Secret Beauty

Secret Beauty ~Kecantikan adalah hak milik setiap insan~

28/03/2013
28/03/2013
21/03/2013

SEAWEED COLLAGEN

Kulit gebu dan tegang, hidung mancung dan p**i yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. Kemudian, tanya p**a pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut. Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam. Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen. Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti dari kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun adalah antara manusia yang paling ramai mempunyai purata hidup melebihi umur 100 tahun. Buktinya, adalah salah satu diet dan pemakanan seharian mereka adalah memakan kolagen dari urat dan kaki babi.

Pengamal Perubatan Estetik dari Klinik De Palma, Ampang, Selangor, Dr. Mohd. Nasir Othman berkata, kolagen adalah unsur yang wujud di sekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya. “Terdapat 28 jenis kolegen dalam badan manusia dengan purata 30 hingga 40 peratus berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda selain fungsi berkaitan kesihatan tubuh. “Kolagen penting untuk penjagaan wajah kerana jika kandungan kolagen dalam badan berkurang menyebabkan wajah tidak cantik seperti timbul masalah kedutan, jerawat, kulit tidak tegang dan sebagainya,” katanya.
Tambahnya lagi, perkembangan yang berlaku sekarang makin ramai wanita yang mengambil kolagen sebagai makanan dan melakukan suntikan. Namun masih belum ada banyak kajian yang mengatakan bahawa mengambil kolagen akan menyebabkan kulit menjadi tegang dan cantik.

“Kajian memang ada, tetapi tidak banyak. Contoh kajian yang terkini adalah kolagen yang dihasilkan daripada tulang ayam, jika ada pun masih tidak banyak kajian yang dilakukan tentang keberkesanannya. “Kolagen yang dijamin berkesan sekarang ini adalah kolagen melalui suntikan. Kolagen melalui suntikan p**a masalahnya adalah tidak halal. Kolagen yang paling pop**ar adalah dari babi dan lembu. “Walaupun kolagen dihasilkan dari lembu tetapi kerana ia tidak disembelih ia juga tidak halal kepada pengguna muslim. ” katanya.

Ujarnya lagi, ada kajian yang dilakukan terhadap kolagen rumpai laut iaitu secara suntikan berkesan untuk mengubati penyakit sendi tetapi masih belum terbukti keberkesanannya untuk kulit wajah. “Tidak ada kajian tentang kebaikan kolagen yang dijual di pasaran dan kolagen rumpai laut kepada wajah. Ia hanya terbukti keberkesanannya melalui testimoni pengguna yang menggunakannya. “Apabila tidak banyak kajian, pengguna perlu lebih prihatin untuk menggunakannya dengan tidak memakai dan makan secara sembarangan kerana pengambilan tanpa pengawasan mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit dan alahan,” kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya lagi, kalau setakat makanan seperti rumpai laut ada kemungkinan selamat, tetapi apabila bahan tersebut telah melalui proses pengawetan ditakuti mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kulit. “Setakat makan rumpai laut sahaja tidak ada masalah kerana ia adalah bahan semulajadi seperti juga ia menjadi makanan harian oleh penduduk Korea. “Namun, dari segi keberkesanan kolagen tersebut mungkin kurang. Jika ingin mengambilnya dalam jangka masa pendek tiada masalah. Tetapi jika pengambilannya dalam jangka masa panjang belum diyakini keberkesanan dan keselamatan kerana terdapat sebahagian ubat apabila melebihi lima tahun baharu diketahui bahawa ia tidak selamat untuk digunakan,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini memang terdapat beberapa syarikat mengeluarkan produk kolagen dan membuat kajian tentangnya kepada pesakit-pesakit yang terlibat. “Selepas pesakit tersebut menjalani rawatan beberapa bulan didapati kulit mereka semakin cantik dan tegang. Kaedah tersebut boleh diyakini dan diterima keberkesanannya,” katanya.

Menurut Dr. Mohd. Nasir, disebabkan suplemen kolagen yang diambil belum terbukti keberkesanannya secara saintifik hanya bersandarkan kepada pengakuan pengguna, cara yang paling ideal adalah dengan cara semulajadi iaitu melalui penghasilan kolagen sendiri oleh sistem dalam badan.

“Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari atau memakai krim perlindungan cahaya matahari dengan SPF 30 ke atas, tidak merokok, mengamalkan waktu tidur yang cukup dan melakukan senaman pada wajah untuk hasilkan kolagen baharu. “Kolagen baharu juga boleh dihasilkan pencuci muka dan skrub, yang mana sel-sel kulit mati akan tanggal bagi memberi ruang pertumbuhan kolagen dan sel baru.

“Selain itu, kaedah rawatan laser dan IPL ( Intanse Pulse Light) juga antara rawatan berkesan untuk mencantikkan kulit. Kedua-duanya seperti cahaya, apabila ditembak pada kulit, kolagen pada kulit akan pecah. Kolagen yang pecah ini dipanggil peptide yang akan menghantar isyarat kepada fibroblase yang berfungsi menghasilkan kolagen baharu,” kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya, sekarang sudah wujud krim yang ada peptide di dalamnya iaitu sejenis molekul kecil apabila di sapu pada kulit akan meresap masuk ke dalamnya. “Kesannya kulit akan menjadi lebih tegang dalam jangka masa yang singkat. Selalunya, sel-sel baharu akan mengambil masa sebulan untuk hasilkan kolagen baru,” katanya. Beliau menambah, kekurangan kolagen dalam badan juga menyebabkan timbul penyakit scurvy dan ostoejenesis imperteta iaitu akibat kekurangan vitamin C dalam badan. Penyakit ini menyebabkan muka menjadi cengkung dan kekurangan kolagen dalam badan yang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.

Kredit Info : Utusan Malaysia 23 Februari 2013, Segmen Keluarga, Oleh Siti Aishah Yusoff Dan Zhafri Suhardi

Rumpai Laut Ungu dan Kuning ini adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Sabah dan telahpun digunakan dalam industri ko...
21/03/2013

Rumpai Laut Ungu dan Kuning ini adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Sabah dan telahpun digunakan dalam industri kosmetik, skincare, makanan ringan dan lain-lain. Ia telah dikeringkan terlebih dahulu dan siap sedia digunakan sebagai terapi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Produk yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan penampilan tubuh dan dalaman yang terbaik dalam pasaran ketika ini.


Kelebihan dan Khasiat Pure Marine Kolagen
1.Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
2.Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
3.Melancarkan kitaran darah
4.Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
5.Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
6.Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)


Cara Basuh Dan Penggunaannya
1.Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2.Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4.Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
5.Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6.Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
7.Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut

Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
1.Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
2.Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
3.Bersihkan muka terlebih dahulu
4.Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
5.Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
6.Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
7.Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen
1.Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
2.Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
3.Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
4.24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
5.Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu

21/03/2013
Rumpai Laut (Seaweed) Ungu ini adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut jenis ini m...
21/03/2013

Rumpai Laut (Seaweed) Ungu ini adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut jenis ini mempunyai jumlah kepekatan kolagen
yang tinggi dan juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen. Seperti yang disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 pada 20 Mei 2012 lalu, spesis Rumpai Laut ini adalah Keempat terbaik didunia.


Cara Dan Tip Penggunaan Rumpai Laut Ungu Pure Marine Collagen

1.Anda boleh mula gunakan sebaik sahaja menerima kolagen rumpai laut ungu versi ini dan selebihnya anda simpan kembali didalam peti ais. Anda boleh gunakan dalam minuman, masakan seperti kerabu, agar-agar, puding dan sebagainya ataupun sebagai masker muka, rambut dan bahagian tubuh lain.

2.Khas untuk wanita yang belum ataupun sudah berkahwin, anda boleh gunakan versi rebus ini sebagai masker pada payudara anda. Ia membantu tegangkan dan gebu pada bahagian tersebut.

3.Anda boleh ambil bersama Tablet Vitamin C Pahang Pharmacy Sendirian Berhad kerana vitamin c juga adalah salah sumber antioksida yang bermanfaat dan digunakan secara meluas ketika ini.

4.Pastikan anda tidak meletakkan bekas berkenaan pada tempat yang menerima cahaya matahari kerana dikhuatiri mengurangkan kualiti khasiat dan manfaat kolagen rumpai laut ungu ini.

5.Anda boleh mengambil kolagen ini bersama dengan air kosong pada sebelah pagi sebelum makan pagi. Ia disarankan jika anda mula bekerja pada sebelah pagi dan memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi dalam menjalankan pekerjaan anda samada di pejabat atau ditempat-tempat lain anda bekerja.

6. Jika anda penggemar kopi atau teh, pastikan anda tidak mengambil kolagen ini semasa anda meminum minuman berkenaan. Anda boleh jarakkan pengambilan kolagen ini, contohnya pada hari ini anda mengambil minuman kopi. Maka pada hari ini, anda tidak perlu ambil kolagen berkenan dan esoknya barulah anda ambil kembali. Ianya juga dilarang jika anda mengambil mana-mana jenis atau versi kolagen rumpai laut asli.

7. Berkenaan dengan teh dan kopi, disarankan anda mengambil kopi dan teh yang 100 PERATUS bahan semulajadi sahaja. Contohnya, jika anda mengambil kopi, elakkan mengambil kopi segera jenama Nescafe ataupun kopi pracampuran dan sebagainya.

8.Sebagai pengganti kopi atau teh, anda boleh amalkan pure marine collagen ini bersama dengan jus buah buahan semulajadi yang kaya dengan kandungan antioksida dan Vitamin C seperti betik, buah kiwi hijau, prune, beri merah/ungu/biru, anggur merah, anggur hitam dan sebagainya ataupun dalam minuman jus seperti jenama Berrys di Tesco.

9.Anda boleh ambil kolagen ini bersama madu sebagai minuman harian anda. Pastikan anda menggunakan madu yang asli.

10.Bagi anda yang sedang hamil, berpantang, menyusu bayi, selepas pembedahan dan menghidapi penyakit penyakit tertentu, anda disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar/doktor yang bertauliah sebelum mengambil kolagen rumpai laut ungu ini.

Address

Taman Pasir Putih
Kota Kinabalu
88100

Telephone

+601119961991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Secret Beauty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share