Terbitan JILID

Terbitan JILID Menjual buku baru dan terpakai. Layari shopee.com.my/kedaibukujilid untuk pembelian.

Lucu apabila buku yang sudah lama terbit, dan isinya tidaklah dapat mengacum kefahaman pembaca untuk menjadi komunis, te...
16/04/2026

Lucu apabila buku yang sudah lama terbit, dan isinya tidaklah dapat mengacum kefahaman pembaca untuk menjadi komunis, telah diharamkan. Menteri KDN kena baca sendiri buku-buku ini.

KENYATAAN MEDIA: PENGHARAMAN BUKU MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: DARI AWAS KE REJIMEN KE-10 DAN KOMRAD ASI (REJIMEN 10): DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH

Pada 15 April 2026, kami telah menerima surat perintah larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), subseksyen 7(1) dan subseksyen 8(1) & (2) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap dua buah buku terbitan kami iaitu Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10 yang diterbitkan pada tahun 2007 di bawah imprin kami, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Sepanjang berada di pasaran, buku ini telah diulang cetak sebanyak tiga kali dan pertama kali diterbitkan pada tahun 2004 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku kedua yang turut diharamkan ialah Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah yang diterbitkan pada tahun 2022.

Kami melihat tindakan ini sebagai satu langkah yang menyempitkan ruang wacana dan menghalang perkembangan budaya ilmu. Buku-buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan refleksi sejarah yang membuka ruang kepada masyarakat untuk memikir ulang secara kritis.

Justeru, kami dengan tegas menyatakan bahawa kami akan mencabar tindakan pengharaman ini melalui saluran perundangan yang sewajarnya. Kami menolak sebarang bentuk penapisan yang bertujuan untuk mengawal ruang fikir dan membungkam wacana sejarah.

Ilmu ialah Kuasa
15 April 2026

“That is why writers with a strong style often write poor books. 'That is also why writers with strong themes so often w...
08/04/2026

“That is why writers with a strong style often write poor books. 'That is also why writers with strong themes so often write poor books. Strong themes and styles have to be broken down before literature can come into being. It is this breaking down that is called 'writing'. Writing is more about destroying than creating, No one knew that better than Rimbaud.The remarkable thing about him was not that he arrived at this insight at such a disturbingly young age but that he applied it to life as well. For Rimbaud everything was about freedom, in writing as in life, and it was because freedom was paramount that he could put writing behind him, or perhaps even had to put writing behind him, because it too became a curb on him that had to be destroyed. Freedom is like destruction plus movement. Another writer to realise this was Aksel Sandemose. His tragedy was that he was only able to enact the latter in literature, not in lifè. He destroyed, and never moved on from what he had destroyed. Rimbaud went to Africa.”

—A Death in the Family
My Struggle: Book 1,
Karl Ove Knausgaard

🫣
08/04/2026

🫣



Selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin
20/03/2026

Selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin

Selamat tahun baru
17/02/2026

Selamat tahun baru

Selamat menyambut hari Natal
24/12/2025

Selamat menyambut hari Natal

09/12/2025

Semalam admin bertemu dengan penulis Saat Omar untuk menghantar borang pencalunan hadiah sastera.

Aku membayangkan atuk duduk di tikar sembahyang sementara tasbih cendana bergulir di tangannya, berputar-putar, seakan r...
02/12/2025

Aku membayangkan atuk duduk di tikar sembahyang sementara tasbih cendana bergulir di tangannya, berputar-putar, seakan rentak gerakan baldi-baldi di kincir air; Binti Majzub, Wad Rayyes dan Bakri iaitu tiga orang sahabat lamanya akan duduk di sofa rendah yang setinggi hanya dua jengkal dari lantai. Menurut atuk, tempat duduk yang ditinggi-tinggikan menandakan kesombongan sementara tempat duduk yang direndah-rendahkan menandakan sifat tawaduk.

Binti Majzub berteleku, tangannya yang sebelah lagi menyepit rokok. Wad Rayyes p**a galak menukang cerita dari hujung kumisnya. Bakri hanya akan duduk mendengar.

Rumah besar ini tidak dibina daripada marmar atau bata merah tetapi daripada lumpur tempatnya gandum ditanam, ia berdiri di tepi ladang seakan ia juga sebahagian darinya. Buktinya, semak akasia yang tumbuh di halaman dan cendawan yang tumbuh di dinding selepas air diserap dinding tanah itu.

la rumah yang huru-hara, dibina bukan dengan cara yang betul, bentuknya serupa itu seiring tahun ia didirikan: biliknya banyak dan ukurannya berbeza-beza, beberapa bilik dibina dengan cara melekatkan ruang itu antara satu sama lain pada masa berlainan, ia dibina kerana diperlukan atau kerana atuk ada duit lebih yang dia tak tahu ke mana nak dibelanjakan.

Bilik-bilik itu saling menghadap satu sama lain. Ada juga yang memiliki pintu yang sangat rendah sehingga kau perlu tunduk untuk masuk, ada yang tidak mempunyai pintu; ada bilik yang tingkapnya banyak sementara ada bilik yang langsung tak ada tingkap.

—hlm 74
Musim Hijrah ke Utara
Tayyib Saleh
terj. Zahid M. Naser

Untuk apa ijazah kedoktoran kajian tentang puisi di tengah-tengah masyarakat pertanian? Berlatar sedemikian, watak utama yang baru p**ang dari luar negara dip**aukan keterasingan sehinggalah dia bertemu Mustafa Said. Siapakah p**a Mustafa Said yang sanggup menelanjangkan kisah diri di hadapan seoran...

Address

Sri Damansara
Kuala Lumpur
52200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:30

Telephone

+60109381046

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terbitan JILID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category