03/08/2023
Ada yang belum masak lagi? Jangan pening, boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ni. Sedap dan masaknya pun mudah je. Dah macam menu restoran dah ni ha.
RESIPI AYAM KAM HEONG SEDAP
BAHAN A:
1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
BAHAN B:
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus
5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar
1 sudu makan serbuk kari
Cili padi secukupnya
Sedikit udang kering – jika s**a ( empunya resipi tak letak)
Sedikit halia – ditumbuk lumat
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.
6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.
8. Jika s**a, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Dani Shoppe’s