01/11/2024
[SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SRITI AS-SYAFIE, JELI]
Tahniah dan syabas kepada Team SRITI As-Syafie, Jeli kerana telah mengharumkan nama sekolah dan SRITI Negeri Kelantan dalam National Robothic Competition (NROC) peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan di atas kejayaan mereka meraih Excellence Award dan berjaya menempatkan diri dalam Top 15 daripada 59 Pasukan dari 10 buah Negeri dengan markah melebihi 500 mata.
Tahniah juga kepada guru-guru yang terus konsisten memberi semangat kepada murid-murid dalam mencapai kejayaan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi kepada sekolah-sekolah lain. Bersama-sama kita Membina Generasi Rabbani Murabbi.
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"