19/10/2022
Cuci baju pun ada caranya... Ini 5 tip kekalkan warna pakaian supaya kelihatan baharu.
RAMAI di antara kita sering membiarkan pakaian yang tidak dibasuh berlonggok di tempat cucian berhari-hari ataupun berminggu-minggu.
Pakaian dan seluar kotor selalunya diletakkan ke dalam bakul tanpa dipisahkan antara jenis fabrik dan warna.
Ini menjadikan semua pakaian kotor dibasuh bersama dalam satu mesin basuh.
Akibatnya, apabila dibasuh, pakaian berwarna terang menjadi kusam kerana terdedah kepada perubahan warna daripada pakaian berwarna gelap.
Bukan itu sahaja, fabrik pakaian juga lebih mudah rosak kerana ia sering bercampur dengan pakaian yang tersekat dengan kotoran dan lumpur.
Supaya perkara ini tidak berlaku, amalan mengasingkan pakaian sebelum mencuci adalah sangat penting.
Seorang saintis Procter & Gamble, Jessica Zinna memberikan nasihat tentang cara mengasingkan pakaian mengikut warna, jenis fabrik dan tahap kekotoran.
"Kita harus mencuci pakaian secara berasingan, supaya pakaian kelihatan baik dan lebih tahan lama, terutamanya apabila mencuci dalam suhu sejuk.
"Saya secara peribadi akan mengesyorkan supaya mengasingkan warna dan jenis bahan yang berbeza sebanyak mungkin untuk mengekalkan warna dan bentuk pakaian," tambahnya.
Bukan itu sahaja, Mary Gagliardi, yang juga dikenali sebagai "Dr. Laundry," saintis dalaman dan pakar pembersihan dari Clorox, sebuah syarikat produk pembersihan dari Amerika Syarikat, juga memberikan cadangannya tentang kaedah menyusun pakaian semasa mencuci.
Katanya, mengasingkan pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah cara yang betul untuk mendapatkan hasil cucian lebih baik.
"Apabila kami menggabungkan pakaian gelap, seperti seluar jeans biru, denim hitam, stokin hitam atau baju biru tua dalam satu cucian, jika ada yang pudar, ia tidak akan kelihatan sangat.
“Sebaliknya, pakaian berwarna terang yang tidak luntur akan kelihatan kotor dan kusam, sekali gus merosakkan fabrik ini,” sambung Gagliardi.
Walaupun ramai terlupa menyusun pakaian sebelum dicuci, terdapat beberapa cadangan yang boleh anda ikuti agar tidak melupakan perkara ini.