16/06/2020
MACAM NI NAK AJAR 4 KONSEP KEPADA ANAK-ANAK MENJAGA DIRI SENDIRI!!
Banyak kanak-kanak yang dicabul dan diganggu secara seksual, tak tahu tubuh badan mereka tidak boleh diperlakukan seperti itu.
Ya, mereka tidak tahu.
Mereka salah anggap ianya adalah tanda kasih sayang dan diber perhatian.
Salah anggap ianya boleh dilakukan.
Jadi, ibu ayah kena SELALU terapkan KONSEP ASAS ini pada anak-anak dari kecil.
1⃣ " Saya perlu menjaga tubuh badan saya".
Mulakan dengan kenalkan anak dengan nama dan fungsi anggota badan.
Didik anak tentang BODY AWARENESS.
Cara mudah, selepas mandi, sebelum pakai baju,ajak anak duduk depan cermin, perhatikan tubuh badan dia.
Ajar satu-satu nama anggota badan.
Yang mana perlu ditutup, yang mana boleh didedahkan pada orang lain.
Bila dipakaikan baju dan seluar, beritahu anak, ini bahagian yang boleh kita tunjuk pada orang.
Yang kita tutup, orang lain tak boleh kacau dan minta nak tengok tanpa urusan.
Anak kena JAGA badan mereka.
2⃣ "Saya tidak boleh melihat atau menyentuh bahagian sulit orang lain".
Dalam proses mengajar anak tentang fungsi badan, kenalkan tentang bahagian sulit mereka.
Z***r untuk lelaki.
Va**na untuk perempuan.
Tak perlu berselindung dengan nama samaran ! Didik dengan nama yang betul.
Ingatkan anak, ini bahagian privasi manusia, tak boleh sentuh, tak boleh lihat yang orang lain punya.
Anak takkan tahu kalau kita tak beritahu, nak-nak sifat ingin tahu kanak-kanak sangat tinggi! Jadi kalau tak ingatkan, mereka akan cuba sentuh atas dasar nak tahu.
Perlahan-lahan didik tentang perasaan malu.
Biasakan pakai baju dalam bilik, bukan di tempat terbuka.
Keluar dari tandas, pakai tuala.
3⃣ " Tiada siapa boleh mengambil gambar bahagian sulit saya".
Anak zaman terkini dah kenal apa itu ipad, telefon.
Terangkan mereka apa fungsi gajet.
Boleh ambil gambar dan video.
Jadi, anak-anak tak boleh bagi sesiapa pun ambil gambar bahagian sulit mereka atas APA -APA SEBAB PUN.
Ibu ayah pun elakkan ambil gambar anak separuh bogel, time mandi, time badan anak terdedah.
Simpan atas nama kenangan, pada saya, tak perlu. Membahayakan dan memalukan anak saja.
4⃣ " Tiada siapa boleh menggunakan bahagian sulit mereka untuk menyentuh saya".
Ini penting! Bila anak tahu mana bahagian sulit manusia, ingatkan mereka, sesiapa pun tak boleh guna bahagian sulit mereka untuk menyentuh mana-mana anggota badan mereka.
Itu salah! Jerit sekiranya ada mereka yang cuba buat begitu, gigit ke, pukul ke dan terus lari.Terus beritahu ibu bapa / penjaga kalau ianya berlaku.
Beritahu mereka beza sentuhan selamat dan tak selamat.
Bila nak didik ?
Seawal mungkin dan sekerap mungkin.
Kasihanilah anak-anak.
Berikan ilmu pada mereka secukupnya.
Kredit : Wan Nur Syakira
======
SHARE jika rasa bermanfaat 😊
=====
Kalau Si Ibu dan Si Bapa nak tahu cara berkesan didik anak, komen NAK di ruangan komen, nanti saya PM detail.