03/05/2026
SUDAH TIBA MASANYA AJAR ANAK LELAKI JAGA MARUAH JAGA KEMALUAN
Seorang gadis 19 tahun ditikam 61 kali oleh lelaki dikenali dan dipercayai.
Bayangkan 61 tusukan tajam mengenai organ dalaman termasuk pada wajah
Itu bukan marah.
Itu bukan cinta.
Itu adalah kegagalan didikan.
Kita semua sedih. Kita semua marah.
Tapi kita kena jujur yang ini bukan kes terpencil.
Ini hasil daripada budaya yang kita sendiri bina dalam diam bertahun-tahun malah sehingga hari ini.
Apabila anak perempuan membesar, kita sebagai ibu sering berpesan,
“Jangan keluar malam.”
“Jangan pakai macam tu.”
“Jangan bercouple.”
"Jangan tegur lelaki tak dikenali"
Seolah-olah dunia ni bahaya disebabkan perempuan yang tidak cukup menjaga diri.
Tapi pada masa yang sama, apa kita ajar pada anak lelaki?
Kita diam.
Kita biar.
Kita anggap mereka “lelaki, biasalah…” Sudah tahu.
Inilah silap paling besar kita sebagai ibu bapa.
Yang kita perlu tahu anak lelaki hari ini bukan sekadar perlu diajar cari duit tetapi PALING PENTING
Mereka WAJIB diajar supaya menjaga nafsu.
WAJIB diajar jaga kemaluan.
WAJIB diajar jaga maruah wanita
Kalau dari kecil dia biasa melihat ayah meninggikan suara pada ibu, biasa mendengar perempuan dihina atau tidak pernah ditegur bila kurang ajar dengan wanita jangan terkejut apabila
dia membesar nanti akan menjadi lelaki yang tidak tahu erti hormat.
Apabila emosi tidak dapat dikawal,
tangan mula naik, mulut memaki membabi buta, akal hilang kewarasannya. Lebih menakutkan
nyawa orang jadi taruhan.
Ibu bapa, dengar ini baik-baik:
Anak lelaki bukan hanya perlu dilindungi,
mereka perlu DIDIDIK.
Didik mereka supaya faham dan ingat
1. Perempuan bukan tempat melepaskan nafsu
2. Perempuan bukan milik untuk dikawal
3. “Tidak” bermaksud tidak — walau dalam apa sahaja hubungan
4. Marah bukan alasan untuk sentuh apatah lagi mencederakan.
Dan yang paling penting
ajar mereka bahawa kemaluan itu amanah, bukan alat untuk merosakkan hidup orang lain.
Kalau anak lelaki tidak diajar batas dan Maruah dia bukan saja merosakkan orang lain
dia sedang menghancurkan masa depan dirinya sendiri. Akhrnya penjara dan dosa.menjadi hukuman selamanya.
Penyesalan akan menghantui seumur hidup.
Semua yang disebutkan di atas bermula dari satu
perkara: didikan yang kita abaikan. Nasihat yang tidak pernah dingatkan. Kerana apa? Kerana kita percaya dia anak lelaki, yang tidak perlu diberitahu, diingatkan mengenai menjaga diri, menjaga kemaluan dan menjjaga maruah diri. Malah mereka tidak pernah diingatkan supaya melindungi wanita seperti mana melindungi ibu, adik dan kakak sendiri.
Hari ini mungkin bukan anak kita.
Tapi kalau kita terus diam esok, siapa tahu?
Cukup-cukuplah kita hanya berpesan pada anak perempuan untuk takut.
Sudah tiba masanya kita bangunkan anak lelaki untuk bertanggungjawab.
Kerana dunia ini tak akan selamat…
selagi lelaki tidak diajar untuk menghormati dan bertanggungjawab.