31/12/2022
Cadar amat penting dan menjadi sebahagian daripada keperluan rumah, sebab itu ia berpotensi untuk menjadi mahal.
Daripada membeli secara membuta tuli, beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian cadar.
Sebagai contoh, cadar sutera mungkin kelihatan mewah di bilik tidur, tetapi tidak praktikal untuk cuaca musim panas.
Keutamaan peribadi adalah faktor yang paling penting dalam membuat keputusan pembelian cadar.
Hanya anda tahu apa yang anda mahu untuk menjadi lebih selesa.
Jom, ketahui dengan lebih dekat bagaimana untuk memilih cadar yang betul sebelum anda membelinya
PERKARA PENTING CARA PEMILIHAN CADAR YANG BETUL.
1. Kenalpasti size katil anda
- Cadar yang dipasang terlalu besar atau kecil tidak akan muat dengan baik.
Anda perlu mengetahui saiz tilam samada Berkembar (twin), Penuh (full), Ratu (queen), Raja (king), Berkembar panjang (twin full), tempat tidur bayi (crib), dan anda juga perlu tahu kedalaman tilam (diukur dalam inci).
2. Memilih jenis fabrik dan kualiti fabrik
Cth :
Fabrik cadar datang dalam pelbagai jenis kain: kapas, polyester, sutera, campuran dll. Pilih fabrik yang menarik kepada anda secara peribadi.
Kalau nak kain yang sejuk dan lembut. Pastikan pilih material 100% Pure Cotton
3. Pilih warna cadar mengikut tema warna bilik
Pilihlah warna cadar selari dengan warna selimut dan sesuai dengan suasana bilik tidur
4. Pilih cadar yang sesuai dengan cuaca
5. Tahu maklumat penjagaan fabrik
- Sebagai contoh, jika anda tidak mahu gentian itu luntur, carilah cadar yang tidak memerlukan penjagaan yang khas.
Jenis kain juga mempengaruhi penjagaan cadar. Beberapa kain sintetik, seperti polyester atau nylon, boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Cadar yang murah lebih cenderung untuk mengandungi gentian-gentian jenis ini.
6. Membeli cadar yang mudah untuk dibersihkan
Sebagai contoh, cadar sutera, walaupun lembut, ia perlu dibasuh secara kering (dry-clean) atau dibasuh tangan. Linen perlu dicuci seelok-eloknya sekali seminggu.
7. Baca terlebih dahulu maklumat / instruction tentang cara basuhan, sabun basuhan yang betul
- Supaya fabrik cadar tahan lebih lama dan tidak mudah reput.
Sekiranya tidak pasti, boleh tanya / berhubung semula dengan seller untuk dapatkan maklumat mengenai basuhan.
8. Beli cadar dan basuh cadar sebelum digunakan
- Ini adalah untuk mengeluarkan soda warna yang ada pada cadar. Cadar dipasang (fitted bedsheet) dipasang dulu di atas katil, kemudian baru cadar atas. Kemaskan hujung cadar atas di dalam tilam.
9. Membeli cadar mengikut budget sendiri
- sekiranya anda mempunyai budget. Pastikan pemilihan kualiti dan material mengikut budget yang ditetapkan.
10. Kebersihan terjamin
- hendaklah hanya membeli cadar yang baru . Jangan sesekali cuba membeli cadar reject atau cadae yang telah digunakan. agak kita dapat menghindari dan menjaga kebersihan seisi keluarga.