22/12/2022
Jawatan: Live Sales Streamer (Produk Rumah)
Deskripsi Jawatan
- Menyelaraskan strim secara lansung di media sosial seperti TikTok dan lain-lain yang diperlukan. Berinteraksi dengan penonton untuk mencapai objektif yang diperlukan bagi merangsang pembelian dan membuat jualan
- Merancang strategi untuk aktiviti-aktiviti di TikTok dan media sosial yang lain seperti sesi penstriman secara langsung dan pos harian
- Menganalisis prestasi semasa untuk akaun TikTok, media sosial yang lain dan mencari jalan yang kreatif untuk penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah penonton
- Mengambil bahagian di dalam sesi memberi/pengumpulan idea dan menggunakan kreativiti sendiri bagi menghasilkan perancangan yang baik untuk isi kandungan dan lain-lain
Keperluan Jawatan:
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya SPM / Diploma
Umur di antara 18 ke 35 tahun
- Mempunyai pengalaman dalam melakukan strim secara langsung adalah kelebihan
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang cemerlang, kemahiran yang hebat di dalam pembentangan dengan mempunyai kekuatan di dalam penulisan dan tutur kata di dalam Bahasa Melayu.
- Mempunyai sikap yang positif terhadap kerja dan orang ramai, proaktif, mempunyai semangat dalam membuat jualan dan merupakan seorang yang boleh bekerja dalam kumpulan
- Mempunyai dorongan yang kuat untuk melakukan jualan, berfokuskan pelanggan dan motivasi untuk ke arah kerjaya yang berjaya dalam jualan
Faedah:
Gaji Asas + Komisen
Job Type: Full-time
Salary: RM1,800 - RM5,000 per month
Contact: F***y 0123198085 / Vince 0108881132
Address: EDA ENTERPRISE
12A, Jalan Permata 9/KS9, Taman Perindustrian Air Hitam, 41200 Klang Selangor