27/06/2020
Assalamualaikum dan selamat malam semuanya.
Diey harini nak share tips penjagaan tudung.
Diey tahu sebahagian dari wanita yang bertudung, tak tahu cara sebenar untuk jaga tudung.
Takpa, harini Diey share, esok dah boleh amalkan😉
1. Rendam tudung dalam pelembut fabrik + air suam + sabun.
First, campurkan air suam, pelembut fabrik atau softener dan sabun cecair. Sabun cecair digalakkan ya sebab ia lebih lembut kepada fabrik. Rendam selama 10 - 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.
2. Elakkan cuci tudung menggunakan mesin basuh.
Basuhan mesin basuh boleh merenggangkan fabrik tudung kerana kebanyakan kain tudung diperbuat daripada fabrik yang lembut. Oleh itu mencuci menggunakan tangan lebih selamat berbanding mesin basuh.
3. Menggunakan kaedah ramas semasa mencuci.
Kaedah ramas dapat mengelakkan tudung anda cepat rosak. Sekiranya anda menggunakan berus, tudung akan lebih mudah berbulu.
Sekiranya tudung mempunyai kotoran yang degil, rendam dengan sabun selama 15 - 30 minit, dan gosok dengan berhati hati sehingga hilang kotoran.
4. Tidak mencampurkan tudung dengan yang lain semasa mencuci.
Sekiranya anda seorang yang sangat sibuk, dan tidak mempunyai masa, anda boleh mencuci tudung menggunakan mesin basuh tetapi mestilah diasingkan dari pakaian dan lain lain. Tetapkan pada tetapan 'delicate' di mesin basuh. Anda juga boleh menggunakan jaring pakaian untuk menjaga kualiti tudung.
AWAS. Tips ini tidak available untuk tudung yang bermanik atau berlabuci🙅
5. Tidak terlampau mendedahkan di bawah cahaya matahari.
Elakkan jemur tudung di bawah terik matahari kerana ia akan membuat warna tudung menjadi cepat pudar dan hilang seri. Seeloknya sidai di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang redup.
6. Menggunakan suhu yang sesuai semasa menggosok.
Setiap tudung mempunyai fabrik yang berlainan. Jadi elakkan menggunakan suhu yang terlampau panas untuk elak tudung terbakar. Kalau terlampau rendah lambat pulak nak hilang kedut😅. Jadi gunakan guide yang ada disetiap seterika untuk menggosok.
p/s: Gunakan steam iron dengan suhu sederhana untuk mengelakkan tudung senang berkedut semula apabila digayakan.
7. Gunakan pin tudung atau peniti yang tajam.
Pin atau peniti yang tumpul boleh membuatkan tudung tercarik dan merosakkan penampilan tudung. Oleh itu, gunakan pin atau peniti yang tajam semasa menggayakan tudung anda.
p/s: Jangan lupa untuk cabut pin atau peniti sebelum mencuci tudung.
8. Simpan di tempat yang betul.
Simpan tudung di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas atau terdedah dengan matahari. Sekiranya tudung anda mempunyai awning, sebaiknya menggantungkan tudung tersebut untuk mengelakkan awning tudung anda rosak.
Sekian sahaja tips penjagaan tudung. Selamat mengamalkan🙆