18/10/2022
Resepi Mee Champa + Mnyak Bawang Putih
Bahan Untuk Kuah
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni. Tapi kalau takde boleh la abaikan.
Daun ketumbar seikat
Daun bawang.
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika s**a
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara-Cara
1. Rebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
Caranya didihkan air rebusan dulu. Masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.
Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.
Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
2. Sementara daging kita empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
Rebus dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan, korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu. So dapat kuah yang suci bersih je.
Sambal Lada
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
Cara-Cara
1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap
Minyak Bawang Putih
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
Bahan Lain
kuey teow, mihun, mee champa
Daun ketumbar
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika s**a manis)
Sos ikan jika perlu
👉 psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika s**a dan gula jika yang s**a manis. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! Sekali cuba mesti nak lagi.
Maaf sebab lambat post resepi ni. Tukang masak biasa campak-campak je bahan-bahan dalam periuk tapi nak bagi resepi kat sini kene buat ikut s**atan semoga berpuasahati semua.
Sumber : tahrunnisah jalil