28/06/2022
*SUNAT TAK POTONG KUKU & RAMBUT SAMPAI BINATANG KORBAN DISEMBELIH*
Assalam para peserta korban yang dirahmati Allah SWT.
Bermula pada waktu Maghrib Khamis ini bersamaan 30 Jun 2022, sunat kita tak gugurkan bulu2 dan kuku di badan sehinggalah binatang korban kita disembelih (yang daftar ngan KUJDT dijangka 12 Julai 2022) seperti maksud hadith ni.
*CADANGAN SAYA*
Kemaskan dan trim janggut, rambut, bulu2 badan dan kuku sehari sebelum 1 Zulhijjah. Bila selesai sembelih nanti, KUJDT akan maklumkan melalui whatsapp. Lepas tu bolehlah potong๐
*HIKMAH*
Kata Imam Nawawi RH, antara hikmah larangan potong kuku & gunting rambut bagi orang yang laksanakan korban ialah supaya anggota badannya itu semuanya akan dibebaskan dari api neraka.
Ada juga pendapat menyatakan untuk kita sama2 menghayati rasa orang yang berada dalam keadaaan ihram Haji, Wallahua'lam.
Jika nak pahala lebih bolehlah amalkan sunnah ni, jika tak nak pun tak mengapa.
"Ya Allah, terimalah Ibadah Korban kami"
*Hj Mohd Khairuddin Salim*
Mudir KUJDT