22/07/2024
🌷TEASER 2 HIDDEN MARRIAGE REVAMP🌷 Eh, geramnya dengan Eidlan!😥
"Kenapa awak bawa perempuan tu rehat dalam rumah ni? Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan Eidlan?"
Sara tak rasa cemburu sikit pun. Setelah puas menangis semalam, yang masih tinggal dalam hatinya hanyalah kekosongan. Tiada guna mempertahankan seseorang yang sebenarnya sejak mula lagi bukan menjadi milik diri sendiri.
"Saya tak pernah terniat nak sakitkan hati awak Sara tapi awak kena faham. Damia tengah sakit sekarang ni dan bila-bila masa sahaja dia boleh collapse."
Prang!
Sara hempas cawan atas meja.
Entah kenapa dalam pada hatinya sedang membenci, amarahnya tetap mencanak selagi wanita itu dekat dengannya.
" Sara! Awak ni kenapa? Boleh tak behave? Damia tengah sakit tapi awak p**a tak reti nak hormat orang sakit."
Mendengar bicara Eidlan, seakan-akan darahnya terus naik ke kepala. Panas!
"Peduli apa saya sama ada dia nak mati atau apa sekalipun. Tapi awak tu Eidlan! Awak masih suami saya!"
Tubuh dipaling menghadap Eidlan. Giginya diketap. Angin betul Sara dengan Eidlan saat ini. Dalam apa jua keadaan, Damia tetap menjadi keutamaan lelaki itu.
"Awak jangan lebih-lebih Sara!"
Jelas rahang Eidlan bergerak-gerak. Petanda hati lelaki itu mungkin sedang dalam amarah tetapi Sara sekadar mengangkat bahu. Whatever! Matanya dijulingkan naik ke atas. Marahlah sampai esok sekalipun, dia sudah ajar hati untuk menjadi keras.
"Saya nak keluar lepas ni. Awak jangan berdua-duaan dengan perempuan tu. Takut p**a kalau ada orang datang ketuk pintu kejap lagi."
"Sara!"
Eidlan genggam jari. Geram dan marah bersimpul lalu menjadi satu di dalam hati lelaki itu. Ikut hati, ada yang dia beri pengajaran saat ini.
"Eidlan..."
Mendengar nama itu diseru, kemarahan Eidlan menurun tiba-tiba. Melihat kelakuan Eidlan, Sara mencebik dan terus mencapai beg tangan sebelum melangkah keluar dari rumah.
"Sara!"
Tak sempat memakai kasut, suara serak Eidlan bergema memanggil namanya.
Tanpa perasaan dia tetap terus menyarung kasut. Sayangnya, belum pun langkah dibawa menapak, lengannya sudah dicengkam. Kuat.
Eidlan?
"Kenapa p**a ni? Saya nak keluar!"
Mendongkol hatinya dalam amarah. Geram juga dalam masa yang sama dengan kelakuan Eidlan terhadapnya.
"Saya nak awak tolong Damia sekarang."
Huh?
Bulat terus matanya memandang Eidlan. Dah kenapa dia p**a yang kena tolong? Mak bapa Damia tak ada ke sampai dia yang dijadikan kuli?
"Saya tak nak. Lepaskan tangan saya ni!"
"Saya kira sampai tiga Sara!"
"Whatever! Bukan dia tu bff dari kecil awak ke? Bantulah dia, apa p**a kena mengena dengan saya?"
Lengannya cuba ditarik namun, pautan Eidlan terlalu kuat sehingga memaksa dirinya menurut kehendak lelaki itu kala Eidlan tiba-tiba sahaja tunduk dan membuka kasut di kakinya.
" Sekarang awak masuk balik dalam rumah dan tolong saya jaga Damia sekejap. Saya ada hal dengan mommy."
Sara mendecit namun, kakinya tetap tidak dianjak.
"Saya tak nak Eidlan! Saya bukan kuli awak dan bukan juga kuli Damia!"
"Sara!"
"Lepaskan tangan saya, Eidlan!"
"Satu!"
"Saya tak nak! Jangan paksa saya!"
"Dua!"
"Tak nak!"
"Tiga!"
"Awak faham ke tak Eidlan? Saya tak n..."
Belum sempat menghabiskan ayat, bibirnya sudah tertutup rapat. Matanya turut terbeliak. Besar.
Meladeni tingkah Eidlan kala ini, fungsi otaknya seakan-akan menjadi sifar. Bahkan, badannya
Menjadi kaku. Kejung dan statik di situ.
Agak lama setelah Eidlan melampias amarah dengan cara 'keji' itu, Sara mengelap bibirnya laju.
"So, awak dah ubah fikiran Sara? Either awak nak masuk secara paksaan atau awak nak saya angkat naik atas sana?" Mata Eidlan tampak garang dan kala telunjuk lelaki itu masih terarah ke atas, Sara hentak kaki dan nak tak nak sahaja dia melangkah masuk semula ke dalam rumah.
"Awak tolong suap Damia. Tangan dia masih belum kuat lagi."
Ternganga mulutnya. Damia benar-benar menjadikannya kuli pada hari ini!
"Apa hal saya p**a yang nak kena suap?" Sakitnya hati. Dah tahu tak mampu nak jaga anak orang, hantarlah Damia balik rumah sendiri.
"Kiraan saya kali ni hanya sampai dua sahaja Sara. Ingat tu!" Tajam mata Eidlan memandang bibirnya selepas itu. Gila! Kalau kata di laman tadi pun Eidlan boleh buat gila, kemungkinan depan Damia pun lelaki itu boleh lakukan perkara sama terhadapnya.
"Elaun saya naik seribu mula bulan ni. Saya dah serah diri jadi kuli Damia dan awak, jadi saya yang akan tetapkan berapa awak nak kena bayar pada saya."
"Awak!" Eidlan memandangnya tajam. Mungkin tidak menyangka dirinya boleh membuat perhitungan seperti itu.
"Kalau tak boleh tak apa, saya nak keluar." Sara sudah bersedia mencapai semula beg namun cepat juga Eidlan menghulur pinggan padanya.
"Suap elok-elok. Saya nak keluar jumpa mommy dulu."
Di luar sedar, Eidlan laju memeluk tubuhnya di hadapan Damia dan memberikan sebuah ciuman atas kepalanya yang masih bertudung. Sara terpegun. Dah kenapa tiba-tiba Eidlan berubah sikap terhadapnya p**a? Bukankah mereka sedang perang dingin sekarang ini?
"Saya tak nak makan, Sara."
Hilang saja kelibat Eidlan, Damia menolak kala sudu didekatkan pada mulut itu.
"Senang kerja aku kalau macam tu. Kau tak nak makan kan? Jadi jangan salahkan aku kalau kau mati kebulur!"
Tanpa sedar, pinggan dihempas atas meja. Damia pasti sengaja hendak mengenakannya dengan cara membuat permintaan bukan-bukan kepada Eidlan.
"Awak marahkan saya ke, Sara? Tolong jangan marah Eidlan disebabkan saya ya?"
Sara mendengus kasar. Dia buat-buat sibuk dan berjalan mengambil air sejuk di dalam peti ais.
"Saya tahu awak bencikan saya Sara tapi awak kena faham, Eidlan masih cintakan saya. Kami berpisah pun kerana keadaan yang memaksa. Saya mengalah terlalu awal dan kerana marah pada tindakan saya, dia kahwin dengan awak."
Sara genggam jari. Kuat. Seketika botol air diletak semula dan tubuh dipusing menghadap Damia bersama senyuman paling manis.
"Kau tengok muka aku ni. Ada aku kisah? Tak ada kan? Jadi karanglah apa saja cerita, aku dah tak nak ambil tahu lagi dah. Kau kahwinlah dengan dia sekarang ni. Apa susah? Dan aku izinkan Damia!"
Damia ukir senyum. Manis. Mata itu memandang ke arahnya, lembut.
"Saya tahu hati isteri mana yang tak sakit saat suami mengaku masih cintakan bekas kekasih sendiri kan? Dan saya juga tahu awak pura-pura kuat depan saya sekarang ni Sara. Tapi dalam keadaan saya yang macam ni, awak tak ada simpati ke?"
Nafasnya terhembus. Kasar. Kalaulah ada keizinan dan kekuatan untuk merobek mulut itu, sudah pasti Sara akan melakukannya. Kenapa setelah dia cuba untuk mengajar hati sendiri agar terus ampuh berhadapan dengan Damia dan Eidlan namun, di akhirnya luka itu tetap juga masih terasa sakit? Tetap juga jiwanya terisi perit dan pedih?
"Sara..."
Perlahan-lahan Damia menggerakkan kerusi roda dan berhenti di depannya. Panggilan Damia tadi tidak disahut. Malah, dia nekad untuk berdiam diri sahaja. Bimbang tidak dapat menahan amarah lalu ada p**a yang dia hukum seksa!
"Sebenarnya saya tak nak cakap pada awak satu perkara ni tapi saya tahu Eidlan akan rasa serba salah."
Jeda.
Statik.
Sara masih berdiam diri sambil memandang jauh ke hadapan.
"Awak bukanlah perempuan pertama yang dia sentuh. Saya orangnya. Disebabkan itu juga hubungan kami berantakan. Saya malu Sara. Kami terpisah sementara dan di pertengahannya saya dapat tahu yang dia dah kahwin dengan awak secara sembunyi-sembunyi."
Dum!
Sentuh?
Jujur, perkara itu merupakan satu kejutan buatnya saat ini.
Ya. Kejutan yang bersangatan sehingga nafasnya terasa pendek. Perlahan-lahan jemarinya digenggam ke sisi.
"Kalau awak nak tahu juga, lepas kejadian itu saya melarikan diri dari Eidlan. Eidlan nak kami berkahwin tapi disebabkan malu, saya menolak. Dia marah dan cari perempuan lain dan awaklah orangnya Sara."
Entah kenapa, semakin jauh mendengar kisah silam Damia dan Eidlan, matanya semakin memberat. Kepala didongak dan laju saja matanya menjadi berat. Tanpa sedar ada air jernih yang sudah bertakung!
"Awak jangan benci atau marah pada Eidlan Sara. Saya yang salah kerana merelakan kelakuan Eidlan. Kerana cinta kami sama-sama hanyut." Mendengar itu, semakin lebat air matanya. Tanpa esakan sekalipun, tetap juga cecair jernih itu terlalu degil merembes keluar.
"Tapi Eidlan ada beritahu saya. Bersama awak dia tak rasa cinta jika dibandingkan sama seperti kami dulu."
Zap!
Serta-merta amarahnya mencanak. Tergamak Eidlan menceritakan hal dalam kelambu mereka pada orang luar!
Di luar sedar kepalanya dibawa menghadap wajah Damia dan tangannya sudah naik mencekak leher wanita itu.
"Aku dah reda bila kau dan Eidlan mungkin akan berkahwin Damia tapi aku tak reda bila kau dengan dia bercerita benda jijik tu dan dibandingkan dengan aku!"
"Sa...Sara... sa...sakit..."
"Kau tahu sakit kan? Macam inilah rasa sakit hati aku, bila kau dengan Eidlan koyak-koyak Damia! Tak cukup lagi kau dengan dia seksa aku hah?"
Sara menguatkan cengkaman. Wajah Damia juga menjadi semakin merah.
"Sara! Awak gila ke!"
Eidlan muncul tiba-tiba dan terus menolak tubuhnya kuat. Dia yang terpelanting hanya memerhati Damia yang sudah diraih Eidlan ke dalam pelukan.
'Aku bencikan kau Eidlan!'
Jemarinya digenggam dan tanpa kata beg tangan dicapai. Dia hendak keluar dari rumah ini!
"Awak jangan nak larikan diri Sara! Saya belum buat perhitungan dengan awak lagi!"
Eidlan melepaskan pelukan dan menarik lengannya berhadapan dengan lelaki itu.
"Kau atau aku yang patut buat perhitungan Eidlan?" Matanya tajam. Memanah mata Eidlan.
"Awak tahu tak yang awak cuba bunuh Damia? Sekalipun awak bencikan dia, tetap perbuatan awak tu salah Sara! Saya tak mampu maafkan awak kali ni!"
Gelaknya terkeluar. Bersama gelak yang belum habis, p**i Eidlan dia tepuk perlahan.
"Cermin muka kau tu dulu sebelum bercakap pasal maaf ni semua. Kau tahu tak Eidlan? Aku menyesal sebab kahwin dengan kau! Kau lagi teruk dari Arham!"
"Sara!"
Eidlan pejam mata. Rahang lelaki itu terlalu tegang di matanya dan sesaat kemudian, tubuhnya sudah diangkat lelaki itu lalu naik ke tingkat atas.
"Turunkan aku Eidlan! Turunkan aku!"
"Aku tahu kau dah lama tak diberi pengajaran dari sesiapa Sara. Jadi jangan salahkan atas apa yang aku lakukan!"
"Eidlan!" Dia menjerit namun sayangnya tetap juga lelaki itu berkeras dan terus meletakkan badannya atas katil!
Sementara Damia yang berada di bawah mengetap gigi. Ketat. Seketika mata itu digenangi cecair jernih.
'Cepat atau lambat, Eidlan akan tetap tinggalkan kau Sara...'
Hembusan nafas Damia terhambur kasar. Bersama sebuah senyuman sinis, tubuh itu diangkat dan meneruskan suapan yang tergendala sejak tadi.