibuat di kilang ini lebih mahal kerana bahan yang digunakan lebih berkualiti serta memerlukan mutu kerja yang lebih berkualiti.
Kategori kedua merupakan model pertengahan ataupun mid range model. Contohnya model Rangeman. Rangeman dihasilkan sepenuhnya di Nakhon Ratchasima, Thailand tetapi dibuat 2 model berasingan. Satu model untuk pasaran Jepun dengan kod GW-9400J-1JF yang mana tali getahnya ditukar kepada tali Carbon Fibre kerana orang Jepun mahukan kualiti yang terbaik bagi setiap barangan mereka. Manakala model GW-9400-1DR p**a untuk pasaran negara lain dan harga yang lebih murah dan mampu milik.
Akhir sekali untuk model murah ataupun entry model yang tidak memerlukan kepakaran kompleks dihasilkan di GuangZhou China. Oleh sebab kos buruh dan bahan yang murah di China, banyak model yang mampu milik seperti DW-6900-1V/DW-5600E-1V, dan model GA-100/110/120/150/200/300 dihasilkan di sini. Di samping itu juga kilang China terlibat dalam pengeluaran model yang pop**ar seperti model GA-110 dan hampir 90% model ini datang dari kilang China.
Kesimp**annya, bukan semua model G-Shock made in Japan adalah yang terbaik dan model made in Thailand dan China kurang baik. Kadang-kadang keluaran Jepun juga ada masalah kualiti. Selagi Casio masih mengekalkan tahap kualiti bagi setiap jam yang dihasilkan, ini tidak menjadi isu besar walaupun di mana-mana sahaja jam itu dibuat. Tidak semestinya buckle atau back case tiada cop Made in Japan jam maka jam itu bukan original. Kadang-kadang anda akan menemukan jam yang dipasang di China atau Thailand tetapi menggunakan tali dari Jepun
SUMBER: G-SHOCK FAN PAGE
Google Maps 🖼️ : Kilang di Thailand dan Jepun. Kilang Casio di China tiada gambar atas isu keselamatan negara sana.