LEK IsiUkm

LEK IsiUkm Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LEK IsiUkm, Shopping & retail, Kajang SILK, Kajang.

12/04/2022

Dalam perniagaan, Imam Ghazali menekankan 3 prinsip.

1) Berniagalah untuk membahagiakan dirimu
2) Berniagalah untuk membahagiakan keluargamu
3) Berniagalah untuk membahagiakan masyarakatmu

Ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam. Malah, menurut Imam Al-Ghazali, ihsan merupakan satu prinsip yang menempati status yang lebih tinggi berbanding prinsip-prinsip lain seperti adil dan jujur yang turut menjadi sebahagian kewajipan bagi setiap peniaga.

Rezeki yang diperoleh dengan cara ihsan tanpa merugikan orang lain akan membawa barakah atau keberkatan. Keberkatan perniagaan mampu menatijahkan kepuasan, kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang hakiki kepada peniaga walaupun hasil keuntungan tampak sedikit.

semoga kita menerapkan nilai prinsip berniaga yg ditekankan oleh Imam Ghazali.





LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN SESI 21/22

07/04/2022

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing kita kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kejahilan mereka.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat





LAJNAH EKONOMI KEUSAHAWANAN ISIUKM 21/22

05/04/2022

Bidang keusahawanan tentunya menjanjikan masa depan yang cerah andai ianya diurus dan digunakan dengan sebaik mungkin.

Diantara tokoh usahawan Muslim yang berjaya ialah Tan Sri Syed Moktar Al Bukhary yang tersenarai di dalam 10 usahawan yang berjaya di Malaysia. Ikuti Pesanan yang disampaikan beliau kepada bakal usahawan

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

Semoga kita sama-sama tergolong sebagai usahawan muslim yang berjaya, berbakti kepada agama & menurut perintahNya.





LEK ISIUKM 2021/2022

[WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN]Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahter...
07/02/2022

[WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera warga UKM

Anda semua dijemput untuk menghadiri WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN

Webinar kali ini akan mengupaskan tentang konsep dan ciri-ciri perniagaan patuh syarie yang patut diamalkan oleh setiap usahawan muslim. Topik ini akan dibahas oleh panel pakar muamalat Malaysia.

Butiran program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 12 Februari 2022 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pm - 10.30 pm
💻 Platform: FB LIVE ISIUKM

Para peserta diminta untuk mendaftarkan diri:
https://forms.gle/fx2ZYHeGtYfhpvbD9

E-Sijil dan i-Star disediakan‼️ 🤩🤩🤩

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi nombor yang tertera:

📞 http://www.wasap.my/60139329705 (Irfan Hadi)

📞 http://www.wasap.my/601117858260 (Nur Baiti)

Ayuh bersama-sama memeriahkan webinar ini dengan kehadiran anda semua💪🏻💪🏻💪🏻

LAJNAH EKONOMI & KEUSAHAWANAN
ISIUKM & PERDANA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2021/2022

COKLAT? BUNGA ? Hmm bosannya 😭Tak tahu nak hadiahkan apa pada orang tersayang?!! Jangan risau laa korang EMBROIDERY KAN ...
08/01/2022

COKLAT? BUNGA ? Hmm bosannya 😭

Tak tahu nak hadiahkan apa pada orang tersayang?!!

Jangan risau laa korang
EMBROIDERY KAN ADA🤩

Ini sangat sesuai untuk
✨Sahabat.
✨Ahli keluarga.
✨Pasangan halal anda.
✨Perhiasan rumah dan bilik.
✨Pasangan yang baru berkahwin
Dan banyak lagi.🤩

✅ Preorder.
✅Tidak urgent.
✅ Rm 10 postage serta wrapping dan wishnote.

Kami sedia membantu anda🥰

Berminat ?🥰Boleh terus tekan link untuk maklumat lanjut.
wasap.my/601119127737/preorderembroidery






01/01/2022

Perbelanjaan
terbahagi kepada 3

1. Perbelanjaan asas - keperluan seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya

2. Perbelanjaan kehendak - memenuhi kemahuan dan kehendak

3. Perbelanjaan bermewahan -untuk belanja perkara-perkara yang mahal dan mewah




LEK ISIUKM 2021/2022

28/12/2021

Muliakan dirimu, wahai wanita.



25/12/2021

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

• BAITUL MAL

– Merupakan perbendaharaan dan mempunyai peranan yang lebih penting selain menyimpan dan mengagihkan harta kerajaan.

– Berperanan dalam membentuk dan menggubal polisi kewangan dan pembiayaan awam yang kini dilakukan oleh Kementerian Kewangan;

– Melaksanakan tugas Bank Pusat terutama sebagai “lender of last resort” atau peminjam terakhir;

– Membentuk dasar dan melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.

– Berperanan mengutip segala kutipan (zakat dan cukai lain) yang wajib mahu pun harus.

• WAQAF

– Merupakan institusi agama yang sah di mana seseorang dapat mendermakan sebahagian daripada hartanya untuk tujuan agama atau kebajikan. Ulama Islam telah memutuskan bahawa institusi ini dibenarkan untuk memiliki harta. Waqaf dibenarkan untuk menjual dan membeli, boleh berhutang dan memberi hutang dan boleh disaman dan menyaman. Ciri-ciri yang ada pada juridical person terdapat pada waqaf.

• INSURANS

– Operasi insurans berlaku di zaman selepas kewafatan Rasulullah, apabila pedagang- pedagang perdaganagan antarabangsa pada masa dahulu berpakat dan berkongsi melaksanakan sistem insurans untuk mengurangkan risiko kerigian melalui pembahagian keuntungan. Malaysia mula menubuhkan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada 15 Julai 1985 dan MNI Takaful Sdn. Bhd. yang ditubuhkan beberapa tahun kemudian.Objektif Takaful adalah untuk menyediakan perlindungan kepada masyarakat Islam yang ditimpa malapetaka melalui mekanisme yang selaras dengan syarak iaitu secara mudharabah.

Siapa yang tidak mensyukuri manusia maka dia tidak mensyukuri Allah" .(HR. Abu Daud dan At-Turmuzi).Syukur itu diwujudka...
23/12/2021

Siapa yang tidak mensyukuri manusia maka dia tidak mensyukuri Allah" .(HR. Abu Daud dan At-Turmuzi).

Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :

a. Syukur dengan hati, yaitu menyadari dan menyakini bahwa semua nikmat dan karunia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.

b. Syukur dengan lisan, yaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.

c. Syukur dengan perbuatan, yaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan karunia itu untuk kebaikan.




LEK ISIUKM SESI 2021/2022

6 Nasihat Kewangan Untuk Kejayaan1. Bina impian yang besar.☑️  İmpian yang besar tapi realistik, contohnya nak capai tah...
21/12/2021

6 Nasihat Kewangan Untuk Kejayaan

1. Bina impian yang besar.
☑️ İmpian yang besar tapi realistik, contohnya nak capai tahap kebebasan kewangan yang mana dah berjaya jana pendapatan pasif yang banyak sehingga mampu menampung perbelanjaan untuk ibubapa,adik beradik, dan diri sendiri serta memiliki aset2 rumah dan kereta sendiri.
✨ Bak kata orang, tak salah untuk memiliki impian.Mempunyai impian yang besar dan realistik akan menjadi pendorong bagi kita mencapai kejayaan.

2. Tetapkan matlamat, buat sampai jadi.
☑️ Tulis impian tersebut dalam buku atau sehelai kertas, kemudian tampal di tempat-tempat yang selalu dilihat seperti pada cermin meja solek atau dekat pintu.
☑️ Apabila hari-hari tengok impian kewangan sendiri, mesti rasa terdorong untuk capai impian tersebut.
☑️ sekarang, kena tetapkan p**a matlamat kewangan dan rancang pelan kewangan untuk merealisasikan impian.
☑️ Tetapkan jumlah dan masa yang spesifik.Sebagai contoh, nak simpan dana kecemasan sebanyak RM 20,000 dalam masa dua tahun.
✨ Selepas tetapkan matlamat, rancang p**a pelan kewangan untuk capai matlamat tersebut.Kalau tak pandai nak rancang pelan kewangan, boleh dapatkan bantuan daripada perunding kewangan yang berpengalaman.

3. Berdisiplin dalam membuat simpanan
☑️ Mula dulu sikit-sikit, konsisten dan berdisiplin dengan simpanan yang dibuat, lama-lama apabila dah terbiasa, tambahkan lagi.
☑️ Lagi banyak menyimpan, lagi cepat dan mudah nak capai matlamat kewangan.Mula-mula, simpanlah untuk bina dana kecemasan terlebih dahulu.
☑️ Simpanlah di tempat simpan duit terbaik, sama ada Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).
☑️ Dana kecemasan dah cukup, mula menyimpan untuk tabung modal pelaburan. Duit simpanan kalau dibiarkan sahaja boleh jadi rugi juga disebabkan oleh inflasi.Jadi, kenalah buat pelaburan.
✨ apabila modal simpanan dah cukup, boleh pilih peluang pelaburan terbaik yang memenuhi keperluan sendiri untuk percepatkan lagi pelan mencapai matlamat dan impian kewangan.

4. Kawal emosi dan nafsu berbelanja.
☑️ Salah satu sebab utama ramai orang gagal menyimpan duit dan mencapai matlamat kewangan yang diingini adalah disebabkan gagal mengawal nafsu berbelanja.
☑️ Nampak sahaja barang mewah yang diingini, terus keluarkan duit dan beli tanpa membuat kira-kira terlebih dahulu.
Akibatnya, perbelanjaan melebihi pendapatan menyebabkan tiada simpanan dapat dilakukan.
☑️ Ini semua angkara tidak dapat mengawal emosi dan nafsu berbelanja.Terlalu terikut-ikut gaya kehidupan mewah walaupun sebenarnya diri-sendiri tak berkemampuan pun.
Oleh itu, kenalah kawal emosi apabila berbelanja.
☑️Kena tahu mana satu keperluan, mana satu kehendak.Buat kira-kira sebelum mendapatkan sesuatu barang yang diingini, nilaikan kemampuan kewangan sendiri.
✨ Keputusan yang bijak semasa membuat perbelanjaan, ini akan membantu anda membina asas kewangan yang kukuh untuk mencapai matlamat dan impian kewangan yang diingini.

5. Pelbagaikan sumber pendapatan.
☑️ Sumber pendapatan utama adalah daripada kerja makan gaji, cuba pelbagaikan dengan membuat perniagaan kecil-kecilan.
Paling mudah, boleh buat bisnes online.
Kita sekarang berada di era konvergens.
☑️ Dunia tanpa sempadan, teknologi di hujung jari.Jadi, memang mudah nak buat bisnes online. Boleh buat bisnes online di Facebook, buat duit dengan affiliate atau bisnes ebay.
☑️ Bagi mereka yang dah berniaga kecil-kecilan p**a, usaha lebih lagi untuk kembangkan perniagaan sedia ada. Bangunkan sistem yang sesuai untuk perniagaan anda supaya boleh menjana lebih keuntungan di samping membolehkan anda lebih relaks.
✨Hasil daripada perniagaan, jangan p**a dibelanjakan sesuka hati, sebaliknya utamakan untuk beli aset dan buat pelaburan.Aset dan pelaburan juga boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kita.

6. Jangan lupa zakat, sedekah dan cukai
☑️ Mesti selalu ingat kata-kata ini, “Sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh dan aset yang dimiliki, ada hak orang lain ke atasnya”
☑️ Bagaimana nak tunaikan hak orang lain tersebut?
Kenalah keluarkan zakat, banyakkan sedekah dan bayar cukai.Barulah berkat pendapatan yang diperoleh dan aset yang dimiliki.
✨ Jangan takut duit kita berkurang, sebaliknya yakinlah bahawa nanti akan dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.Cuma sebagai peringatan dan pesanan untuk kejayaan masa depan.


🌻🌻🌺🌻🌻*SEKALUNG PENGHARGAAN*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.*Sejuta Terima kasih* buat seluruh Pelanggan kami yang su...
06/12/2021

🌻🌻🌺🌻🌻
*SEKALUNG PENGHARGAAN*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

*Sejuta Terima kasih* buat seluruh Pelanggan kami yang sudi menggunakan Khidmat kami untuk menyempurnakan hajat kalian iaitu
*"Mengembirakan Orang yang tersayang"*.

Tidak dilupakan juga, *SeInfiniti Jazzakumullahu khairan* kepada seluruh tenaga penggerak Projek Bouquet Konvokesyen pada kali ini atas kesudian memberikan masa dan tenaga untuk turut sama menjayakannya pada sesi kali ini.Semoga kalian diberkati dan diredhai atas segala sumbangan.

Fuhh, kedua-duanya amat penting buat kami di *Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan ISIUKM*

Tanpa anda semua, Siapalah kami.

"Cakna Ekonomi, Membina Insan serba-serbi"



LEK ISIUKM SESI 2021/2022

Address

Kajang SILK
Kajang
43000

Telephone

+60174259065

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LEK IsiUkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share