QURAN centre

QURAN centre KAMI MENJUAL PELBAGAI JENIS QURAN DAN TERJEMAHAN SERTA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN WAQAF AL-QURAN

*IBADAH QURBAN di MALAYSIA  (2023M/1444H)*_________________________________________________Ibadah Qurban yang datang set...
09/05/2023

*IBADAH QURBAN di MALAYSIA (2023M/1444H)*
_________________________________________________

Ibadah Qurban yang datang setahun hanya 4 hari di dalam bulan Zulhijjah menjadikan ibadah Qurban sebagai ibadah yang terhad.

Selain ber Qurban di luar negara, kita dituntut untuk mengutamakan Qurban di sekitar kita.

Inshaallah, kami dari Quran Centre berhajat untuk melaksanakan amanah ibadah Qurban daripada anda semua di sekitar Kelantan khusus kepada masyarakat orang asli dan masyarakat setempat.

Pada tahun ini, kami membuka harga RM850 untuk satu bahagian lembu.

Setiap nama akan disebut sebelum penyembelihan binatang Qurban dan akan menyerahkan video kepada setiap peserta Qurban. Penglibatan penama amat digalakkan sesuai dengan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan lepaskan peluang yang datang hanya 4 hari dalam setahun ini.

Semoga manfaat Qurban tahun 2023M/1444H ini sampai kepada mereka yang kurang berkemampuan.

JADIKAN HARI RAYA QURBAN SEBAGAI HARI UNTUK KITA BERKONGSI REZEKI😃

(Kalau rasa bermanfaat, jom share ramai ramai supaya lebih ramai orang yang dapat melihat iklan ini)

CARA MENGGUNAKAN FUNGSI WAQAF IBTIDA DI DALAM AL-QURAN CETAKAN KARYA BESTARI____________________________________________...
15/04/2023

CARA MENGGUNAKAN FUNGSI WAQAF IBTIDA DI DALAM AL-QURAN CETAKAN KARYA BESTARI
__________________________________________________________________

Anda pasti selalu menghadapi masalah ketika membaca Al-Quran dan anda tidak pasti di ayat manakah yang sesuai untuk anda berhenti membaca dan di ayat manakah anda ingin mengulang semula bacaan.

Disebabkan di Malaysia majoriti tidak tahu berbahasa Arab, kita tidak tahu perkaataan manakah yang sesuai untuk kita berhentikan bacaan kita.

Alhamdulillah, dengan adanya bantuan tanda Waqaf Ibtida di dalam Al-Quran cetakan modern, kita tidak perlu risau untuk berhentikan ayat dan mungkin akan mengubah maksud asal perkataan tersebut.

Sebagai contoh di gambar yang tertera, kita dapat melihat "highlight" berwarna hijau dan merah.

Apabila anda melihat tanda berwarna hijau, anda perlu berhenti dihujung warna hijau dan anda perlu mulakan semula ayat tersebut pada awal warna hijau.

Jika anda berjumpa dengan tanda berwarna merah, and perlu berhenti pada hujung perkataan tersebut dan anda tidak perlu mengulang semula perkataan yang di highlight kan. Anda hanya perlu mula bacaan pada ayat selepas tanda merah.

______________________________
Jika anda ingin mendapatkan Al-Quran dengan tambahan Waqaf Ibtida, anda boleh menghubungi saya dengan menekan link whatsapp di bawah.

https://wa.link/h0qng6
https://wa.link/h0qng6
https://wa.link/h0qng6

13/04/2023

SEDEKAH JARIAH, AMALAN YANG MEMBERI MANFAAT SEHINGGA MATI
____________________________________________

Jom berinfaq serendah RM10 bersama Quran Centre.

Kelebihan kami ialah, kami bukanlah semata mata melakukan Infaq Al Quran, tetapi kami merupakan syarikat yang menjalankan operasi menjual Al-Quran dan kitab² agama.

Dengan setiap infaq yang diberikan, kita akan berkongsi beli Al-Quran dan kitab² agama untuk kami serahkan kepada pihak yang memerlukan.

Jom realisasikan matlamat kami iaitu, kami berharap mampu untuk menjadikan setiap umat islam di Malaysia memiliki kitab Al-Quran untuk diri mereka sendiri.
_____________________________________________
JANGAN BERHENTI MEMBUAT AMAL SETAKAT BULAN RAMADHAN, KERANA MANFAAT AMAL JARIAH TETAP DIHITUNG BILA² MASA DAN DIMANA JUA.
_________________________
https://wa.link/9e1kb4
https://wa.link/9e1kb4
https://wa.link/9e1kb4
https://wa.link/9e1kb4

Dah lebih separuh ramadhan, jom dapatkan Al - Quran Al Andalus.CIRI² ISTIMEWA QURAN AL ANDALUS1- BERSAIZ A42. TERJEMAHAN...
08/04/2023

Dah lebih separuh ramadhan, jom dapatkan Al - Quran Al Andalus.

CIRI² ISTIMEWA QURAN AL ANDALUS

1- BERSAIZ A4
2. TERJEMAHAN SETIAP SATU PERKATAAN
3. MEMPUNYAI PANDUAN TAJWID
4. MEMPUNYAI PANDUAN WAQAF DAN IBTIDA

Dengan harga RM80 Sahaja. Tidak termasuk postage.

ANDA CARI QURAN? BOLEH HUBUNGI KAMI

Alhamdulillah, kami telah serahkan 120 buah muqaddam untuk diberikan kepada penduduk kampung Pos Telanok di Cameron High...
04/04/2023

Alhamdulillah, kami telah serahkan 120 buah muqaddam untuk diberikan kepada penduduk kampung Pos Telanok di Cameron Highland.

Wakil Kelab Comrade dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengagihkan Muqaddam ini kepada setiap rumah penduduk Kampung Orang Asli Pos telanok pada jumaat ini (7 April 2023)

Kepada anda yang berminat untuk berinfaq bersama Quran Centre boleh terus mesej kami di messenger atau komen dibawah

MISI INFAQ AL QURAN (ROAD TO RAMADHAN)1.)          Misi kami di Quran Centre adalah untuk menjadikan setiap muslim memil...
20/11/2022

MISI INFAQ AL QURAN (ROAD TO RAMADHAN)

1.) Misi kami di Quran Centre adalah untuk menjadikan setiap muslim memiliki Quran sendiri dan tidak berkongsi dengan orang lain demi keselesaan sendiri.

2.) Tidak ramai muslim di negara kita yang memiliki naskhah Al-Quran mereka sendiri disebabkan harga Al-Quran yang tinggi di pasaran.

3.) Realiti harga Al-Quran di pasaran untuk saiz A4 bermula daripada RM30 hingga mencecah harga ratusan ringgit.

4.) Cara untuk berinfaq di Quran Centre mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat transaksi jumlah infaq melalui perbankan internet atau terus ke kedai kami dan hantar resit anda ke nombor whatsapp yang tertera di bawah.

Semoga setiap amalan kita menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak.

(JOM BERINFAQ BERSAMA QURAN CENTRE)

https://wa.link/x762vj
+60 14-651 0967

Al-Quran Percuma untuk semua (Sebahagian hasil infaq)Kepada anda yang memerlukan Al quran untuk kegunaan harian, anda bo...
15/09/2022

Al-Quran Percuma untuk semua (Sebahagian hasil infaq)

Kepada anda yang memerlukan Al quran untuk kegunaan harian, anda boleh ambil daripada kami.

Syarat² nya ialah, anda perlu berazam untuk membaca al-quran Selalu dan bukan untuk dijual.

Semoga berita ini sampai kepada semua lapisan masyarakat.

PERNAHKAN ANDA TERPIKIR BAGAIMANA PROSES AL-QURAN DI MALAYSIA DILULUSKAN OLEH PIHAK KDN?1.  Proses kelulusan dilakukan o...
27/06/2022

PERNAHKAN ANDA TERPIKIR BAGAIMANA PROSES AL-QURAN DI MALAYSIA DILULUSKAN OLEH PIHAK KDN?

1. Proses kelulusan dilakukan oleh KDN menerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) yang dianggotai m***i di seluruh Malaysia dan mempunyai akta khas bagi melindungi al-Quran.

2. Sebelum Al-Quran diterbitkan, ianya perlu mendapat perakuan betul daripada LPPPQ terlebih dahulu. Pruf akhir al-Quran yang akan dicetak hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada LPPPQ untuk semakan. Apabila disahkan betul oleh LPPPQ baru cetakan boleh dibuat dan cop ‘Perakuan Betul’ LPPPQ akan dicetak pada setiap al-Quran.

3. Manakala, Al-Quran yang diimport dari luar negara untuk dibawa masuk ke dalam Malaysia juga perlu mendapat kelulusan LPPPQ. Selepas mendapat ‘Perakuan Betul’ dari LPPPQ barulah al-Quran itu boleh diimport masuk untuk diterbitkan atau dicetakkan didalam Malaysia.

4. Perkara penting sebelum mushaf al-Quran mendapat ‘Perakuan betul’ adalah semakan akan dibuat dengan teliti oleh Lajnah Tasheh al-Quran KDN terdiri daripada 35 hafiz yang juga pakar dalam penulisan al-Quran (Rasm dan Dhabt al-Quran).

Akhir kalam, KDN bukan saja memantau penerbitan, malah pencetakan al-Quran dan pelesenan dibuat ke atas kilang yang mencetak al-Quran. Al-Quran tidak boleh dicetak melainkan di kilang yang mempunyai Lesen Mencetak Teks al-Quran.

Setakat ini 57 kilang pencetakan sudah mendapat Lesen Mencetak Teks al-Quran yang juga dikeluarkan LPPPQ. Tujuan pelesenan dikeluarkan bagi memastikan kilang yang mencetak al-Quran memahami dan menjaga kemuliaan serta kesucian al-Quran antaranya dari segi pengendalian. Selain itu, hanya pekerja Islam sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan proses mencetak al-Quran.

NAK BELI AL-QURAN PUN PERLU SEMAK DULU KE?YA perlu, di Malaysia sebelum anda membeli al-Quran yang dijual di toko buku, ...
24/06/2022

NAK BELI AL-QURAN PUN PERLU SEMAK DULU KE?

YA perlu, di Malaysia sebelum anda membeli al-Quran yang dijual di toko buku, ianya perlu disemak sama ada Quran tersebut mempunyai cop daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ataupun tidak. Pihak KDN juga meletakkan pelekat hologram pada al-Quran bagi memudahkan orang ramai mengimbas kod bar di pelekat hologram tersebut. Boleh rujuk gambar di bawah
_________________________________________________

BUKANNYA KDN NI TUGASNYA UNTUK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA?

Sebagai negara Islam yang mempunyai industri penerbitan al-Quran, kita amat memerlukan sebuah entiti bagi memastikan teks yang disalin sama ada dalam bentuk mushaf atau terkini boleh didapati secara digital tidak mempunyai kecacatan atau kesilapan. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bukan sahaja berperanan penting bagi menjaga keselamatan negara tapi turut terbabit secara langsung dalam memartabatkan kesucian al-Quran di Malaysia.

Oleh itu, kita perlu memastikan al-Quran yang dibeli perlu pengesahan oleh KDN supaya tidak mebuat kesilapan ketika membaca ayat suci al-Quran.

22/06/2022

ANDA PASTI BANGGA JIKA ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PENYUMBANG AL QURAN BERSAMA KAMI
______________________________________________

Sedekah merupakan pahala yang tidak akan putus walaupun kita telah meninggal dunia. Menyumbangkan Al-Quran kepada mereka yang memerlukan merupakan salah satu bentuk sedekah yang anda mampu lakukan.

Harga Quran di Malaysia tidaklah semurah yang anda sangkakan.

Tidak semua orang mampu membeli Al-Quran yang berkualiti di zaman kegawatan ekonomi yang melanda negara pada masa kini.

Jika anda rasa semua muslim telah memiliki Al-Quran di Malaysia, anda mungkin telah tersilap.

Sepanjang kempen penyerahan Quran yang kami laksanakan, masih ramai yang tidak memiliki Al-Quran. Dan ada juga yang hanya memiliki Al-Quran dikongsikan bersama 7 sekeluarga.

Jadilah sebahagian daripada warga Quran Centre dan bersama sama kita berusaha untuk merealisasikan impian untuk mengagihkan Al-Quran kepada semua muslim di luar sana.

JOM MENYUMBANG BERSAMA QURAN CENTRE

KLIK BUTANG MESSENGER ATAU TERUS SIMPAN NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN KAMI.

SILA TEKAN LINK DIBAHAGIAN KOMEN DI BAWAH UNTUK TERUS KE WHATSAPP KAMI.

KEMANA WAKAF²/INFAQ² YANG TELAH DIBERIKAN? 🤔Quran Centre telah bermula pada oktober 2020. Walaupun dalam keadaan covid b...
17/06/2022

KEMANA WAKAF²/INFAQ² YANG TELAH DIBERIKAN? 🤔

Quran Centre telah bermula pada oktober 2020. Walaupun dalam keadaan covid baru melanda negara dan banyak kedai yang tutup, kami tetap mencuba untuk memulakan perniagaan Al-Quran dan barangan agama seperti iqra, sejadah dan sebagainya sebagai OPERASI UTAMA quran centre.

Disebabkan ramai pelanggan kami yang berhati mulia, ramai yang ingin membeli Al Quran untuk diberikan kepada orang lain. Jadi, kami memperkenalkan program INFAQ Al-Quran sebagai salah satu aktiviti perniagaan kami.
____________________________________________
So, persoalan yang selalu timbul ialah, adakah kami mengambil keuntungan dari infaq ini?

Ya, kami mengambil untung kerana, infaq dikedai kami bermaksud, anda membeli al-quran daripada kami, dan kami serahkan Al-Quran itu kepada orang lain. Jadi, sama sahaja seperti keuntungan kami menjual Al-Quran

Tambahan lagi, jika ada tahfiz atau sekolah yang inginkan Al-Quran dari kami, kami sendiri akan menghantar Al-Quran tersebut tak kira jauh mana pon.

____________________________________________
BERAPA NASKHAH TELAH DI SERAHKAN?

Alhamdulillah, setakat ini, lebih dari 2500 naskhah telah diserahkan kepada tahfiz, individu, dan sekolah.

____________________________________________
SELAIN AL-QURAN, INFAQ APA LAGI YANG ADA DI QURAN CENTRE?

Kami juga buka kepada orang ramai untuk infaqkan kitab kitab kerana, banyak tahfiz yang telah pon memiliki Al-Quran tetapi, masih kekurangan kitab² untuk sesi pembelajaran.

____________________________________________
MACAM MANA BOLEH TERFIKIR UNTUK MEMBUAT WAKAF?

Salah seorang pengurus kedai kami pernah membaca satu kisah tentang sebuah kedai pizza di luar negara yang membuat skim bayaran advance untuk sekeping pizza, dan sesiapapun boleh mendapatkan pizza percuma kerana ada orang lain yang telah membayar pizza tersebut.

Anda boleh membaca kisah ini di link tertera

https://www.npr.org/sections/thesalt/2015/01/14/377033772/philadelphia-pizza-lovers-pay-it-forward-one-slice-at-a-time

____________________________________________
NAK QURAN FREE BOLEH TAK? 😁

Boleh, anda contact je kami melalui nombor yang tertera atau messenger atau, terus datang ke kedai kami dan terus minta kepada staff yang bertugas untuk mendapatkan Quran Percuma.

P/s: Quran percuma adalah hasil infaq orang ramai, anda perlu untuk menggunakan Al-Quran yang diberikan secara sepenuhnya supaya orang yang memberi infaq mendapat ganjaran dari amalan membaca Al-Quran dari anda.

____________________________________________
MENGAPA BAGUS UNTUK MEMBELI QURAN DAN BERWAKAF MELALUI QURAN CENTRE?

Advantage dari kami ialah, kami bukan sahaja beroperasi secara online, kami juga ada kedai fizikal. Anda boleh terus ke kiosk kiosk kami yang terletak di :
-GIANT SERI KEMBANGAN
-GIANT PUTRA HEIGHT
-LOTUS BANDAR PUTERI
-MYDIN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

ANDA JUGA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI MELALUI NOMBOR DI MESSENGER DAN JUGA MELALUI ONLINE PAYMENT YANG TERTERA DI POSTER DIBAWAH.

____________________________________________

JOM BELI QURAN DAN BERWAKAF MELALUI QURAN CENTRE



___________________________________________

SIRI AL-QURANSURAH AN-NAS▪️︎▪️︎▪️︎قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ. مَلِكِ النَّاسِۙ. اِلٰهِ النَّاسِۙKatakanlah (wahai M...
13/06/2022

SIRI AL-QURAN
SURAH AN-NAS
▪️︎
▪️︎
▪️︎

قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ. مَلِكِ النَّاسِۙ. اِلٰهِ النَّاسِۙ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ەۙ الْخَنَّاسِۖ
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

الَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسِۙ
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ࣖ
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Surah An-Nas, Ayat 1-6



Address

Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when QURAN centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category