The Pyes Cheng_Melaka

The Pyes Cheng_Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from The Pyes Cheng_Melaka, Shopping & retail, Kampong Cheng.

Hebat macam manapun Pakar Ekonomi tiada siapa yang tahu harga emas naik @ turun secara tepat tapi yg pasti ini FAKTAnya....
16/02/2023

Hebat macam manapun Pakar Ekonomi tiada siapa yang tahu harga emas naik @ turun secara tepat tapi yg pasti ini FAKTAnya. 👇

𝗠𝗔𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗜𝗔𝗧
September 1980 : (1 USD = RM 2.122)
Februari 2012 : (1 USD = RM 3.022)
Ogos 2022 : (1USD= RM 4.46)

𝗘𝗠𝗔𝗦
Februari 1996 : RM 33/g
Mac 2012 : RM 161/g (+𝟯𝟴𝟳%)
Mac 2022 : RM274/g (+𝟳𝟮𝟴%)

Fikir2kan mana yang terbaik untuk masa depan anda... Fakta tetap fakta ...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

𝗠𝘂𝗹𝗮 𝗹𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗥𝗠𝟭𝟬 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮...

01/04/2022

RENDANG NI MASAK PAKAI KAYU API! SAMPAI DAPAT LIPUTAN KL FOODIES LAGI! WOWWWW!

Ada rupanya rendang masak cara tradisional. Siap pakai kayu api lagi ni. Bukan senang nak buat ni. Nak siap pun tunggu berejam.

Proses susah dan tak semua orang boleh bersabar nak buat cara macam ini.

Al-maklumlah, kita semua nak cepat, kan?

Hehe!

Tapi proses panjang dan lama ni, rasanya betul-betul kaw! Memang asli! Rasa smoke rendang yang buat kita terngigau-ngigau.

Jika anda pernah makan rendang masak dari kayu api ni, tentu tahu rasanya macamana. Dia punya sedap tu. Teringat nenek moyang kita pernah buat dulu-dulu.

Kenapa kena beli rendang Mommy The Pyes?

- Resipi turun temurun sejak 25 tahun lamanya.
- Tiada bahan pengawet dan cara masaknya ambil proses lama.
- Datang dengan frozen. Anda boleh terus hidangkan dengan cara thaw & reheat dalam microwave saja.
- Kami beri kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.
- Tahun ini kita betul-betul raya. Kena pastikan rendang raya pun betul-betul yang paling sedap dan asli. Baru meriah. Hehe!

Dapatkan terus Set Raya The Pyes. Dalam ini ada:

1. Rendang Ayam x 2 bekas
2. Rendang Daging x 2 bekas
3. Rendang Kerang x 1 bekas
4. Rendang Kambing x 1 bekas
5. Rendang Itik Salai x 1 bekas

Set ini dihantar dalam keadaan frozen menggunakan polistrin yang di seal rapat. Jangka hayat rendang ini adalah 6-8 bulan apabila di simpan di dalam freezer.

Boleh simpan untuk bulan puasa dan raya tahun ini. Yeay!

Jom beli sekarang. Tekan terus link di bawah:

https://wisechef.onpay.my/order/form/srr/Azrifah
https://wisechef.onpay.my/order/form/srr/Azrifah
https://wisechef.onpay.my/order/form/srr/Azrifah

Jom, kita mula semula!Kali ini, kita bangkit. Kita usaha sungguh-sungguh!Tahun 2022 ini memang serba mencabar untuk semu...
28/02/2022

Jom, kita mula semula!

Kali ini, kita bangkit. Kita usaha sungguh-sungguh!

Tahun 2022 ini memang serba mencabar untuk semua.

Pandemik, gempa bumi, banjir terbaru di Pantai Timur.

Ujian demi ujian.

Namun berhenti bukan jawapan kita.

Kita bangkit lagi!

Kali ini kita mula bukan daripada kosong, tetapi daripada pengalaman.

Ia menguatkan kita, ia membangunkan jiwa!

Ayuh bangkit!

Bismillah.

(ThePyesCheng)

Berdoalah. Itulah tiket kita ke syurga. Menadah tangan dan meminta pada Allah SWT, adalah tanda kebergantungan kita sepe...
21/02/2022

Berdoalah. Itulah tiket kita ke syurga. Menadah tangan dan meminta pada Allah SWT, adalah tanda kebergantungan kita sepenuhnya hanya padaNya.

Dalam saat kita sedih, berdoalah.
Dalam saat kita susah, berdoalah.
Dalam saat kita bahagia, berdoalah.
Dalam saat kita senang, berdoalah.

Berdoa ini adalah tali kehidupan kita. Menghubungkan kita terus kepadaNya.

Doa untuk kesihatan.
Doa untuk keselamatan.
Doa untuk kebahagiaan.
Doa untuk kembali ke syurga kelak.

Ayuh kita berdoa hari ini.
Ayuh kita syukuri apa sahaja yang terjadi.

Berdoalah.

(ThePyesCheng)
Moga Allah kabulkan tiap-tiap permintaan hambaNya.

Hargai hari ini. Ini sahaja peluang yang kita ada. Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali. Esok p**a, belum pasti,...
09/02/2022

Hargai hari ini.

Ini sahaja peluang yang kita ada. Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali.
Esok p**a, belum pasti, nadi masih berdetak untuk berbakti.

Maka, sempurnakan hari ini dengan usaha dan raih sebesar-besar impian yang kita mahukan.

Kejayaan semakin mendekati. Ayuh kita kejar sama-sama.

(ThePyesCheng)
Jalan terus!

Berbuatlah kebaikan. Dihina, diejek, dimarah, diperli oleh kawan-kawan, kita senyum sahaja.Mereka tak tahu apa kita lalu...
08/02/2022

Berbuatlah kebaikan.

Dihina, diejek, dimarah, diperli oleh kawan-kawan, kita senyum sahaja.

Mereka tak tahu apa kita lalui. Dan kita tak perlu bertempuh.

Buatlah perkara yang baik dalam hidup.

Pasti suatu saat nanti, kebaikan juga akan datang pada kita.

Senyum dan jalan terus.

Semoga Allah limpahkan kudrat dan kekuatan buat kita.

(ThePyesCheng)
Jalan terus!

Nak ada mentaliti tinggi sebagai orang berjaya, kena sematkan siap-siap perkara ini dalam minda.1) BERANI AMBIL RISIKOJi...
07/02/2022

Nak ada mentaliti tinggi sebagai orang berjaya, kena sematkan siap-siap perkara ini dalam minda.

1) BERANI AMBIL RISIKO

Jika semalam kita malu-malu, takut memanjang atau was-was buat benda yang kita usahakan tu, hari ini dah boleh berhenti semua tu.

Jiwa kena jadi berani. Tak perlu disuruh, ditolak atau dipaksa oleh sesiapa. Kita yang mara ke depan berbanding dengan lain.

Tapi jangan melangkah begitu je tanpa ada ilmu yang jitu. Belajar dan perkemaskan diri sebagai orang yang ada matlamat dan tahu apa yang dia nak buat.

2) BERTANGGUNGJAWAB

Sifat ini datangnya dari 2 perkataan yang jelas iaitu Tanggung dan jawab. Kita kena sedia untuk terima dan pikul amanah yang diberikan.

Dan kita juga perlu menjawab kepada setiap perkara yang terjadi (sekiranya berlaku apa-apa).

3) S**A CABARAN DAN PERSAINGAN

Bukan pantang dicabar tau. Tetapi s**a pada cabaran ni maksudnya dia enjoy pada setiap halangan dan kesusahan.

Baginya ia adalah proses untuk meningkatkan lagi keupayaan dan jati diri sebagai seorang manusia.

Persaingan baginya adalah perkara sihat untuk melakukan perkara yang lebih positif dan baik.

Tidak timbul isu iri hati atau cemburu dengan kejayaan orang lain.

4) BINA NETWORK DAN KEKAL BERHUBUNG

Setiap hari orang berjaya s**a tambah jaringan kenalan. Mereka ini tidak duduk diam. S**a berkenalan dan kekal berhubung.

Bagi mereka ini, network is a net worth.

Semua itu ada nilai tersendiri. Yang bagusnya, kita boleh serap semua tenaga positif dari mereka dan menguatkan antara satu sama lain.

5) PENUH KREATIF

Otak penuh ligat dengan idea baru dan segar. Itu yang buat kita semua sentiasa diperlukan tau. Baik untuk beri pendapat atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Kreatif ini akan buat kita melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut.

Setiap hari, orang yang kreatif ini akan bangun pagi penuh bersemangat untuk belajar benda baru.

Semua perkara ini menghasilkan mindset jutawan sebenar.

Jom kita amalkan sama-sama.

(ThePyesCheng)
Bila mindset benar-benar jutawan, barulah layak digelar jutawan.

05/02/2022

Senyuman, kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Semua itulah asbab kenapa kita perlu kerja keras hari ini.

Kerja sungguh-sungguh.
Buat sehabis baik.
Kemudian bergantung haraplah hanya kepada Maha Esa.

Dia maha mendengar dan melihat setiap gerak hambaNya yang berusaha untuk buat hal terbaik dalam hidup mereka.

Jom kita sungguh-sungguh hari ini ya. Orang bercuti, kita banting tulang 4 kerat ini untuk kebahagiaan dan masa hadapan yang lebih cerah.

Insya-Allah.

Thepyescheng
Genggam bara biar sampai jadi arang! Yeay!

Assalamualaikum..Salam JumaatDi hari penghulu segala hari ini adalah tiket terbesar untuk kita penuhkan segala kebaikan ...
04/02/2022

Assalamualaikum..Salam Jumaat

Di hari penghulu segala hari ini adalah tiket terbesar untuk kita penuhkan segala kebaikan untuk kehidupan kita.

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat. Semua itu buat kita menginsafi diri dan sentiasa tunduk kepada Maha Esa.

Moga dengan sedikit kebaikan kita hari ini akan meluaskan lagi pintu rezeki buat kita sehingga datang ia dalam keadaan tak disangka-sangka dan mencurah-curah seperti mengalirnya air zam-zam di atas dunia.

Aminnnn. Bismillah.

(ThePyesCheng)

Address

Kampong Cheng

Telephone

+60199805801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Pyes Cheng_Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share