UMAR Kedai Buku

UMAR Kedai Buku Ejen sah dan dipercayai (trusted) menjual buku-buku dari PTS dan kedai buku Bookcafe.

30/12/2023

Renungan...

Umur kita terlalu singkat. hingga ALLAH kurniakan lailatul qadar untuk menambah umur amal.

Umur kira terlalu singkat. ALLAH minta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat. ALLAH kurnia puasa enam syawal seperti berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat. ALLAH kurnia surah Al-Iklas seperti membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat. ALLAH kurnia solat di Masjidil Haram seperti solat 100ribu lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat. ALLAH kurnia solat berjemaah 27x lebih dari solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat. ALLAH kurnia solat sunat di rumah 25x lebih dari solat di hadapan orang.

Hidup ini terlalu singkat. ALLAH kurnia satu huruf bacaan Al-Quran dengan 10 pahala.

Hidup ini terlalu singkat. ALLAH kurniakan sesiapa yang beramal soleh:
1) bersedekah jariah,
2) mewariskan ilmu bermanfaat dan
3) tinggalkan anak yang soleh,
Pahalanya sentiasa mengalir ke alam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN.
😊🌏

Khalifah β€˜Uthman bin β€˜Affan RA seorang yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah...
25/02/2023

Khalifah β€˜Uthman bin β€˜Affan RA seorang yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dan disegani para malaikat.

Khalifah β€˜Uthman RA menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya, khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi.

Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah β€˜Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat. Beliau juga mendepani zaman fitnah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Mengawal emosi dengan diam.
04/02/2023

Mengawal emosi dengan diam.

06/01/2023

"Sesungguhnya aku sangat malu kepada Allah SWT sekiranya hari itu berlalu tanpa aku sempat membaca Al-Quran padanya"
(Uthman bin Affan)
(HR Abu Daud)

Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buk...
17/07/2021

Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".

Format buku ini adalah buku santai tetapi berfakta, ia tidak tergolong di dalam kategori buku ilmiah mahupun separa ilmiah. Tiada nota kaki disediakan kerana kebanyakannya adalah dipetik daripada syarah dan tahqiq Dr. Zaharuddin sewaktu berceramah. Pun begitu, setiap hadith akan diberikan rujukannya.

Buku ini juga tidak menghuraikan keseluruhan kitab Talbis Iblis, tetapi sebagaimana disebut di kulit buku ini, hanya syarah terpilih daripada kitab sahaja yang dimuatkan. Sekali lagi, dengan hasrat memilih tajuk-tajuk yang kontemporari dan dengan begitu mudah difahami oleh pembaca.


MAKNA TALBIS IBLIS

Talbis maksudnya menampakkan kebatilan dalam rupa kebenaran.

Berkata Imam Al-Jauzi, "Makna ghurur itu seperti kejahilan yang menimbulkan keyakinan bahawa yang rosak itu lurus dan hina itu bagus. Sebabnya ialah rasa waswas. Iblis menyusup ke dalam diri manusia bergantung kepada kadar yang mungkin, boleh bertambah dan boleh berkurang, bergantung kepada kadar yang dimungkinkannya, bergantung kepada kadar kesedaran dan kelalaian manusia, kemahiran dan kejahilannya."


Syarah dan Tahqiq:

Talbis adalah menzahirkan yang bathil dalam bentuk yang betul. Meletakkan yang tidak betul di dalam tempat yang betul.

Contoh yang mudah seperti daging khinzir dibungkus di dalam bungkusan yang terdapat padanya cop halal.

Daging khinzir secara jelas dan nyata adalah sesuatu yang haram. Namun ia dibungkus di dalam bungkusan yang tertera padanya cop yang halal dan suci. Maka bagi pembeli yang tidak mengetahui bahawa itu adalah daging khinzir, dia akan terkeliru dan mungkin akan membelinya kerana tertipu dengan cop halal pada bungkusannya.

Dan lebih buruk lagi dia akan memasak dan menghidang kepada keluarganya daging tersebut, kerana dia tidak ada ilmu bagi membezakan daging yang halal dan juga daging yang haram dimakan.

Ini disebabkan dia sudah tertipu dengan cop halal pada bungkusan tersebut.

Begitulah yang dapat dikaitkan dengan makna talbis.

Ghurur adalah sejenis kejahilan yang menyebabkan sesuatu yang rosak itu betul, dan sesuatu yang betul itu rosak. Ini kerana dia telah berjaya diperdayakan oleh syaitan.

Contohnya seperti pada zaman baginda Rasulullah S.A.W., ketika baginda menyampaikan dakwah yang benar, tetapi dilihat sebagai dusta oleh kafir Quraisy pada ketika itu. Kaum kafir Quraisy pada ketika itu telah berjaya diperdayakan oleh tipu daya Iblis.

Harga buku RM30 tak termasuk pos.
Hubungi whatsap bisnes saya www.wasap.my/60178783414
Pm saya di 0179841541

Sebuah buku yang menceritakan tentang Syeikh Ahmad Yassin. Selain itu juga menceritakan tentang Palestin dan Hamas. Ia c...
13/05/2021

Sebuah buku yang menceritakan tentang Syeikh Ahmad Yassin. Selain itu juga menceritakan tentang Palestin dan Hamas. Ia cuba merangkumi semua peristiwa yang akhirnya membawa Syeikh Ahmad yassin menjadi seorang pejuang yang kita kenali hari ini. Kisah-kisah pengusiran penduduk Palestin, kisah Sabra dan Shatila juga bagaimana kotornya Mossad dalam melaksanakan misi jahat mereka.

Akhirnya, inilah novel yang akan menambahkan cinta kita kepada perjuangan jihad.

Beliau adalah seorang legenda, tidak kira sewaktu hidupnya ataupun selepas permergiannya. Bayangkan seorang lelaki tua, dengan janggut panjang dan jubah putih, lumpuh p**a serta berada di atas kerusi roda.

Tetapi lelaki yang nampak begitu lemah inilah, yang cukup ditakuti Israel, sebuah negara dengan ketenteraan antara tercanggih di dunia.

Sebab itu beliau adalah legenda. Dengan menggunakan kaedah penceritaan, pembaca menjadi lebih dekat dengan beliau. Dengan wujudnya dialog, cerita tadi p**a menjadi lebih hidup dan beremosi.

Sejarah hidup beliau bukan sekadar fakta kering, tetapi sebuah kisah. Yang membawa pelbagai rasa dan kesan, sama ada kepada minda mahupun hati.

Novel sejarah Syeikh Ahmad Yassin cuba menelusuri kisah-kisah yang akhirnya membentuk satu persona, nama, yang kita kenali dan dengar pada hari ini. Tentunya kisah tokoh Palestin ini tidak akan mampu berpisah dengan kisah perjuangan rakyatnya.

Dalam novel ini, kita membaca kisah pengusiran penduduk Palestin. Juga kisah penyembelihan beramai-ramai manusia di Sabra dan Shatila. Juga kisah taktik-taktik keji Mossad, unit rahsia Israel dalam melaksanakan agenda mereka.

Novel ini bukan sahaja membantu kita mengenali seorang tokoh besar, saudara jauh kita. Bahkan novel ini sama ada secara sedar ataupun secara halus, menanam rasa cinta. Kepada perjuangan mempertahankan keadilan. Kepada manusia yang dinafikan haknya.

Syeikh Ahmad yassin
Rm24
Berat 0.31kg

Nak order klik whatsapp utin ni www.wasap.my/60179841541
atau www.wasap.my/60178783414

Buku dari Mizz Nina ini best baca. πŸ‘It’s a debut book by Mizz Nina sharing about her own personal hijrah journey and ope...
31/03/2021

Buku dari Mizz Nina ini best baca.

πŸ‘It’s a debut book by Mizz Nina sharing about her own personal hijrah journey and opens up some of her personal stories.
πŸ‘It inspires us with a transformation story of a person who once had it all – then begins the path of finding her true happiness.
πŸ‘Intimate reflections from Mizz Nina’s spiritual journey as a seeker of peace and knowledge pursue.

Tajuk: Light For The Lost Soul
After years of chasing after everything that makes her happy, former international singer and songwriter Mizz Nina finally asked herself what was truly important to her.

Light For The Lost Soul is a series that narrates the story of her life when she decided to leave the spotlight and the stage in her quest to seek light and love for her faith.

She opens up some of the personal stories in her life while inviting readers to embark on a reflective journey into the heart.

In this very first volume of the series, Mizz Nina shared guided steps for one’s spiritual development that she learned from her teachers of the deen and international scholars.

In this life, many lights will attract us, yet they blind us, pulling us further into the darkness. But there is one light that will lead us back to peace. There is one light that will guide us to the contentment we seek.

This one light is for the lost soul.

Penerbit: Iman Publication
Penulis : Mizz Nina
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 256
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.48

Sesiapa nak order boleh pm saya Utin Mardiana www.wasap.my/60179841541/Light4Soul
Atau di whasap biznes saya www.wasap.my/60178783414/Light4Soul

Buku ni RM54 satu.
Kos pos dalam semenanjung Malaysia RM6 😊
Kos pos ke Sabah Sarawak RM12 😊

PM ke whatsapp yang diberi untuk cara bayaran. Semoga anda antara yang terawal dapat baca buku baru terbit ni.

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman, sebuah wahyu ya...
29/03/2021

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman, sebuah wahyu yang mula diturunkan di gua hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan Firman Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI.
Buku ENSIKLOPEDIA AL-QURAN ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya.

Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab Samawi yang lain serta 150 fakta bergambar tentang AL-Quran dan banyak lagi.

Harga RM50 tak termasuk kos pos.
Hubungi saya Utin Mardiana di www.wasap.my/60179841541
Atau whatsapp biznes saya di www.wasap.my/60178783414/Quran

Dapatkan sementara stok masih ada.

Khabar perihal akhir zaman tidak membawa kita lebih mundur ke belakang. Khabar berkenaan tidak juga menjadikan umat hany...
03/03/2021

Khabar perihal akhir zaman tidak membawa kita lebih mundur ke belakang. Khabar berkenaan tidak juga menjadikan umat hanya menanti kehadiran β€˜hero penyelamat’ semata-mata. ⁠⁠
⁠⁠
Menyalahkan β€˜zaman’ sebagai cara melepaskan diri daripada mengislah umat. Bukanlah juga mencari-cari kemungkinan untuk dikaitkan dengan fakta yang diceritakan. ⁠⁠
⁠⁠
Sebaliknya, khabar berkenaan akhir zaman adalah pembuktian kebenaran Rasulullah s.a.w., juga menjadi peringatan untuk kita menghadapi suasana semasa.⁠⁠
⁠⁠
***⁠⁠
Fitnah Akhir Zaman⁠⁠
oleh Imam Muda Asyraf, Ustaz Hamid Addin⁠⁠
RM 20 SM

Klik link whasap saya www.wasap.my/60178783414/bukuFAZ
⁠⁠

Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang ber...
28/02/2021

Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia.

Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.

Harga buku RM65 termasuk pos.
Pm whatsap utk order
www.wasap.my/601160688324/perangAtlas

www.wasap.my/60178783414/perangAtlas

🌹 𝐒𝐄𝐓 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ π”ππ“π”πŠ πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π‡ π“π„π‘π‚πˆππ“π€ 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 π’π€πŒππ€πˆ 🌹Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempur...
26/02/2021

🌹 𝐒𝐄𝐓 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ π”ππ“π”πŠ πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π‡ π“π„π‘π‚πˆππ“π€ 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 π’π€πŒππ€πˆ 🌹
Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini.
Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.
Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya.
Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia. Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.

Semua dalam set ni berharga RM150 saja.
Hubungi www.wasap.my/60178783414

atau www.wasap.my/601160688324/setbukuMuslimahUNHM

Address

Lorong Samarinda 6a
Klang
41000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMAR Kedai Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UMAR Kedai Buku:

Share

Category