01/12/2019
AIS DIKUTUB SEMAKIN CAIR, BUMI AKAN TENGELAM???
📢📢📢📢📢📢📢📢
Isu pemanasan global dan perubahan iklim bukanlah suatu perkara baru yang sering diperdebatkan. Tetapi tahukah anda masyarakt dunia masih memandang rendah terhadap isu ini.
Secara tidak sedar, ais di Antartika sedang mencair dengan begitu pantas sekali dan telah menyebabkan peningkatan paras air laut. Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya lautan ais di Antartika dan juga Artik mencair sepenuhnya?
Antara yang akan berlaku sekiranya ais di antartika dan artik mencair adalah, air paras laut akan meningkat. Menurut kajian dalam US Journal of Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS), kekurangan ais dari Antartika melonjak kepada 252 bilion tan metrik setahun dalam tempoh 2009 hingga 2017 dari purata 40 bilion tan dari tahun 1979 hingga 1990.
Secara keseluruhannya, para saintis mengatakan pencairan Antartika menambah air bersamaan dengan 13.2 milimeter (0.5 inci) dan tahukah anda, ais yang terdapat di Antartika mencukupi untuk menaikkan paras air laut dunia sebanyak 57 meter jika ia cair.
Selain itu, kita juga akan berhadapan dengan bencana yang dasyat
Berikutan dengan pemanasan global yang menyebabkan ais di bahagian kutub mencair, dalam masa yang sama pelbagai bencana-bencana lain juga turut berlaku seperti ribut taufan, kebakaran hutan, banjir, puting beliung dan hujan yang tidak menentu.
Oleh itu marilah kita menjaga bumi kita bersama-sama