Arked Mara Kajang

Arked Mara Kajang Welcome to Arked Mara Kajang.

✨ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM REWANG MASAK-MASAK ARKED MARA 2026 ✨Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin...
23/06/2026

✨ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM REWANG MASAK-MASAK ARKED MARA 2026 ✨

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Rewang Masak-Masak Arked MARA 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

Seawal pagi, suasana di Arked MARA Kajang mula dipenuhi dengan gelak tawa dan semangat gotong-royong. Ada yang sibuk memotong bawang, menyediakan bahan masakan, mengacau gulai dan menyusun juadah, semuanya dilakukan bersama-sama tanpa mengira latar belakang perniagaan masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli Persatuan Arked MARA Kajang (ARKEDIA), para usahawan, peniaga, warga MARA serta jemputan yang hadir bagi memeriahkan program ini.

Terima kasih khusus kepada Ketua Rewang, Puan Nani, Kak Halina, Puan Wan dan seluruh team yang bertungkus-lumus menjayakan penyediaan juadah serta memastikan perjalanan program berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Program ini bukan sekadar aktiviti memasak, malah menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah, membina kerjasama dan memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama warga Arked MARA Kajang.

Semoga segala usaha, tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Kami juga berdoa agar seluruh warga Arked MARA Kajang sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak baik, perselisihan dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan sesama kita.

Insya-Allah, semoga lebih banyak program kemasyarakatan, kebajikan dan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan bersama pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga Arked MARA Kajang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang dan membantu menjayakan program ini.

🀝 Muafakat Membawa Berkat
❀️ Ukhuwah Mengeratkan Silaturahim






πŸ“£ JOM SERTAI SENAMSIHAT ARKED MARA KAJANG! πŸ’ͺ✨Ingin kekal cergas, sihat dan ceria? Ayuh sertai program Senamsihat Arked M...
10/06/2026

πŸ“£ JOM SERTAI SENAMSIHAT ARKED MARA KAJANG! πŸ’ͺ✨

Ingin kekal cergas, sihat dan ceria? Ayuh sertai program Senamsihat Arked MARA Kajang bersama komuniti setempat!

πŸ—“ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.45 malam – 10.00 malam
πŸ“ Lokasi: Arked MARA Kajang

🌟 Aktiviti menarik:
βœ… Senaman berkumpulan yang menyeronokkan
βœ… Meningkatkan kecergasan dan kesihatan
βœ… Merapatkan hubungan komuniti
βœ… Sesuai untuk semua peringkat umur

Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Jom turun beramai-ramai! Sihat Bersama, Ceria Bersama!

KLINIK USAHAWAN Sesi Diagnosis Perniagaan & Peluang Pembiayaan Usahawan…..peluang khas untuk anda!Kalau anda sedang fiki...
05/02/2026

KLINIK USAHAWAN

Sesi Diagnosis Perniagaan & Peluang Pembiayaan

Usahawan…..peluang khas untuk anda!

Kalau anda sedang fikir…

βœ… Nak kembangkan bisnes tapi tak pasti jalan
βœ… Nak mohon pembiayaan tapi tak tahu dokumen apa perlu
βœ… Nak semak tahap kewangan & potensi bisnes dengan lebih jelas
βœ… Nak dapat networking dan perkongsian ilmu yang terus praktikal

Jom hadir ke Klinik Usahawan

Dalam sesi ini, anda akan dapat:
🀝 Networking dengan usahawan lain
πŸ’Ό Pendedahan peluang pembiayaan
πŸ“š Perkongsian ilmu bisnes yang boleh terus guna

πŸ“‘ Dokumen yang perlu dibawa:
1. SSM
2. Penyata Bank (6 bulan)
3. Laporan CTOS/Experian/CBM
4. Akaun tahunan terkini 2024 & 2025 (jika ada)

Yuran penyertaan hanya RM20 sahaja

πŸ“ Tempat: Bilik Training ONEIP
πŸ“… Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang

πŸ“² Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera sebelum penuh.

www.wasap.my/60122242728

HARI TERBUKA ARKEDIA 2025 –JOM MERIAHKAN!Sihat, Ceria & Komuniti Bersatu di Arked MARA Kajang!Saya mewakili Persatuan Ar...
28/11/2025

HARI TERBUKA ARKEDIA 2025 –JOM MERIAHKAN!

Sihat, Ceria & Komuniti Bersatu di Arked MARA Kajang!

Saya mewakili Persatuan Arked MARA Kajang menjemput semua warga Kajang & kawasan sekitar untuk sama-sama memeriahkan Hari Terbuka Arkedia 2025.

Banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga dari aerobik, mewarna, pertandingan roti jala dan pemeriksaan kesihatan percuma!

πŸ“… Tarikh:30 November 2025 (Ahad)
⏰ Masa:9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Ruang Legar Arked MARA Kajang

Jom bawa keluarga, bawa kawan-kawan dan meriahkan Hari Terbuka Arkedia 2025 bersama.

Kita raikan komuniti Kajang dalam suasana sihat, ceria & penuh semangat.

Kiosk Baru Dibuka di Arked MARA Kajang! – KAYTE CoffeeBerita gembira untuk warga Kajang & pelanggan Arked MARA KAYTE Cof...
07/11/2025

Kiosk Baru Dibuka di Arked MARA Kajang! – KAYTE Coffee

Berita gembira untuk warga Kajang & pelanggan Arked MARA

KAYTE Coffee kini dibuka!

Terletak di tingkat bawah Arked MARA Kajang, kiosk ni dibuka oleh anak muda tempatan yang juga pemilik Nakhoda Travel Sdn. Bhd. (ya, betul β€” kiosk ni betul-betul bawah ofis dia)

Di sini semuanya dibuat sendiri β€” dari membancuh kopi, layan pelanggan, ambil order sampai cuci gelas pun barista ni buat sendiri.

πŸ•› Waktu operasi (buat masa ni):
Isnin – Jumaat
⏰ 12.00 tengah hari – 8.00 malam

Jadi kalau anda:
βœ… Nak rasa kopi hasil tangan sendiri peniaga tempatan
βœ… Nak lepak santai sambil sembang
βœ… Nak sokong usahawan baru di Arked MARA

Jom singgah KAYTE Coffee, Arked MARA Kajang hari ini!

Mari kita support peniaga baru yang berani mula dari bawah.

πŸ“ Lokasi: Arked MARA Kajang
(Search β€œNakhoda Travel Sdn. Bhd.” di Maps – kiosk betul-betul bawah ofis tu)

Esok kita bersenam sama-sama! Jom turun ramai-ramai ke ruang legar Arked MARA Kajang esok,jam 8.30 pagi untuk aktiviti s...
16/10/2025

Esok kita bersenam sama-sama!

Jom turun ramai-ramai ke ruang legar Arked MARA Kajang esok,
jam 8.30 pagi untuk aktiviti senaman pagi .

Menu Tengah Hari di Gerai Dinda Kanda!Selasa, 7 Oktober 2025Jom isi perut dengan menu panas-panas kami hari ni πŸ˜‹πŸ‘‡πŸ½οΈ Pili...
07/10/2025

Menu Tengah Hari di Gerai Dinda Kanda!

Selasa, 7 Oktober 2025

Jom isi perut dengan menu panas-panas kami hari ni πŸ˜‹πŸ‘‡

🍽️ Pilihan Menu:

1️⃣ Nasi Putih + Ayam Masak Kicap + Sayur Tauge Goreng
πŸ’° RM9.00
(Ayam masak kicap limited – hanya 4 ketul je! Siapa cepat dia dapat πŸ˜…)

2️⃣ Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
πŸ’° RM7.00
πŸ”₯ Masakan panas, rasa kampung, harga mampu milik.

πŸ“ Lokasi: Gerai Dinda Kanda, Arked MARA Kajang
⏰ Tengah hari sampai habis β€” jangan lambat nanti tinggal kuah je!

🌿 PROGRAM KOMUNITI 🌿DERMA PAKAIAN LAMA & PAMERAN UPCYCLETarikh: 19 September 2025 (Jumaat) Masa: 10.00 hingga 12.00tghTe...
19/09/2025

🌿 PROGRAM KOMUNITI 🌿
DERMA PAKAIAN LAMA & PAMERAN UPCYCLE

Tarikh: 19 September 2025 (Jumaat)
Masa: 10.00 hingga 12.00tgh
Tempat:Arked MARA Kajang

Bersama-sama kita mengatasi isu pencemaran tekstil!
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi ruang kepada masyarakat untuk terlibat dalam usaha kitar semula yang kreatif dan praktikal.

Apa yang Anda Peroleh?
- Kutipan Pakaian Terpakai:
- Seluar Jeans
- Kemeja
- Demo Kain Sintetik & Pencemaran:
Ketahui lebih lanjut tentang impak dan cara menangani pencemaran tekstil.
- Pameran Karya Upcycle:
Saksi kreativiti tempatan dalam mengubah pakaian lama menjadi karya seni yang berharga.
- Ambil Tempahan:
Tempah hasil karya upcycle dan beri sokongan kepada pengusaha tempatan.
- Voucer RM5 untuk setiap sumbangan pakaian!

Sertai Kami!

Bersama-sama kita boleh mencipta perubahan positif!
Marilah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan pelajari kemahiran baru dalam seni jahitan serta keusahawanan.

Untuk Maklumat Lanjut:
Aiyani - 0105271261 @ [email protected]
Facebook : Epal Green Sewing Bangi

Jadi, tunggu apa lagi? Bawalah pakaian lama anda dan sertai kami dalam usaha murni ini!

MENU HARI INI MEMANG POWER!Jom singgah di Kedai Mastapeez Chicken sebab hari ini kami hidangkan:Nasi Goreng Chicken Chop...
27/08/2025

MENU HARI INI MEMANG POWER!

Jom singgah di Kedai Mastapeez Chicken sebab hari ini kami hidangkan:

Nasi Goreng Chicken Chop– nasi goreng panas + chicken chop rangup dengan sos istimewa!

πŸ— Chicken Grill – juicy, berperisa & dibakar sempurna.

Memang ngam untuk lunch & dinner, harga pun berbaloi.

πŸ“ Lokasi: Arked MARA Kajang

Tag geng makan sekali, jangan makan sorang-sorang!

Address

Arked Mara Kajang
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+601137256456

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arked Mara Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share