03/11/2025
Kerja sendiri atau buat freelance memang best. Kau bos, kau tentukan masa. Tapi bila tiba masa nak beli rumah, terus rasa stres.
Mana nak cari slip gaji? Macam mana nak yakinkan bank yang kita ni mampu bayar balik pembiayaan beratus ribu?
Ramai yang percaya, kalau takde slip gaji, memang mustahil nak lulus. Itu tak betul.
Bank bukan nak slip gaji kau. Bank cuma nak satu benda: BUKTI PENDAPATAN YANG KONSISTEN DAN SAH.
Untuk orang makan gaji, slip gaji adalah bukti paling mudah. Untuk kau yang bisnes sendiri atau freelance, 'slip gaji' kau berbeza dengan orang makan gaji.
Ini 3 benda utama yang bank akan 'study' untuk luluskan pembiayaan kau.
Pertama, Penyata Bank (Bank Statement). Inilah 'report card' utama kau. Duit bayaran kerja atau untung bisnes WAJIB masuk ke satu akaun bank khas secara konsisten. Jangan campur aduk duit bisnes dengan duit belanja dapur. Bank nak tengok aliran tunai yang stabil setiap bulan.
Kedua, Rekod Cukai (LHDN). Ini dokumen paling power. Ramai freelancer kantoi kat sini. Kau mesti daftar perniagaan (SSM) dan isytihar pendapatan tahunan kau dengan LHDN (Borang ๐. Bila kau bayar cukai, itu adalah pengesahan rasmi dari kerajaan yang pendapatan kau tu wujud dan sah. Tanpa ni, memang bank tak berani ambil risiko.
Ketiga, Simpanan yang Sihat. Tunjukkan yang kau ada tabiat menyimpan yang bagus. Bila bank nampak kau ada simpanan yang kukuh, ia memberi keyakinan yang kau ada 'buffer' sekiranya pendapatan kau perlahan untuk sesuatu bulan.
Mustahil ke nak lulus? Tak.
Adakah prosesnya lebih leceh? Ya. Kau kena sediakan lebih banyak dokumen. Tapi selagi kau urus kewangan kau macam seorang profesional, pintu pembiayaan tu sentiasa terbuka.
๐ Follow aku kalau nak tips beli rumah setiap hari.
https://www.facebook.com/share/1BfVDBbNWU/?mibextid=wwXIfr