Lubuk kuih

Lubuk kuih dimiliki oleh mini food legacy ( SA037244V )

📢 HARGA NAIK MULAI 1/9/2025Selepas 4 tahun kekalkan harga, kos bahan mentah & operasi yang semakin meningkat memaksa kam...
11/08/2025

📢 HARGA NAIK MULAI 1/9/2025
Selepas 4 tahun kekalkan harga, kos bahan mentah & operasi yang semakin meningkat memaksa kami buat penyesuaian harga.

🔥 Rebut promosi sekarang sebelum harga baru berkuat kuasa!
📅 Promosi tamat 31 Ogos 2025.

16/03/2025

Luar sedikit garing , dalam lembut berkrim . inti sambal kelapa udang . Resipi berusia lebih 50 tahun !

🚨 ORANG KAMPUNG ATAU ORANG BANDAR, SEMUA JATUH CINTA DENGAN RASA PULUT UDANG TOK JAH! 🚨🔴 Pulut yang lembut, inti udang y...
13/03/2025

🚨 ORANG KAMPUNG ATAU ORANG BANDAR, SEMUA JATUH CINTA DENGAN RASA PULUT UDANG TOK JAH! 🚨

🔴 Pulut yang lembut, inti udang yang cukup rasa, lemak, pedas, wangi – kombinasi sempurna untuk buat anda repeat order lagi dan lagi!

💯 Dibuat Fresh Setiap Hari – Guna resipi turun-temurun yang dah berpuluh tahun. Bukan sekadar pulut biasa, ini Pulut Udang Tok Jah yang rare!

🍃 Dibakar Atas Daun Pisang – Aroma yang buat anda tak boleh tahan. Sekali makan, terus teringat balik nostalgia kuih zaman dulu-dulu!

📦 Boleh Order Untuk Kenduri, Berbuka Puasa & Tempahan Besar!
💨 Fast Delivery dalam kawasan [sebut radius tempat] – terus sampai panas-panas!

📲 Nak Cuba? Klik sini untuk order WhatsApp sekarang! ⬇⬇
📥 https://wa.me/601172453212?text=Hai%2C+saya+berminat+dengan+Pulut+Udang+Tok+Jah!
https://wa.me/601172453212?text=Hai%2C+saya+berminat+dengan+Pulut+Udang+Tok+Jah!
https://wa.me/601172453212?text=Hai%2C+saya+berminat+dengan+Pulut+Udang+Tok+Jah!

🔥 PULUT UDANG TOK JAH – STOK TERHAD SETIAP HARI! 🔥🥥✨ RINDU PULUT PANGGANG MACAM DULU-DULU? ✨🔥Resipi 50 tahun turun-temur...
12/02/2025

🔥 PULUT UDANG TOK JAH – STOK TERHAD SETIAP HARI! 🔥

🥥✨ RINDU PULUT PANGGANG MACAM DULU-DULU? ✨🔥

Resipi 50 tahun turun-temurun dari nenek, dibuat fresh setiap hari, dengan inti udang padu yang buat anda terkenang zaman kecil di kampung! 😍

💰 HARGA ISTIMEWA!
📦 RM40 = 30 batang (Harga biasa RM45!)
🔥 TAMBAH RM10 = EXTRA 10 BATANG! (Jimat lagi RM5!)

🚀 KENAPA LIMITED? 🚀
👩‍🍳 Homemade sepenuhnya! Kami buat berdua sahaja setiap hari – tanpa pekerja, untuk pastikan rasa & kualiti terbaik!
⏳ Sangat terhad setiap hari! Siapa cepat, dia dapat!

✅ TESTIMONI PELANGGAN ✅
✨ “Parents s**a sangat! Rasa macam pulut panggang dulu-dulu!”
✨ “Besar, garing Baling style, inti banyak, makan puas!”
✨ “Dah repeat banyak kali! Buat gift kenduri, semua puji sedap!”
✨ “Every bite buat teringat pulut panggang style kampung. 100/100 recommended!”

🚗 Penghantaran Lembah Klang (Grab & Lalamove) – Cover yang paling murah untuk 5km dari Lubuk Kuih Palm Grove!

🛑 ORDER SEBELUM HABIS! STOK TERHAD SETIAP HARI!

📩 WhatsApp Sekarang! https://wa.me/message/OXSESO5DOQTQA1

“Kak Silah & Inti Pulut Udang Tok Jah: Dari Cita-Cita Bakery ke Bisnes Tak Boleh Duduk Diam”Dulu, Kak Silah kerja askar,...
12/02/2025

“Kak Silah & Inti Pulut Udang Tok Jah: Dari Cita-Cita Bakery ke Bisnes Tak Boleh Duduk Diam”

Dulu, Kak Silah kerja askar, tapi ambik pencen awal. Waktu tu dia selalu cakap, lepas pencen nak buat bakery, letak dekat kedai, duduk Pulau Indah, rileks-rileks je. Konon nak pencen gaya orang kaya la kan. Tapi… spesies tak boleh duduk diam macam Kak Silah ni, mana boleh goyang kaki lama-lama!

Dari bakery, dia mula letak dekat kantin sekolah, kedai tepi jalan, lepas tu tambah menu cucur badak, cek mek molek… pendek kata, kerja nak rileks tu hanyalah mitos.

Satu hari, dalam 2 tahun lepas, Kak Silah datang rumah. Ala, dari Pulau Indah ke Taman Palm Grove ni belakang rumah dia je, jalan sambil pejam mata pon sampai 😂. Tengah borak-borak, tiba-tiba dia tanya, “Inti ni sekilo berapa?”

Terus aku keluarkan calculator, buat kira-kira harga adik-beradik. Ambik sikit upah masak, cukup untuk bayar api air je. Kak Silah pun tak payah susah payah masak, tinggal order dan guna je.

Dari test 1kg, makin lama makin naik. Sekarang sekali ambik 5kg, dan Alhamdulillah, order dia tak putus-putus! Gabungan inti pulut udang Tok Jah yang sedap dengan kulit cucur badaknya yang garing di luar, lembut di dalam, memang padu! Pelanggan Kak Silah pun repeat order tanpa ragu-ragu.

Terima kasih Kak Silah, dari kecik sampai besar, tak pernah berhenti menyokong apa yang adik dia buat. I love you! ❤️

Oh ya, kalau korang pun nak jadi macam Kak Silah—nak jual cucur badak, buat bisnes sendiri tapi malas masak inti—kami ada jual jugak! Senang kerja, untung masuk, lenggang kangkung je. DM je, jangan malu-malu! 😂

Dari Trial 3 Kotak ke Borong 500 Batang – Kisah Sally & Pulut Udang Tok Jah!Awal tahun lepas, Sally pernah beli Pulut Ud...
12/02/2025

Dari Trial 3 Kotak ke Borong 500 Batang – Kisah Sally & Pulut Udang Tok Jah!

Awal tahun lepas, Sally pernah beli Pulut Udang Tok Jah, tapi sebab tukar telefon, semua chat WhatsApp hilang. Nasib baik nombor masih ada, jadi saya pun WhatsApp balik semua pelanggan, termasuk Sally. Rupa-rupanya dia memang nak order, cuma nombor saya dah tak ada!

Dia mula dengan 3 kotak trial, nak pastikan pulut udang ni masih kena dengan tekak dia. Lepas sampai, terus dia balas:

“Memang favourite keluarga saya!”

Tak lama lepas tu, dia tanya “Pulut panggang frozen ada tak? Nak niaga sekali dengan chicken wings & ikan bakar saya.”

Maka, bermulalah sesi negotiation yang berpeluh – Sally ni kalau nego, boleh bawa pergi beli baju raya, silap-silap dapat free! Tapi akhirnya, kami capai kata sepakat dan penghantaran pertama 500 batang pun berlaku.

Sekarang, dah setahun kami jadi supplier tetap dia. Bila masuk event, Pulut Udang Tok Jah jadi top seller!

Bulan Puasa Dah Dekat – Nak Niaga Bazaar?

Setakat ni, kami boleh hasilkan maksimum 2000 batang sehari. Yang dah isi slot 700 batang, tinggal baki 1300 batang lagi!

🔥 Minimum order 300 batang sahaja! 🔥

Nak jadi macam Sally? Klik link ni & pilih “Niaga Bazaar”!
👉 https://dgkad.my/lubukkuih

🔥 Dari Pek Trial ke Ketagih – Anda Memang Tak Serik! 🔥Mula-mula cuba pek trial, katanya nak “test-test” je… sekarang seb...
12/02/2025

🔥 Dari Pek Trial ke Ketagih – Anda Memang Tak Serik! 🔥

Mula-mula cuba pek trial, katanya nak “test-test” je… sekarang sebulan repeat 2-3 kali (kadang lebih!), dah 2 tahun jadi pelanggan tetap! Ni bukan sekadar s**a, ni cinta sejati dengan pulut udang! ❤️

Kami syak dalam rumah anda mesti ada satu alarm khas “Masa Untuk Pulut Udang”, sebab setiap bulan mesti order tak pernah miss. Atau mungkin Tok Jah ada sihir rahsia dalam inti udang? Kita tak pasti… yang pasti, anda memang pelanggan legend!

Terima kasih sebab terus setia! Kalau craving datang menyerang lagi, Tok Jah standby siap-siap – bila-bila masa boleh order (melainkan stok habis awal, sebab geng kuat ngap lain pun tak bagi chance!).

📍 Lubuk Kuih, Klang
📲 WhatsApp: 011-72453212

“Weh, kau masih buat pulut panggang ke?”Dah lebih 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba satu hari terserempak dengan Fadhil deka...
11/02/2025

“Weh, kau masih buat pulut panggang ke?”

Dah lebih 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba satu hari terserempak dengan Fadhil dekat lorong antara CuMart dengan 99Speedmart. Lorong yang tak ramai orang lalu, tapi rezeki boleh jumpa member lama.

Sembang kejap, dalam 5 minit je. Dulu sama-sama bujang, sekarang dia dah kahwin, anak sorang. Tengah borak, dia tanya,

“Kau masih buat ke pulut panggang tu?”

Dengan penuh bangga (dan sedikit riak yang tak disengajakan), aku jawab,

“Masih, bro. Pulut Udang Tok Jah masih berasap!”

Terus tukar nombor. Aku ingat sembang kosong je. Tapi 12 hari lepas tu, dia WhatsApp:

“Bro, pulut udang boleh self-collect ke?”

“Boleh…” (dalam hati, tak sangka dia betul-betul minat).

Dari satu kotak pek trial, jadi dua… jadi tiga… sekarang dari 2 Januari sampai hari ni, dia dah order lebih 10 kotak! Bukan setakat makan sendiri, dia siap promote dekat kawan-kawan, saudara-mara. Kira jadi duta tak rasmi Pulut Udang Tok Jah lah ni.

MashaAllah, betul la orang kata, kawan lama ni ibarat emas—dan kalau s**a pulut udang, dia emas berbungkus daun pisang!

Fadhil, kalau kau baca ni, aku nak bagitau satu je… Kau dah tak trial, bro. Kau dah masuk kategori peminat tegar!

Hampa yang lain, nak jadi macam Fadhil?
Jom try Pulut Udang Tok Jah – pek trial!
Mana tahu, dari “cuba-cuba” terus jadi peminat setia.

tekan link ni sekarang untuk order :-

https://dgkad.my/lubukkuih





🔥 Miss A, Terima Kasih! 🔥Miss A, terima kasih sebab order Pulut Udang Gemok - Pek Kongsi! 🦐✨Nak cerita sikit pasal nama ...
11/02/2025

🔥 Miss A, Terima Kasih! 🔥

Miss A, terima kasih sebab order Pulut Udang Gemok - Pek Kongsi! 🦐✨

Nak cerita sikit pasal nama “Gemok” ni… Dulu, kami tak panggil dia gemok pun. Dia sekadar pulut panggang biasa, bersaiz sederhana, menjaga pemakanan, dan tak makan lewat malam. Tapi customer asyik komen:

🗣️ “Banyaknya inti! Gemok betul!”
🗣️ “Pulut panggang ni ada makan whey protein ke??”
🗣️ “Ni kalau timbang mesti lebih 5kg ni!”

Mula-mula kami nafikan. “Taklah gemok sangat, biasa ja…” Tapi makin ramai panggil “Gemok! Gemok!” sampai kami pun terima kenyataan – ye, pulut kami memang gemok! 😆

Jadi, nama “Pulut Udang Gemok” pun melekat. Lagi-lagi Pek Kongsi ni, memang penuh dan padat, sesuai untuk dinikmati ramai-ramai. Kalau makan sorang pun, hati-hati… silap-silap kawan datang bau & tumpang makan sekali!

Miss A, lepas ni kalau nampak pulut ni makin gemok, jangan pelik. Dia ikut musim… kalau cuaca sejuk, dia makan lebih sikit. 🤭

Terima kasih sekali lagi! Nanti kalau ada review, bagi tau ya – nak dengar pujian ke, nak dengar cerita gemok ke, semua kami terima! ❤️

P/S: Lepas makan, jangan timbang berat dulu. Salahkan pulut kalau naik. 😜

Cikgu Order Lagi! 🎉Kali ni satu untuk Andalas, satu untuk Damansara! Kan betul, cikgu ni memang s**a belanja orang makan...
11/02/2025

Cikgu Order Lagi! 🎉

Kali ni satu untuk Andalas, satu untuk Damansara! Kan betul, cikgu ni memang s**a belanja orang makan. Mana-mana tempat pergi, mesti nak bawa Pulut Udang Tok Jah sekali.

Tapi ada satu soalan dari pelanggan:
“Kenapa daun pisang pulut udang ni ada yang hijau, ada yang kuning?” 🤔

Jawapannya mudah je. Daun pisang berubah warna ikut usia dan cara penyimpanan. Daun hijau tu masih segar, sementara daun kuning biasanya dah matang atau sedikit kering. Tapi tak ada langsung kesan pada rasa – tetap sedap, tetap wangi!

Sama macam kita manusia. Ada kulit hitam manis, kuning langsat, sawo matang, putih merah… tapi yang paling penting, dalaman kena baik! Macam Pulut Udang Tok Jah juga, luar boleh berbeza, tapi isi dalam tetap padu dan sedap!

Terima kasih, cikgu, sebab terus support. Anda pun nak belanja orang makan? Order je sekarang! 🚀

Mazmida Catering – Setia Bersama Pulut Udang Bite-Size Tok Jah!Ada satu kisah epik dalam dunia catering yang patut anda ...
07/02/2025

Mazmida Catering – Setia Bersama Pulut Udang Bite-Size Tok Jah!

Ada satu kisah epik dalam dunia catering yang patut anda tahu… Mazmida Catering & Event Management Sdn. Bhd. bukan sekadar katerer biasa. Diorang ni legend! Dah lebih setahun ambil Pulut Udang Bite-Size Tok Jah, tiap-tiap minggu tak pernah miss – kecuali bulan puasa lah, sebab kalau makan juga masa tu, memang power betul!

📌 Kisahnya bermula…
Dulu, pulut udang kami ni hanya ‘backup player’ sebab supplier asal bercuti bersalin. Sekali, Allah bagi rezeki… dari ‘backup’, terus jadi first team starter! Sampai ke hari ni, Mazmida masih setia dengan pulut udang kami – satu keajaiban dalam dunia catering!

📌 Kenapa Kami Hargai Mazmida?
✅ Peramah & profesional – kalau sembang, cair hati.
✅ Tak pernah culas bab bayaran – ni penting!
✅ Servis mantap untuk kenduri & event – kalau tak percaya, cubalah sendiri!

📌 Anda Nak Kenduri? Kami Terima Tempahan!
Pulut Udang Bite-Size kami sedia menerima tempahan untuk majlis kenduri. Syaratnya? Minima 300 batang. Jangan risau, sekali rasa, confirm tetamu repeat tambah!

🔗 Klik link ni untuk tempahan cepat!
👉 https://dgkad.my/lubukkuih

📣 Tag pasangan yang nak kahwin, makcik yang s**a buat kenduri, dan sesiapa yang s**a pulut udang premium!

“Pulut Udang Gemok vs. Pulut Udang Kosong – Pertarungan Epik di Warung!”Di satu sudut warung kecil di tepi jalan, di baw...
07/02/2025

“Pulut Udang Gemok vs. Pulut Udang Kosong – Pertarungan Epik di Warung!”

Di satu sudut warung kecil di tepi jalan, di bawah sinaran matahari pagi yang sepoi-sepoi bahasa, dua biji pulut udang sedang berbual serius dalam bungkusan daun pisang mereka.

“Bro, aku rasa kita dah sampai masa untuk buat perubahan,” kata Pulut Udang Gemok Pek Kongsi. Badannya berisi, intinya melimpah ruah – udang merah berkilat bercampur kelapa pedas yang wangi. Daun pisangnya p**a terbakar cantik di tepi, menandakan dirinya memang pulut panggang yang padu.

Sebelahnya, duduk termanggu Pulut Udang Kosong. Dia nampak kurus kering, inti entah ke mana. Ada secalit rasa rindu dalam suaranya. “Aku pun nak jadi macam kau, tapi… aku ni dibuat khas untuk anak seorang pelanggan tetap. Dia s**a makan pulut kosong je.”

Pulut Udang Gemok tersentak. “Eh? Ada ke orang s**a makan aku tanpa inti? Macam tak cukup kasih sayang je.”

“Ada! Budak tu comel. Tapi yang peliknya, mak dia kata dia s**a makan pulut kita sebab tak buat perut kembung,” jawab Pulut Udang Kosong.

Mereka berpandangan. Selama ini, mereka tak pernah sedar kelebihan mereka yang satu ini. Berapa banyak pulut di luar sana yang buat orang rasa bloated, sampai rasa nak baring sejam sebelum boleh bangun semula? Tapi mereka? Rahsianya… beras pulut mereka dicuci bersih sampai hilang kanji putih-putih tu!

“Jadi maksudnya… kita bukan sekadar sedap, tapi mesra perut juga?” tanya Pulut Udang Gemok teruja.

Pulut Udang Kosong mengangguk. “Tepat sekali! Kau dengan inti yang melimpah-limpah, aku dengan jiwa kosong tapi tetap dicari… kita ada tempat di hati pelanggan masing-masing.”

Tiba-tiba, datang seorang pelanggan. Budak kecil itu—mata bulat, tangan kecil menggenggam duit.

“Mak, nak pulut!” katanya sambil tersenyum.

Si ibu tersenyum. “Nak yang inti penuh atau kosong?”

Budak itu berfikir sejenak, sebelum tunjuk dua-dua. “Satu gemok, satu kosong!”

Dan begitulah… di dalam dunia yang penuh persaingan, Pulut Udang Gemok Pek Kongsi dan Pulut Udang Kosong akhirnya faham—kadang-kadang, keunikan dan ‘imperfection’ itulah yang membuatkan mereka istimewa.

Moral cerita:
Tak semua benda sempurna itu lebih baik. Kadang-kadang, ada orang s**a sesuatu yang berlebihan, ada yang s**a sesuatu yang minimalis. Yang penting, masing-masing ada peminat tersendiri. Macam Pulut Udang Tok Jah—padu, mesra perut, dan ada tempat di hati semua orang.

Jadi, anda dalam team mana?
🔥 atau 🔥 ?

Address

NO 40 LORONG RESAK
Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601172453212

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lubuk kuih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lubuk kuih:

Share