NASI AYAM BOSS KLANG

NASI AYAM BOSS KLANG Makanan paling sedap bukan dari resepi rahsia, tapi dari hati yang jujur dan reda. Aku cuma nak bagi orang makan, dan mereka balik dengan senyum.

Lama dia tidur.Setia tersimpan dalam stor, tak berasap, tak berbau ayam, lama tak berkhidmat.Hari ni keluarkan dari stor...
16/07/2025

Lama dia tidur.

Setia tersimpan dalam stor, tak berasap, tak berbau ayam, lama tak berkhidmat.

Hari ni keluarkan dari stor, aku usap badanya yg dah berhabuk. Aku bisik dalam hati,

"Appolo, masa kau dah tiba"

Aku cuci dia, sental dia betul-betul bukan sebab dia oven semata...
Tapi sebab dia bakal jadi jantung gerai aku nanti.

Dalam dia nanti, ayam-ayam roasted bakal lahir.
Bagi harum satu taman.Buat orang singgah. Buat orang senyum.

Lama Appolo aku ni berehat.Tapi dia tak dilupakan.

Gerai belum buka.Tapi semangat dah terbakar !



11/07/2025

Salam Jumaat.
Semoga terus diberkati.

10/07/2025

Hari ni sempat aku keluar cari barang gerai.
Target nak beli bekas sambal je.
Tapi entah macam mana...balik-balik,
tangan penuh plastik.

Sudu, tisu, plastik bungkus, pen maker, getah,selotape..
eh..ni dah macam nak buka office bukan gerai.

Orang nampak nasi ayam sedap kat pinggan.Tapi tak nampak orang kat belakang pinggan tu, duk bersilat nak sediakannya.

Hari ni aku belajar.
Kalau nak buat pelanggan senyum,kita kena menang dengan benda remeh dulu.

Esok kita fight lagi.


09/07/2025

Malam ni baring awal sikit.
Tapi otak belum nak rehat.

Masih terbayang sambal yang belum cukup kick tadi.
Masih teringat bau ayam roasted yang hampir jadi...tapi belum perfect.

Kadang aku sendiri pelik, macam mana nasi ayam boleh buat aku fikir sampai larut malam.
Tapi tulah....

bila kita buat dengan hati, benda tu hidup dalam kepala kita.

Esok akan teruskan lagi.
Uji rasa, sampai puas hati.
Sebab aku bukan sekadar nak jual nasi ayam di gerai.
Aku nak bina tempat rezeki.

Doakan impian aku ni.
Kalau yang baca ni tengah kejar impian juga.Kita geng walaupun belum jumpa.

Selamat malam.


08/07/2025

Pagi ni aku bangun awal sikit dari biasa.
Training bila gerai buka nanti aku dah bersedia.

Gerai belum pun buka, tapi aku dah rasa macam ada 10 pelanggan menunggu.
Hihi..berangan.

Tengah fikir barang apa lagi belum cukup.
Tray tak beli lagi. Tong air belum dapat.
Label sticker pun belum ada.Ingat nak buat sticker custom.Tapi bajet belum cukup.

Jadi pagi ni buat mana yang boleh dulu.
Aku cari satu barang.Aku tulis satu checklist.

Gerai ni bukan untuk kaya cepat.
Tapi untuk ubah hidup perlahan-lahan...
dengan cara yang halal dan sabar.

Kalau mana yang baca coretan aku ni, dan korang tengah buka bisnes kecil jugak.Kita geng.
Kita sama-sama buat pelan-pelan, tapi tak berhenti.


.

Malam macam ni aku termenung.Gerai belum buka lagi.Tapi kepala ni dah ligat fikir macam-macam.Aku bukan nak jadi viral.A...
07/07/2025

Malam macam ni aku termenung.
Gerai belum buka lagi.Tapi kepala ni dah ligat fikir macam-macam.

Aku bukan nak jadi viral.
Aku cuma nak sediakan nasi ayam yang sedap,ikhlas, dan cukup untuk buat orang senyum lepas makan.

Tapi dalam hati ada risau...
Betul ke aku boleh bagi sepenuh komitmen untuk berniaga ni..Nak berniaga ni kena konsisten.
Modal pun bukan ada sangat ni..awal-awal niaga ni mana boleh terus buat untung...
Boleh ke aku bagi masa yg cukup untuk anak-anak?
Boleh ke aku layan customer bila badan letih nanti?

Macam-macam lah yang aku fikir...

Aku bukan Superman.
Aku pun manusia biasa.
Tapi satu je aku pegang sekarang.

"Kalau aku tak mula sekarang, sampai bila nak tunggu semua sempurna?"

05/07/2025

"Dan hari tu dah sampai"

Sekarang aku tahu masanya dah sampai.

Aku dah mohon gerai majlis sebelum ni.
Alhamdullilah dapat sewa di Taman Intan Klang.

Menu masih sama.
Nasi Ayam Roasted dengan Beras Bastmathi.

Aku target nak buka pada bulan ni.
Tarikhnya aku akan bagitahu nanti.

Siapa yang dulu pernah order masa PKP...
Siapa yang pernah support senyap-senyap,
jemput datang nanti.

Kita mula balik.
Kali ni lebih bersedia, lebih semangat.

Doakan. Support. Share


05/07/2025

Lepas PKP aku sambung kerja macam biasa.
Bisnes nasi ayam pun aku dah tak buat.

Rasa sedih pun ada, ye lah..dari bisnes ni juga aku boleh bertahan masa pkp dapat menampung perbelanjaan family.

Walaupun dah tak niaga nasi ayam.
Aku dah pasang niat. "Satu hari nanti aku nak mula semula jual nasi ayam"

Aku tunggu waktu yang sesuai..
Tapi tak tahu bila..


04/07/2025

Tahun 2020 waktu dunia sunyi sebab PKP.

Aku tak tahu apa nak buat...
Hilang punca pendapatan.

Masa tu tengok meniaga makanan je yang dibenarkan.
Fikir punya fikir dapatlah idea nak jual nasi ayam. Minta resepi dengan adik, dia memang dah start meniaga makan ni dari rumah awal dah sebelum pkp lagi.
Customer pun ramai sebab sedap.

Aku dengan isteri pun bermulalah.
Dari resepi yang ada kita olah sikit ikut style kami.
Banyak kali jugalah cuba sampai dapat apa yg kami nak.

Jual online ambil order melalui wasap.
Dapat order aku hantar sendiri guna motor buruk aku tu.
COD satu-satu.

Naik tingkat 4, kena sidai, panggil tak keluar, salah alamat.
Motor pancit...macam-macamlah dugaanya.

Nak kejar masa, kadang tak sempat makan..
tapi aku puas.

Aku tak jual nasi ayam.
Tapi aku jual semangat.

28/02/2025

Pilih apa yang kita mampu lakukan.

25/02/2025

Jangan risaukan Rezekimu kawan

Usaha Ya!

Address

24-1, Jalan Kasuarina 8/KS7, Bandar Botanik
Klang
41200

Telephone

+601157790162

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NASI AYAM BOSS KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share