Lorongbuku

Lorongbuku Buku Fixi, Patriot, DuBook dan banyak lagi.

Selamat hari raya haji
26/05/2026

Selamat hari raya haji

Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah tamadun mampu berdiri megah selama lebih 1,300 tahun, menguasai hampir separuh ...
24/04/2026

Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah tamadun mampu berdiri megah selama lebih 1,300 tahun, menguasai hampir separuh dunia dan melahirkan pemimpin yang bukan sahaja disegani kawan, malah digeruni lawan?

Buku Para Khalifah Dunia Umat Islam menghimpunkan biodata lengkap lebih 100 orang khalifah daripada enam institusi khilafah Islam. Anda akan dibawa menelusuri kisah gilang-gemilang institusi khilafah Islam bermula daripada kepimpinan agung Khulafa al-Rasyidin, kehebatan Bani Umayyah, kegemilangan Abbasiyah, keutuhan Abbasiyah di Kaherah hingga kejatuhan Uthmaniyah pada tahun 1924.

Namun, ini bukan sekadar helaian sejarah. Buku ini membuka rahsia khilafah, memperkenalkan siapa para khalifah dan menyingkap bagaimana institusi ini pernah menjadi denyut nadi kegemilangan umat Islam. Ini kerana pada hakikatnya, memahami sejarah khalifah bererti menyelami jati diri dan warisan kepimpinan umat ini.

RM33

Basikal Curi mengisahkan tentang Cheng, seorang penulis yang dihadapkan dengan satu pertanyaan penting: Apakah yang terj...
22/04/2026

Basikal Curi mengisahkan tentang Cheng, seorang penulis yang dihadapkan dengan satu pertanyaan penting: Apakah yang terjadi kepada basikal ayahnya? Dalam mencari jawapan, tanpa sedar Cheng terjerumus ke dalam lubang sejarah dan ingatan, bertembung dengan pelbagai riwayat yang berselirat antara perang dengan alam dan antara ingatan peribadi dengan masyarakat. Novel karya Wu Ming-Yi ini merupakan sebuah pencarian puitis merentasi masa, ingatan, dan sejarah melalui benda-benda harian, tempat-tempat yang indah, dan sebuah basikal yang sialnya dicuri.

RM50 SC

Buku ini merupakan antara kajian paling komprehensif mengenai dunia kongsi gelap Cina di Tanah Melayu, merangkumi tempoh...
21/04/2026

Buku ini merupakan antara kajian paling komprehensif mengenai dunia kongsi gelap Cina di Tanah Melayu, merangkumi tempoh penting sepanjang abad ke-19 (1800–1900). Ditulis oleh Leon Comber, karya ini menelusuri asal-usul, perkembangan, serta pengaruh besar pertubuhan rahsia dalam membentuk landskap sosial, ekonomi, dan politik di Malaya.

Melalui penelitian yang mendalam, pembaca didedahkan kepada bagaimana kongsi gelap bukan sekadar organisasi jenayah, tetapi turut berperanan dalam pentadbiran kolonial dan perebutan kuasa di peringkat tempatan. Pengalaman penulis sebagai pegawai Cawangan Khas memberikan dimensi unik kepada penceritaan, menjadikan setiap fakta lebih autentik dan berautoriti.

Lebih menarik, buku ini turut menghimpunkan pelbagai elemen sulit seperti simbol dan tanda rahsia, kod komunikasi tersembunyi, serta identiti tokoh-tokoh utama dalam jaringan kongsi gelap yang penuh misteri. Disertai dengan bahan visual dan dokumentasi terperinci, karya ini membuka tirai kepada satu dunia bawah tanah yang jarang diterokai..penuh intrik, bahaya, dan pengaruh yang mencorakkan sejarah Tanah Melayu.

RM80

Saya tidak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti, saya akan menulis tentang Hamka. Ketika mula mengenal Hamka pada...
13/04/2026

Saya tidak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti, saya akan menulis tentang Hamka. Ketika mula mengenal Hamka pada tahun 2014, saya hanya seorang pencari; tidak menyangka jalan jauh ke Maninjau, Jakarta, Surabaya, Jogjakarta dan Mekah untuk menemukan Hamka akhirnya hanya menemukan diri sendiri.

Ternyata, ia lebih berharga. Ternyata, Hamka melorongkan saya tepat ke dalam diri saya sendiri.

Buku ini menawar jatuh-bangun emosi seorang saya yang muda dan rebung, sebelum didewasakan oleh seorang Hamka yang juga punya gelora: ditangkap, ditekan, dikhianati, dizalimi, sebelum seluruh Indonesia akhirnya menyesali kepergiannya.

Berkali-kali saya membatalkan hasrat untuk menerbitkan sebahagian besar catatan dalam buku ini, tapi ada suara kecil yang juga berkali-kali meminta agar ianya dibentangkan. Paling tidak pun, ketika dunia sudah perlahan-lahan melupakan sosok ini, saya menjadi jambatan kecil yang kembali mengingatkan, bahawa kita pernah punya figura seperti ini: seorang agamawan, cendekiawan, negarawan, sejarawan, politikus, filsuf dan semestinya, seorang pujangga bangsa.

— Hafizul Faiz

RM49
Untuk belian boleh DM. Tak pun wasap jaterus 0179018449.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitriتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَالِ وَكُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخ...
21/03/2026

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَالِ
وَكُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kalian semua amalan yang soleh. Sepanjang tahun kalian berada dalam kebaikan

Salam Nuzul Quran
06/03/2026

Salam Nuzul Quran

19/02/2026
Ekonomi bukan hanya untuk pakar! Dalam buku ini, Ha-Joon Chang mempersembahkan pandangan kritis tentang bagaimana ekonom...
03/01/2026

Ekonomi bukan hanya untuk pakar! Dalam buku ini, Ha-Joon Chang mempersembahkan pandangan kritis tentang bagaimana ekonomi berfungsi dalam kehidupan seharian. Selain sarat dengan fakta dan sejarah, pengarang turut membahaskan teori-teori ekonomi yang penting dengan cara mudah dan menghiburkan. Gaya penulisan buku ini yang santai mengajar pembaca cara berfikir seperti ahli ekonomi tanpa jargon-jargon mengelirukan. Buku ini adalah bacaan wajib bagi mereka yang ingin melihat dunia ekonomi dari sudut baru. 

RM70

WS 0179018449 DM pun okey.

Selamat tahun baru!
31/12/2025

Selamat tahun baru!

Address

Kerteh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lorongbuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lorongbuku:

Share

Category