Restu Ilmu Resources

Restu Ilmu Resources Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Restu Ilmu Resources, Book shop, Ketereh.

🌹SIRI BACAAN RISALAH NAHJUS SALIKIN RINGKASAN KITAB MINHAJUL ABIDIN BAHI IMAM ABU HAMID AL-GHAZALI AT-TUSIOleh: Ustaz Sy...
21/05/2025

🌹SIRI BACAAN RISALAH NAHJUS SALIKIN RINGKASAN KITAB MINHAJUL ABIDIN BAHI IMAM ABU HAMID AL-GHAZALI AT-TUSI

Oleh: Ustaz Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain Ben Yahya

1️⃣Kelas Pertama
🟢 Mukadimah Kitab

https://shorturl.at/DTaCc

2️⃣Kelas Kedua
🟢 Lintasan Kebaikan Pertama Yang Datang ke atas Hati Hamba
🟢 Perbincangan 7 Aqabah Secara Umum

https://shorturl.at/2CvHl

3️⃣Kelas Ketiga
🟢 Sambungan Perbincangan 7 Aqabah Secara Umum
🟢 Aqabah Pertama: Aqabah Ilmu dan Makrifat
▪️Ilmu Asal Bagi Amal
▪️Kewajipan Belajar Ilmu Syara'
▪️Ibadat Batin
▪️Ilmu Nafi' Menghasilkan Takut Kepada Allah
▪️Pembahagian Ilmu Yang Wajib Dipelajari

https://shorturl.at/DCjga

4️⃣Kelas Keempat
🟢 Sambungan Aqabah Pertama: Aqabah Ilmu dan Makrifat
▪️Kadar Kewajipan Mempelajari Ilmu Fardu Ain
▪️Manfaat Ilmu dan Tuntutannya
🟢 Aqabah Kedua; Aqabah Taubat
▪️Kewajipan Taubat
▪️Makna Taubat

https://shorturl.at/qSMDq

5️⃣Kelas Kelima
🟢 Sambungan Aqabah Kedua: Aqabah Taubat
▪️Syarat Taubat
▪️Mukadimah Taubat
▪️Hakikat Menyesal

https://shorturl.at/W2FSe

6️⃣Kelas Keenam
🟢 Sambungan Aqabah Kedua: Aqabah Taubat
▪️Pembahagian Dosa
▪️Hakikat Taubat dan Bahaya Menangguhnya

https://shorturl.at/hWrZA

7️⃣Kelas Ketujuh
🟢 Aqabah Ketiga: Aqabah Awai'q (Yang Menghalang Hamba Menjalani Jalan Ibadah)
▪️Halangan Pertama: Dunia

https://tinyurl.com/yebx6whe

TAZKIYAH DAKWAH

19/01/2022

Assalamualaikum, untuk makluman waktu untuk Bacaan Risalah Nahjus Salikin akan berubah ke waktu lain yang akan dimaklumkan nanti. Mohon maaf di atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

08/12/2021

Assalamualaikum wbt, insya Allah kelas ketujuh Nahjus Salikin hari ini diawalkan pada jam 5 petang.

Insya Allah kelas keempat Bacaan Risalah Nahjus Salikin petang ini jam 5.30 petang bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan Ben Y...
27/10/2021

Insya Allah kelas keempat Bacaan Risalah Nahjus Salikin petang ini jam 5.30 petang bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya. Sama-sama kita isi masa dengan majlis ilmu.
________________________


Bagi yang berada di Mesir yang ingin mendapatkan risalah ini boleh menghubungi Ustaz Hazwan Sabriy
https://wa.me/60133573938 dan Ustaz Nasruirham
https://wa.me/601120787078

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat tausil (penghantaran) boleh hubungi Ustaz Zaki https://wa.me/201124301139

Bagi yang ingin mendapatkan ebook boleh ke link ini: https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin

Boleh sama-sama ikuti pengajian di page Restu Ilmu Resources nanti
https://www.facebook.com/112822224369371/posts/160811499570443/



20/10/2021

Assalamualaikum wbt,

Kelas Nahjus Salikin bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan tidak dapat dijalankan pada hari ini. Pihak Restu Ilmu memohon maaf di atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah majlis keempat akan dibuat pada minggu hadapan. Harap maklum.

Restu Ilmu Resources

Insya Allah kelas ketiga Bacaan Risalah Nahjus Salikin petang esok jam 5.30 petang bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan Ben Y...
12/10/2021

Insya Allah kelas ketiga Bacaan Risalah Nahjus Salikin petang esok jam 5.30 petang bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya. Sama-sama kita isi masa dengan majlis ilmu.
________________________


Bagi yang berada di Mesir yang ingin mendapatkan risalah ini boleh menghubungi Ustaz Hazwan Sabriy
https://wa.me/60133573938 dan Ustaz Nasruirham
https://wa.me/601120787078

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat tausil (penghantaran) boleh hubungi Ustaz Zaki https://wa.me/201124301139

Bagi yang ingin mendapatkan ebook boleh ke link ini: https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin

Boleh sama-sama ikuti pengajian di page Restu Ilmu Resources nanti
https://www.facebook.com/112822224369371/posts/160811499570443/



📚Intipati Majlis Kedua Bacaan Risalah Nahjus Salikin (6 Oktober 2021)▪️Ust Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya🔸 (Mukadimah)Kitab...
12/10/2021

📚Intipati Majlis Kedua Bacaan Risalah Nahjus Salikin (6 Oktober 2021)

▪️Ust Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya

🔸 (Mukadimah)

Kitab Minhajul Abidin Imam Ghazali secara umumnya membincangkan tentang:

▪️Pendorong seseorang hamba menjalani ibadat kepada Allah Taala.
▪️Halangan-halangan yang perlu dilalui oleh hamba dalam perjalanan ibadat.

Ada sebanyak 7 halangan:

🔸 Pertama: Halangan Ilmu dan Makrifat.
👉🏻 Dalam bab ini dibincangkan kadar ilmu yang diperlukan oleh seorang hamba yang wajib ke atasnya.

🔸 Kedua: Halangan Taubat.
👉🏻 Dalam bab ini diceritakan bisikan-bisikan yang menghalang seorang hamba dalam ibadatnya dan rukun serta syarat taubat.

🔸 Ketiga: Halangan Yang Menghalang Secara Jelas.
Iaitu sebanyak 4 perkara:
▫️Dunia
▫️Manusia
▫️Syaitan
▫️Nafsu.
👉🏻 Dalam bab ini diceritakan cara-cara menghadapi halangan-halangan ini. Iaitu:
♦️ Zuhud daripada dunia.
♦️ Uzlah daripada manusia dengan syarat-syaratnya.
♦️ Mengetahui selok-belok tipu daya syaitan.
♦️ Mengekang dan mengawal nafsu dengan tali taqwa dan warak.

🔸 Keempat: Halangan Yang Melintangi Yang Tidak Jelas.
Iaitu sebanyak 4 perkara:
▫️ Kebimbangan terhadap rezeki.
▫️ Kebimbangan terhadap bahaya-bahaya.
▫️Kesangsian terhadap segala ketentuan.
▫️ Musibah dan ujian.
👉🏻 Halangan-halangan ini dihadapi dengan:
♦️ Tawakkal.
♦️ Tafwidh.
♦️ Reda.
♦️ Sabar.

🔸 Kelima: Halangan Pendorong.
Iaitu:
▫️ Sifat Takut.
▫️ Sifat Harap.

Sifat takut ini perlu dalam ibadat bagi memastikan:
▪️Menahan diri dari maksiat.
▪️Membuang sifat ujub.

Manakala sifat harap p**a bagi memastikan:
▪️Mendorong melakukan ketaatan.
▪️Terasa ringan menghadapi ujian dalam ibadat.

🔸 Keenam: Halangan Yang Mencacatkan.
Iaitu:
▫️ Riyak.
▫️ Ujub.
👉🏻 Dalam bab ini diceritakan secara terperinci usul riyak dan ujub. Kedua-duanya dihadapi dengan sifat:
♦️Ikhlas.
♦️Mengingati nikmat daripada Allah.

🔸 Ketujuh: Halangan Puji dan Syukur.
👉🏻 Dalam bab ini diceritakan kedudukan yang akan dicapai oleh hamba setelah melalui halangan-halangan yang sebelumnya iaitu syukur kepada Allah Taala.
Syukur itu perlu agar:
▪️Nikmat ibadat dikekalkan.
▪️Nikmat ibadat ditambah.

Inilah tujuan asal ibadat dilaksanakan iaitu kerana syukur kepada Allah SWT. Kerana itu apabila baginda ditanya kenapa baginda tetap melaksanakan ibadat dengan bersusah payah sedangkan baginda sudah pun diampunkan oleh Allah SWT, kata baginda:
"Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur".

📌 Perhatian: Kelas hanya dibuat secara live. Sesiapa yang ingin mendapatkan video kelas pengajian untuk murajaah boleh menghubungi pihak Restu Ilmu Resources.

----------------------------------------------------------------

📚 Majlis Bacaan Risalah Nahjus Salikin Ikhtisor Minhajul Abidin

▪️Pengisi: Ustaz Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain Ben Yahya

🗓️ Setiap hari Rabu
🕠 5.30 petang (waktu Malaysia)

__________

Bagi yang berada di Mesir yang ingin mendapatkan risalah ini boleh menghubungi Ustaz Hazwan Sabriy
https://wa.me/60133573938 dan Ustaz Nasruirham
https://wa.me/601120787078

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat tausil (penghantaran) boleh hubungi Ustaz Zaki https://wa.me/201124301139

Boleh dapatkan juga ebook Risalah Nahjus Salikin di sini:

https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin
https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin



Insya Allah kelas kedua petang ini. Sama-sama kita isi masa dengan majlis ilmu.________________________ Bagi yang berada...
06/10/2021

Insya Allah kelas kedua petang ini. Sama-sama kita isi masa dengan majlis ilmu.
________________________


Bagi yang berada di Mesir yang ingin mendapatkan risalah ini boleh menghubungi Ustaz Hazwan Sabriy
https://wa.me/60133573938 dan Ustaz Nasruirham
https://wa.me/601120787078

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat tausil (penghantaran) boleh hubungi Ustaz Zaki https://wa.me/201124301139

Bagi yang ingin mendapatkan ebook boleh ke link ini: https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin

Boleh sama-sama ikuti pengajian di page Restu Ilmu Resources nanti
https://www.facebook.com/112822224369371/posts/160811499570443/



Alhamdulillah, antara catatan peserta yang mengikuti pengajian Risalah Nahjus Salikin bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan.Un...
04/10/2021

Alhamdulillah, antara catatan peserta yang mengikuti pengajian Risalah Nahjus Salikin bersama Ustaz Syed Ahmad Ridwan.

Untuk pengetahuan pengajian anjuran Restu Ilmu Resources kali ini menggunakan konsep "Menghargai Nilai Ilmu Dalam Media Sosial". Rata-rata kita hari ni sangat bermudah-mudah dan selalu menangguhkan waktu untuk mengikuti kelas pengajian secara online. Akhirnya hanya kongsi link di FB peribadi dan tidak pernah mendengarkan majlis tersebut. Sesuatu yang susah untuk kita dapat kita pasti akan menghargainya.

Jadi video pengajian hanya dibuat secara live supaya para penuntut tidak bermudah-mudah menangguhkan waktu pengajian dan akan mendengar pada masa yang lain sedangkan mereka ada masa luang.

Mereka yang tidak sempat boleh murajaah bersama rakan-rakan yang sempat mengikuti pengajian. Walaubagaimanapun video pengajian disimpan oleh pihak Restu Ilmu dan mereka yang tidak berkesempatan mengikuti secara live disebabkan bertembung dengan hal-hal penting yang lain boleh menghubungi pihak Restu Ilmu untuk mendapatkan link video. Ini juga di antara tanda kesungguhan penuntut dalam mencari ilmu.

Insya Allah pihak Restu Ilmu akan melayani para penuntut yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Semoga kita dapat merasai kembali nilai ilmu yang tinggi walaupun hanya dalam media sosial. 😊

_________________________________

Maklumat pengajian seperti berikut:

🗓️ Setiap hari Rabu
🕠 5.30 petang (waktu Malaysia)

▪️Majlis kedua pada 6 Oktober 2021.

Bagi yang berada di Mesir yang ingin mendapatkan risalah ini boleh menghubungi Ustaz Hazwan Sabriy
https://wa.me/60133573938 dan Ustaz Nasruirham
https://wa.me/601120787078

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat tausil (penghantaran) boleh hubungi Ustaz Zaki https://wa.me/201124301139

Bagi yang ingin mendapatkan ebook boleh ke link ini: https://ibnualawi.onpay.my/order/form/nahjussalikin

Boleh sama-sama ikuti pengajian di page Restu Ilmu Resources nanti
https://www.facebook.com/112822224369371/posts/160811499570443/



Address

Ketereh
16450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restu Ilmu Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category