30/09/2022
Siapa boleh jamin kita hidup lagi esok?
Andai kita mati esok apa kebaikan kita nak buat hari ni?
Bahagiakan keluarga.
Selesaikan segala hutang.
Qada puasa dan qada solat.
Tinggalkan wasiat untuk keluarga.
Baca quran je sepanjang hari.
Mintak maaf dengan semua orang.
Nak sedekah semua harta yang ada.
Dan banyak lagi kan.
Tapi tulah sebab Allah rahsiakan kematian kita, kita jadi lengah dan last minit nak buat semua kebaikan-kebaikan tu kan.
Sapelah yang tak takut mati.
Semua orang nak masuk syurga.
Termasuklah diri kita.
Cuba renungkan sekejap. Kenapa bila Allah jentik hati kita untuk buat baik, bangun tahajud atau sedekah kita abaikan?
Allah sentiasa bagi peluang untuk kita buat jariah. Tapi kita selalu tolak. Lebih besarkan tido kita. Nantilah sedekah. Nantilah buat baik.
Nanti-nanti. Tahu-tahu kita tak sempat.
Sebenarnya ada je setiap hari Allah beri kita perhatian dengan hadirkan perkara-perkara kebaikan dalam hidup kita sebab nak bagi kita syurga.
Manusia bila dia senang dia lupa nak buat. Tapi bila dia dah susah dan sakit barulah dia cari Allah. Barulah dia rasa nak buat baik. Barulah dia rasa nak sedekah.
Dia selalu rasa, buat baik tu orang lain yang dapat. Buat sedekah tu orang lain yang untung. Tapi lupa nak hitung sebenarnya setiap kebaikan yang dibuat itu Allah nak ganjarkan pahala dan syurga sekiranya niat ikhlas kerana Allah.
Anda nak tangguh lagi? Jangan... Allah pilih anda hari ni...sebab tu anda baca mesej ni. Maknanya Allah nak bagi kebaikan pada akhirat kita. Pahala ke syurga.
Join wakaf FTR biayai ilmu kepada Pelajar sekolah anak muda kita, nak bangunkan generasi ummah yang kaya jiwa, kaya adab dan kaya ilmu bantu mereka dapatkan dan baca buku FTR.
InshaaAllah kita dapat bina bangsa yang berjaya dimasa depan.
Orang yang biayai ilmu kepada penuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga.
Tekan sini ya http://bit.ly/wakafFTR