INaRa ShOp

INaRa ShOp Books & Toys store ���

16/12/2020

Lepas solat maghrib tadi, aku punya kesabaran memang tahap maksima.

Semua gara2 anak dara ni mengamuk sakan. Hanya kerana aku tak bagi dia main hp. Dan, membuatkan dia lagi marah sebab aku dah tukar password.

Waktu dia mengamuk tu, aku baru nak solat Maghrib. Aku solat je macam biasa. Lagi la dia bengang. Mula la dia buat perangai tarik2 cadar katil dan jerit2. Aku teruskan je solat sampai habis.

Lepas bagi salam, dia mula tolak2 katil. Dalam hati ni dah membara rasa nak amik hanger je. Tapi aku sabar lagi. Buat tak tahu je. Teruskan doa.

Aku teringat ceramah Ustazah Asma' Harun.
Ustazah ada bagitau, hidup kita ni celik mata je ujian dah menunggu. Sama ada ujian dari boss kita, anak2 kita, suami kita atau dengan siapa saja.

Jadi hari ni Allah uji aku dengan anak mengamuk diwaktu senja. Aku switch fikiran aku dan bagitau yang Allah yang hantar ujian ni. Anak itu hanya perantaraan saja.

Allah nak tengok macam mana aku handle. Jika aku marah anak, bermakna aku marah Allah sebab Allah yang hantar ujian ni. Jika aku marah dan pukul anak dengan hangar, sudah tentu aku yang dapat dosa.

Jadi aku ikut nasihat Ustazah Asma' Harun. Ustazah ada pesan, jika kita diuji ucapkan lah,

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Ertinya : sesungguhnya kita semuanya adalah milik Allah, dan kepadaNya nanti kita akan kembali.

Aku ucap kalimah Allah ni banyak kali dengan yakin, Allah yang pegang hati anak aku. Allah yang menguasai segala alam ini.

Tak sampai lima kali aku baca kalimah itu, dengan tiba2 Aisyah terus diam dari menangis dan mengamuk tadi. Dia bangun betulkan cadar yang dia dah tarik2 dan susun balik katil yang dia dah tolak.

Allahu akbar..aku jadi terkedu sekejap.
Aku terus menangis atas tikar sejadah tu jugak. Sakan aku nangis. Allah terus perbaiki keadaan jadi baik. Masa tu terasa diri ni terlalu kerdil dan lemah. Aku rasa Allah betul2 dekat dengan aku.

Sebenarnya, apa saja ujian yang kita lalui, Allah sentiasa ada dengan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, Allah menguji sebab Dia nak tengok macam mana kita bertindak atas ujian yang diberikan.

Jalan mana yang kita ambil sama ada kita kembalikan ujian itu kepadaNya atau kita susah payah nak selesaikan

01/12/2020
Xgayat ke dik..
26/11/2020

Xgayat ke dik..

25/11/2020

Musim PKPB, ramai ibu bapa mengambil jalan selamat untuk mengasingkan anak-anak

17/11/2020

Anda masih ingat lagi dengan adik comel ni? Ya, adik yang pernah viral suatu ketika dulu selepas menyanyikan lagu popular dari Anuar Zain iaitu Sesucinya Cintamu. Jom tengok lagi sekali:- https://www

Kena tambah bhn bacaan ank2 smp 22/1/2021
08/11/2020

Kena tambah bhn bacaan ank2 smp 22/1/2021

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INaRa ShOp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share