22/01/2021
Tips Tidak Mudah Lupa daripada DrMAZA.com : 🧠
Ada yang bertanya, bagaimanakah untuk mengelakkan kita lupa apa yang dipelajari? 🤔
Ada p**a yang mengambil kesempatan dengan menjual air jampi kononnya menguatkan ingatan. Padahal yang menjampi juga sering terlupa.
Pada umumnya, seseorang yang banyak menghafal berkemungkinan akan banyak juga yang dia terlupa. Jika dia hafal sedikit, sedikitlah lupanya.
Jika dia tak mahu lupa, jangan hafal langsung, maka memang tiada apa yang akan dia lupa. Itu sebab pemalas menuntut tidak lupa ilmu dan mengingati kejahilan semata.
Para ulama dahulu memberikan beberapa petua untuk menguatkan ingatan, antaranya kata al-Imam al-Zuhri dia meminum madu dan mengelakkan apple masam agar kuat ingatan. Itu pengalamannya. Tiada nas yang jelas dalam itu, cuma yang pasti al-Quran menyatakan madu adalah ubat untuk manusia.🍏
Maka, carilah madu yang asli agar kita dapat merasai apa yang dirasai oleh al-Zuhri. Namun, di sudut penambahan ilmu, jika makan madu tapi malas belajar dan menghafal, tentu sama saja dengan yang tidak minum madu. 🍯
P/s : Itu gambar ketika proses madu habbatussauda beegro dikutip di ladang habbatussauda 🍯🐝🇪🇬