05/12/2025
MasyaAllah… hari ni hari pertama cuti rehat, tapi cutinya bukan macam orang lain.
Orang lain plan nak Netflix & chill… Cek Na plan nak marathon drama Korea awalnya…
TAPI akhirnya?
Tak jadi apa. 😅
Tangan ni ralit scroll baju anarkali long dress untuk naik pentas tak lama lagi.
Cantik-cantik sampai rambang mata. Order settle. Done.
Rumah p**a sunyi sepi.
Anak dan encik suami ke masjid solat Jumaat.
Tanya diri sendiri, “Nak buat apa ni?”
Padahal badan nak rehat… tapi otak? MasyaAllah, laju fikir info apa lagi nak bagi pada bisnes partners.
Dalam hati terdetik,
“Kalau mereka boleh pegang income 4 angka, itu dah cukup buat Cek Na bahagia.”
Pagi tadi mentor bagi task pertama. Nampak simple je…
Tapi siapa bergelumang dengan dunia kepimpinan, dia tahu:
Nak motivasikan hati manusia bukan kerja senang.
Hati ni seketul saja… dan seketul tu lah paling mudah dibolak-balik.
Tak apa. Kita buat je. Sampai atau tak sampai di hati mereka… itu urusan Allah.
Tugas kita: usaha penuh, niat yang betul.
Habis siapkan video, baru terasa tekak nak sesuatu yang sejuk.
Cek Na bukan penggemar ais.
Tapi entah kenapa hari ni terbayang-bayang Brazilian Coffee Ais.
Bangun terus ke dapur—laju macam ada lagu latar.
Ambil gelas, tuang 2 sachet Brazilian Coffee, letak air panas sikit, frother, tambah air sejuk, letak ais… klik klik klik.
Tak sempat nak rakam.
Tak sempat nak cheers untuk kamera.
Terus teguk macam orang dah lama tak jumpa cinta pertama. 😆
Wallahi… nikmat dunia.
Lemak dia, creamy dia, sejuk dia… perghhh.
Allahuakbar, sedapnya!
Kadang… itulah hidup seorang leader:
Dalam cuti pun otak fikir team.
Dalam rehat pun hati nak bagi manfaat.
Dalam penat pun masih syukur…
Sebab Allah izinkan terus berada di jalan membantu orang lain.