MMR Outlet 88

MMR Outlet 88 "Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya. Mengapa??? Kerana sesungguhnya rezeki itu sudah ditakdirkan dari langit.

30/04/2014

Assallamualaikum..

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sebaik2 kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya."

- riwayat bukhari

11/11/2013

Assalamualaikum

Sama2 kita amalkn

23/10/2013

Assalamualaikum

"Siapa kenal Allah akan kenal diri, siapa kenal diri akan kenal diri orang lain"

Aminn

27/09/2013

Bismillah

Strategi melunaskan hutang

4 prinsip dn 7 strategi untuk menjadi seorang yg merdeka dr hutang

Prinsip 1
Beli sesuatu secara tunai. Jika blm mampu sabarlah dn terus menyimpan.

Prinsip 2
Hidup di bwh kemampuan. Kalau pndapatan Rm1000 belanja pun
Rm1000

Prinsip 3
Mulakan tabiat menyimpan walaupn sedikit.

Prinsip 4
Bina pendapatan kedua. "Libatkn diri dlm busnes"...............................

7 strategi yg patut diamalkn

1. Jgn buat hutang

2. Langsaikn hutang yg interestnya pling tinggi dulu

3. Buka dana "full-settlement" hutang

4. Gunakan duit "durian runtuh" spt bonus utk lngsaikn hutang.

5. Simpan duit kenaikn gaji tahunan 100% kedlm dana "full-setlement" hutang

6. Bila selesai hutang simpan ansuran bulanan seterusnya ke dlm akaun dan "full-settlement" hutang

7. Bayar hutang secara automatic

# mmr@

26/09/2013

Assalamualaikum

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian

Aamiin."

26/09/2013

Assalamualaikum

PINJAM 5MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI..
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya p**a lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL...

24/09/2013

Bismillah

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

24/09/2013

Bismillah

"Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yg dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya"

Assalamualaikum...Menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezekiBuku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)Rezeki boleh dijem...
24/09/2013

Assalamualaikum...

Menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki

Buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)

Rezeki boleh dijemput dengan 11 strategi :-
1. mengutamakan solat
2. solat Tahajud
3. solat Dhuha
4. Zikir
5. Doa
6. mendoakan orang lain
7. sedekah
8. membaca al-quran
9. Asma ul-Husna
10. Bersyukur
11. tekun berusaha

Harga rm18.00 (full version) RM1.80 (MMR mini)
postage RM6.00 (semenanjung) RM9(Sabah/Sarawak)

Berminat boleh hubungi no. 01129472637 (sms/call/whatsapp)

Address

827-1 Kg Baru Kemasik
Kemaman
24200

Telephone

01129472637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MMR Outlet 88 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share