30/05/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚
Alhamdulillah , telah selesai Program Ibadah Korban yang diuruskan oleh Pusat Pengajian Taman Ilmu Kluang pada 29 Mei 2026 bersamaan hari ketiga Aidiladha 1447H . Program ini merupakan penganjuran kali keenam sejak ia mula dilaksanakan .
Sebanyak 9 ekor lembu telah berjaya dikorbankan . Proses penyembelihan dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Kluang Beef, Lorong Md. Dikon , Kampung Tengah, Kluang ( En. Borhan ). Proses melapah , pemotongan serta pembungkusan daging korban turut dijalankan di lokasi yang sama .
Penyembelihan 9 ekor lembu korban telah dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Syafiee Musni , Ustaz Musa Musni dan Imam Muda Muhammad Rusdi bin Rahmat Teo . Daging korban kemudiannya diagihkan kepada para peserta korban , fakir miskin , asnaf serta masyarakat setempat di sekitar Kluang .
Allah SWT berfirman :
لَن يَنَالَ الله لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ
Maksudnya : “ Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu .” ( Surah al-Hajj : 37 )
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan , bahkan ia merupakan manifestasi ketaatan , pengorbanan dan keikhlasan seorang hamba kepada Allah SWT . Melaluinya , seorang mukmin dididik agar melakukan amal soleh semata-mata kerana Allah , bukan kerana pujian atau perhatian manusia .
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban yang telah dilaksanakan , mengurniakan keikhlasan kepada para peserta serta menjadikannya sebagai amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya .
Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat Team Ibadah Korban Taman Ilmu Kluang iaitu Ustaz Musa bin Musni , Ustaz Abdul Basit bin Musni , Ustaz Abdul Hadi bin Musni , Ustaz Hanis Ibrahim bin Shafie , Imam Muda Muhammad Rusdi bin Rahmat Teo, Akhi Rosyam bin Abdullah , Akhi Muhammad Izwan Affandi bin Iasahak dan Akhi Khairil Hafiq bin Shaari yang telah membantu sebelum , semasa dan sehingga selesai program ini dilaksanakan . Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan .
Penghargaan setinggi-tingginya juga dirakamkan kepada semua peserta ibadah korban atas kepercayaan yang diberikan kepada Pusat Pengajian Taman Ilmu Kluang untuk menguruskan ibadah korban pada tahun ini .
Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh kita dan mempertemukan kita kembali dengan Ibadah Korban pada tahun hadapan dalam keadaan sihat, beriman dan diberkati-Nya .
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
اللهم آمين
𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴