24/03/2023
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*_Masjid Kariah Rinching Hilir_* dalam proses menukar 8 unit (2.0Hp) Penghawa Dingin di dalam ruang utama Dewan sholat. Proses menukarkan unit sedia ada menjadi keperluan utama kerana ia tidak boleh diperbaiki lagi dan sudah melebihi jangka hayatnya.
2. Sehubungan dengan itu, pihak masjid, setelah mendengar dan ambil maklum nasihat dan saranan kontraktor, mengambil keputusan akan menukar kepada penghawa dingin 3.0Hp sebanyak 5 unit. InsyaAllah, apabila selesai dipasang kelak, digandingkan bersama Penghawa Dingin 5Hp sebanyak 2 unit sedia ada, diharapkan suhu dingin dalam dewan utama akan dioptimumkan.
3. Pihak pengurusan masjid berbesar hati ingin menjemput penderma² dan penyumbang² budiman dari kariah dan luar kariah untuk turut serta dalam program Fastabiqul Khairat sempena Ramadhan Mubarak. Sekian, Jazakumullah khairan kathira.