Rose Biru Bookstore

Rose Biru Bookstore Facebook : Rose Biru Bookstorē
Instagram : rosebiru.bookstore

Alhamdulillah, kat website 3 minit sold out. Kat Sh0pee tak sampai 1 minit sold out. Tapi tulah, buat sementara waktu ni...
01/12/2023

Alhamdulillah, kat website 3 minit sold out. Kat Sh0pee tak sampai 1 minit sold out.

Tapi tulah, buat sementara waktu ni tak boleh nak buat live sebab dah kena banned dengan Sh0pee. 🥹🧡

NYCTOPHOBIA - NURUL AIN SYUHADAPra-tempah ini berlangsung sehingga kuota penuh atau buku siap. Buku dijangka siap cetak ...
13/09/2023

NYCTOPHOBIA - NURUL AIN SYUHADA

Pra-tempah ini berlangsung sehingga kuota penuh atau buku siap.

Buku dijangka siap cetak pada penghujung September/awal Oktober.

BLURB :

Hayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain.

Hayla tahu dia tak boleh lari dari mengikut aje adat resam keluarga, tapi dia juga ingin bahagia. Tapi angannya punah saat dia kenal siapa sebenar Kiff. Hati lelaki itu terlalu keras untuk menerimanya sebagai seorang isteri.

Hayla juga ada kepala angin. Dia anak Carl Danial, tokoh tersohor di dalam kalangan usahawan perniagaan. Dia bukan orang biasa-biasa yang maruahnya senang diinjak-injak. Lantas dia minta dirinya dilepaskan. Kiff setuju. Tapi bersyarat.

"Kau ada pilihan. Samada nak stay atau blah. Tapi kalau kau nak blah, aku bagi kau 2 jam untuk kau prepare untuk lari. But after 2 hours, kalau aku jumpa kau, your life is mine. Aku boleh buat apa aje yang aku nak." -Kiff

"And what if you tak jumpa I after 2 hours?" - Hayla

"I'll do what ever you want." - Kiff

🤎🩶🤎🩶🤎🩶🤎🩶🤎🩶🤎🩶🤎🩶🤎🩶

Boleh buat pra-tempah di sini 👉🏼 https://forms.gle/Mkwvek1zMRUWvLNTA

MY SWEET UNCLE - MELL MARIANNTEASER 1 :IMPIAN Wangi cuma sederhana, ingin dicintai dan mencintai seperti mana mama dan p...
19/08/2023

MY SWEET UNCLE - MELL MARIANN

TEASER 1 :

IMPIAN Wangi cuma sederhana, ingin dicintai dan mencintai seperti mana mama dan papa saling mencintai dan berkasih sayang. Menunduk, Wangi menanti jawapan dari mamanya dengan rasa berdebar.
Bulan menatap anak daranya itu bagai tidak percaya.

“Mama tak salah dengar kan ni? You! I tak salah dengar kan?” Bulan mengalih pandang pada suaminya p**a. Menepuk paha lelaki itu meminta kepastian yang dia tidak tersalah dengar.
Jangankan dia, riak wajah Indra, suaminya itu juga berubah.

“Kenapa buat keputusan tiba-tiba macam ni, Wangi?” Serius Indra menyoal. Ada masa dia boleh bergurau tetapi perkara yang Wangi bangkitkan ini soal serius. Soal nikah kahwin.

“Ma… pa... Wangi betul-betul nak kahwin dengan Airil. Kami dah berbincang tentang hal ni.” Wangi makin menunduk. Dia tahu apa yang dia beritahu tadi membuat mama dan papa terkejut besar.

“But you’re only nineteen. Study pun tak habis lagi!” Tangan Bulan naik mengurut dada. Mana dia tak terkejut. Wangi tiba-tiba minta izin mahu bernikah di usia yang Bulan kira masih terlalu muda. 20 tahun pun belum masuk lagi.

“Mama... Pleaselah faham Wangi. Mama nak ke Wangi dan Airil buat bukan-bukan nanti?” Wangi angkat muka takut-takut tapi dia mahu mama dan papa fahami dia. Ya, dia masih muda. Sebab dia masih mudalah dia buat keputusan mahu bernikah dengan Airil. Wangi bukannya baik sangat, begitu juga Airil. Darah muda mereka mungkin mendorong mereka membuat perkara yang bukan-bukan satu hari nanti. Baru-baru ini Airil sudah mula memegang tangannya dan dia seperti merelakannya. Wangi takut dengan diri sendiri. Sebab itu dia usul pada Airil supaya mereka segera bernikah dan Airil juga bersetuju.

“Wangi!” Ternaik nada oktaf suara Bulan.

“Astaghfirullah…” Beristighfar panjang Bulan selepas itu.

“Salah ke Wangi nak lelaki yang sayangkan Wangi macam papa sayangkan mama?” Halus suara Wangi melontarkan soalan.

“Wangi…” Bulan hilang kata-kata.

“Kalau Airil betul-betul bersungguh nak kahwin dengan Wangi, suruh ibu bapa dia datang jumpa mama dan papa.” Indra menjawab tenang.

“You! Takkan you setuju macam tu je. She’s too young! Oh my God.” Kali ini Bulan rasa nak pitam. Si suami seolah setuju p**a anak mereka nak berkahwin muda.

Bulan bangkit berdiri. Sakit kepalanya dengan sikap Wangi.

“Maaa...” Wangi merengek. Dia cuba menggapai tangan mamanya itu. Dia tahu mama cuma terkejut. Mama takkan sanggup halang apa yang dia mahu.

“Give me some time. Mama tak boleh fikir sekarang ini!” Bulan angkat telapak tangan sebelum berlalu ke bilik.

“Papa…” Wangi tatap p**a wajah papanya. Mengharapkan bantuan lelaki itu p**a.

“Biar papa bincang dulu dengan mama.” Indra usap kepala Wangi.

“Thanks pa…” Wangi melarik senyum. Dia yakin papa akan berjaya memujuk mama.

.
Pautan pembelian di komen. 😙

MY SWEET MOON - MELL MARIANNTEASER 1 :“I’ve tried playing it cool, but when am looking at you, I can’t ever be brave, ca...
19/08/2023

MY SWEET MOON - MELL MARIANN

TEASER 1 :

“I’ve tried playing it cool, but when am looking at you, I can’t ever be brave, cause you make my heart race.” – One Direction

Menarik senyum sinis sendirian, dia sedar semakin hari perangainya semakin berubah. Dia bukan lagi Bulan yang dulu. Tapi apa nak dihairankan? Bapanya juga tidak pedulikan perubahannya. Abi terlalu sibuk dengan perasaannya sendiri sampai lupa yang di usia muda begini, Bulan masih perlukan perhatian abi.

Keluar dari salon, Bulan hirup udara yang menyegarkan. Whatever! Dia s**a dirinya yang sekarang. Kalau abi tak pedulikan dia, sekurang-kurangnya orang lain beri perhatian padanya.

“Bulan! Yuhuu! Sini, babe!” Nori, kawan baiknya menggamit dari dalam kereta. Seperti biasa, Nori jadi pemandu tidak berbayarnya.
Terkedek-kedek Bulan berlari anak ke arah mini cooper berwarna merah jambu milik Nori.

“Wow! Cantik gila style baru you ni, babe. Sexy!” Melantun pujian Nori sebaik saja punggung Bulan mencecah di tempat duduk penumpang.

“Kan… I love it.” Hujung rambut dengan gaya Beachy Waves with Ombrenya di bawa ke hidung. Menghidu haruman dari rambut sendiri. Serius, dia memang s**a gayanya yang sekarang.

“Mujur I baru je potong rambut I. Kalau tak, I pun nak buat style macam you.” Nori tersengih sebelum menghidupkan enjin kereta.

“No babe, you dah cantik dengan gaya you ni. Serius I cakap ni..” Bulan besarkan mata dengan bersungguh-sungguh memuji Nori.

‘Urgh, perempuan ni. Apa aku buat semua nak ikut.’ Padahal dalam hati Bulan mengkritik sahabatnya itu.

Kadang-kala dia rimas juga dengan sikap Nori tapi apa boleh buat, berkawan dengan Nori banyak kelebihannya. Dia akan lebih menyerlah di mata orang.

“Really?” Nori menyerigai sengih.

“Of course. Kalau tak, I tak kawan dengan you.”

“I tahu I cantik,” bangga Nori menjawab.

Tak lama kemudian, telefon pintar Bulan berbunyi meminta di angkat. Tertera nama Alex di skrin.

“I on the way, Alex. Sorry lambat sikit. I baru keluar salon tadi. Tunggu tau.”
Nori menjeling Bulan yang sedang menjawab panggilan di telefon. Kekasih cina dialah tu.

“Tak sabar-sabar dia nak jumpa you ya? You ada apa-apa ke dengan Alex?” Nori membuka mulut menyoal Bulan sebaik gadis itu meletak panggilan.
Bulan terkalih pandang pada Nori. Berlapis dahinya mendengar soalan dari gadis itu.

“I dengan Alex?” Soal Bulan meminta kepastian.

“Yelah, you nak jumpa dia kan ni?” Giliran Nori p**a kehairanan. Bulan memang tidak pernah mengaku tentang hubungannya dengan Alex. Tetapi semua orang pun tahu tentang keakraban mereka berdua.

“I tak bagitau you ke? Well…” Bulan keluarkan dua keping kertas dari dalam tas tangannya. Tidak menjawab soalan Nori, dia lebih teruja mahu beritahu tentang kejutannya.

“ Surprise! I dapat dua tiket eksklusif dari Alex. His group akan perform di Diamond club malam ni!” Bulan mengibas dengan teruja dua keping tiket di tangannya itu.

“Really? At Diamond club? serius lah! Setahu I, penyanyi pop**ar yang selalu buat performance kat sana. Oh my god!” Nori sudah terbeliak mata. Ikut sama teruja dengan khabar yang dibawa Bulan. Patutlah beria Bulan bersiap hari ini.

“Yeah, babe! So, malam ni kita enjoy!”

“Wuhuu!”

Bersahutan dua orang gadis remaja itu menjerit keseronokkan.

SAMPAI di depan pintu kelab, Bulan dan Nori beratur menanti giliran. Fuh, ramai juga orang hari ini. Tak sangka Arcane, kump**an indie Alex itu sudah semakin terkenal. Bukan senang kump**an baru seperti mereka mendapat peluang besar sebegini.

Sekali lagi, telefon pintar Bulan berbunyi nyaring. Alexlah ni.

“Ya sayangg… I dan Nori dah ada kat depan ni. Tengah beratur lagi. Janganlah nervous, I tahu korang boleh perform yang terbaik punya.” Nada suara Bulan sedikit kuat melawan bunyi bingit di sekelilingnya.

Sedang Bulan menenangkan Alex yang tengah gemuruh di sebalik sana, tiba-tiba tubuhnya terdorong ke hadapan akibat ditolak seseorang.

“Aduh!” Bulan mengaduh sakit.

“Hey, tak pandai sabar ke?” Berpaling ke belakang, Bulan menjegil mata pada siapa saja gerangan yang menolaknya tadi.

“Sorry, orang belakang tolak I.” Suara garau dari figura tegap yang berada di belakangnya itu meminta maaf.

Bulan terkesima. Nyaris terlepas telefon bimbitnya dari tangan.
Megat Indra?

Iris mata mereka saling bertingkah. Pemuda itu juga sepertinya terkesima seperti dia juga.

“Next!” Suara pemungut tiket kuat memanggil.

“Bulan! Cepatlah babe!”

Bulan tersentak sebelum Nori menariknya masuk ke dalam ruangan kelab tanpa sempat dia menjawab apa-apa pada lelaki itu.

Damn it! Kacau jelah Nori ni. Bulan masih tercuri-curi menoleh ke belakang. Kenapa si Megat Indra boleh datang ke tempat macam ni? Hello, lelaki itu kan terkenal dengan imej pemuda harapan bangsa. Pemuda harapan tak dapat kelab macam ni.

“Eh, kejap. Tadi tu Indra kan? Dia datang kelab?” Nori menyoal kehairanan.
Lah, baru sedar rupanya minah ni. Gerutu Bulan.

“So?” Bulan pura-pura tidak peduli. Tak mahu nampak sangat yang dia berminat pada Indra. Tapi arghh! Dia nak tatap muka kacak lelaki itu lagi.

“Hello, boleh masuk buletin kolej tau Megat Indra datang tempat macam ni. Ini kalau orang tahu, penuh kelab ni dengan perempuan yang gilakan dia tau.” Nori petik jari depan muka Bulan. Membuat gaya kepochinya itu.
Bulan tercebik. Terpaksa mengakui hakikat kata-kata Nori itu.

“Bulan!” Bulan terdengar namanya di panggil.

“Carol!” Bersinar mata Bulan apabila ternampak gadis berketurunan cina itu melambai dia dari jauh.

“Babe, you duduk dulu. I nak jumpa Carol.”

“It’s okay. I nak cari mangsa dulu. Mana tahu dapat malam ni.” Nori tersengih nakal.

Bulan menggeleng kecil. Jika dia orang katakan liar, si Nori lima kali ganda liarnya. Nak cari mangsa one night stand lah tu. Tak faham dia apa yang Nori ketagih sangat dengan perkara haram itu. Biarpun Bulan begini, dia masih menjaga permata yang satu itu. Nak mampus kena sembelih dengan abi?
Bulan mendapatkan Carol. Langsung dia memeluk tubuh genit itu.

“Wow, rambut baru haa?” Carol usik rambutnya yang kini sudah bertukar warna.

“Cantik tak?” Bulan tolak rambutnya ke belakang.

“You always beautiful baby. Cepat, sini. Kejap lagi we all nak naik stage dah. We need you.” Carol tarik tangannya ke belakang pentas.
Di situ Alex dan Evan sedang menanti.

“You’re late, amoii!” Seperti yang dijangka, Alex sudah bercekak pinggang menantinya.

“Sorry…” Bulan menekap kedua telapak tangan sambil tersengih lebar.

Pautan pembelian di komen. 😙

‼️ℕ𝕆𝕎 𝔸𝕍𝔸𝕀𝕃𝔸𝔹𝕃𝔼‼️Rose Biru Bookstore (RBB) meluaskan lagi medium jualan yang kini sudah available di Lazada dan TikTok S...
28/07/2023

‼️ℕ𝕆𝕎 𝔸𝕍𝔸𝕀𝕃𝔸𝔹𝕃𝔼‼️

Rose Biru Bookstore (RBB) meluaskan lagi medium jualan yang kini sudah available di Lazada dan TikTok Shop.

Jemputlah semua follow dan cuci-cuci mata di sana. 🤭

Link ada dalam kotak komen di bawah. 😘

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 12:00 - 18:00
Tuesday 12:00 - 18:00
Wednesday 12:00 - 18:00
Thursday 12:00 - 18:00
Friday 12:00 - 18:00
Saturday 11:00 - 14:00

Telephone

+601128025575

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rose Biru Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rose Biru Bookstore:

Share