Tarbiah diri

Tarbiah diri fainni qarib menjual buku buku tarbiah pilihan

20/12/2023
01/12/2022
18/10/2022

Salah.

Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Silap itu menunjukkan kita adalah manusia biasa.
Bukan robot AI yang mungkin kurang dengan 'error' nya.
Berbaik pada diri anda.
InsyaAllah, setiap cabaran ada jalan penyelesaiannya.

20/09/2022

Memaknakan Basmalah

Basmalah (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) ialah ayat pertama surah al-Fatihah.

Ayat ini juga menjadi pembuka kepada mushaf. Andai keseluruhan al-Quran terhimpun pada al-Fatihah, maka keseluruhan al-Fatihah terhimpun pada basmalah.

Menurut Sheikh Dr Solah al-Khalidi rh:

Basmalah menggariskan asas yang membina akidah seorang Muslim, iaitu manusia ialah makhluk yang lemah walau bagaimanapun dia memiliki kekuatan.

Maka sebab itu manusia perlu sentiasa kembali kepada Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT.

Apabila kita mengucapkan bismillah (dengan nama Allah SWT), huruf ب itu adalah dengan maksud isti'anah iaitu memohon bantuan.

‎Bermakna kita dengan sepenuh hati mengakui kelemahan diri, kefakiran, rasa tidak berdaya dan memerlukan bantuan.

‎Kita sentiasa memerlukan Allah SWT.

Maka sebab itu kita memohon hanya daripada-Nya bantuan.

Akidah Islam terbina atas dua unsur:

1) Allah: Tuhan yang disembah, yang Maha Sempurna, Maha Kaya dan Maha Agung.

2) Hamba: makhluk iaitu semua selain Allah SWT yang sentiasa memerlukan-Nya.

Ini terkandung pada basmalah.

Seorang Mukmin apabila mengucapkan basmalah ketika solat atau di luar solat, maka dia perlu menghadirkan makna ini:

Ya Allah, aku lemah, kuatkanlah aku.

Ya Allah, aku tidak memiliki apa-apa kekuatan pun melainkan dengan bantuan-Mu.

Betapa kita memerlukan bantuan Allah SWT pada setiap detik kehidupan.

‎Kata seorang penyair:

‎إذا لم يكن عون الله للفتى ... فأول ما يجني عليه اجتهاده

‎"Jika bantuan Allah tidak bersama seseorang ... maka perkara pertama yang akan mengagalkannya ialah usahanya"

Bermaksud, jika Allah SWT tidak memberikan taufiq dan bantuan kepada seseorang, maka usahanya sendiri menjadi gagal.

Tanpa bantuan Allah SWT, segala kebijaksanaan dan usaha akan terhimpun dan "berkonspirasi" menjadi punca kepada kegagalan diri kita.

Maka sebab itu, antara doa yang dibaca oleh Nabi SAW pada setiap pagi dan petang:

‎يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ!

‎Wahai yang Maha Hidup dan Maha Berdiri! Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan.

أَصْلِحْ لِي شَأْنِيَ كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

‎Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.

‎- HR al-Hakim.

‎Kita tidak ingin Allah SWT meninggalkan kita walau hanya sekelip mata.

Andai Allah SWT mengabaikan kita walaupun hanya seketika, hancur dan binasalah diri kita.

Segala kejayaan, kebahagian, kelapangan hidup kita bergantung kepada hubungan kita dengan Allah SWT.

Maka sebab itu basmalah memperingatkan kita tentang makna yang sangat agung ini.

Allah SWT dengan sifat Maha Bijaksana memilih ayat ini sebagai permulaan kitab-Nya.

Dia juga memilih surah al-Fatihah yang dimulakan dengan basmalah ini diulang baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari.

Supaya kita sentiasa membawa makna ini dalam setiap detik kehidupan.

Seterusnya kalimah Allah SWT pada basmalah digandingkan dengan al-Rahman dan al-Rahim.

Kalimah Allah SWT memenuhkan hati kita dengan rasa gerun dan takut.

Manakala al-Rahman dan al-Rahim menjadikan kita berharap dengan rahmat-Nya.

Terhimpun rasa takut dan harap pada lafaz ini.

Kita memohon bantuan Allah SWT dengan rasa takut dan harapan kepada-Nya.

Andai kita menghayati makna ini, kita akan semakin menghargai basmalah.

Bahawa basmalah ialah asas bagi kehidupan kita.

Rujukan:

1) Quran al-Fajr, Sheikh Dr Solah al-Khalidi.
2) FainniQarib, m/s 4.

Berminat?

Jika berminat, boleh dapatkan melalui saya:

Klik untuk pembelian ⤵️

https://wa.me/601136654765

https://wa.me/60149315651

14/09/2022

'Belum pernah terdengar dan bertemu seseorang yang kekal namanya dalam lembaran sejarah, melainkan dia telah menempuh perjuangan kesulitan dan kepayahan hidup.

- HAMKA

Sampai satu saat, hati kita rapuh. Lelah melawan arus yang tidak putus asa menggugah semangat kita.

Membaca buku HAMKA mengingatkan kembali, kenapa kita mahu dan harus tetap berjuang.

Dapatkan buku terbaik HAMKA dalam Kombo Pemikiran HAMKA sekarang!

Kami pilih buku-buku terbaik HAMKA untuk manfaat semua. Hanya di Jejak Tarbiah. 😊

Berminat?

Jika berminat, boleh dapatkan melalui saya:

Klik untuk pembelian ⤵️

https://wa.me/601136654765

https://wa.me/60149315651

12/09/2022

Tak ingat bila kali pertama saya baca naskhah Tentang Cinta terbitan Telaga Biru ini dulu. Kemungkinan sekitar awal usia remaja saya. Bahkan saya tak pasti siapa yang membeli naskhah ini. Yang pasti, bagi saya, buku ini antara karya terbaik yang dihasilkan oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi.

Mulanya, saya tak berminat pun nak baca buku ini sebab cover dia pun lebih terarah kepada orang yg akan berkahwin ja. Saya pulak baru ja masuk fasa remaja. Fasa pemberontakan jiwa 😅

Waktu tu, saya sedang berhadapan dengan pertarungan rohani. Walaupun lahir sebagai Muslim, susah bagi saya terima Islam sebagai pegangan saya. Sejujurnya, saya sedang mencari-cari alasan yang kuat untuk kekal hidup sebagai orang Islam.
Semuanya disebabkan oleh apa yang saya lihat dalam masyarakat Islam sekeliling saya (kecuali ibu saya), kebanyakannya tak mengikut ajaran Islam Islam seperti yang saya baca dalam buku-buku terutama melibatkan layanan terhadap perempuan.

Dari kecil saya diajarkan untuk pertahankan Islam, cinta Allah, cinta Nabi. Masalahnya, macammana saya nak pertahankan agama ini, cinta Allah dan Nabi, sedangkan hati saya tak selesa dengan agama ni?

Entah kenapa, satu hari, hati saya terbuka untuk mencapai buku ni dekat rak buku dalam rumah saya dan mula membaca. And guess what? Saya tak boleh berhenti membaca sampailah ke mukasurat terakhir.
Saya mengakhiri pembacaan saya dengan menangis teresak-esak dan merasa satu kepuasan membaca yang takkan dapat dijelaskan dengan kata-kata. Hati saya rasa penuh.

Suatu ketenangan, mungkin. Yang membuatkan saya faham cinta kepada Allah dan rasulNya itu seperti apa. Yang membuat saya untuk lebih memahami iman itu sebenarnya bagaimana.

Mungkin apa yang saya dapatkan berbeza dengan tujuan buku ini dihasilkan. Ya. Buku ini memang sesuai untuk bacaan suami isteri, orang yang dalam fasa perkenalan atau sedang bertunang atau sedang mencari pasangan 💖. Buku ini uga sesuai untuk remaja dan orang yang sedang mencari jati diri. Saya adalah golongan yang terakhir 😊

Sekarang. Saya nak anda rasakan jugak kepuasan saya membaca buku ni dengan terbitan semula oleh Jejak Tarbiah dengan cover yang lebih cantik 😍

Persembahan buku ini sangat santai dan menarik. Memudahkan pemahaman kita dengan karikatur-karikatur yang lucu dan menusuk jiwa.

Berminat? PM untuk mendapatkan pre-order naskhah Tentang Cinta ini 😊

Address

Kuala Lipis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarbiah diri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tarbiah diri:

Share

Category