30/07/2020
Assalamualaikum wbt. Admin mewakili Keluarga TONE, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua yang beragama Islam. Kami harapkan hanya yang terbaik untuk anda di hari yang mulia ini. Semoga kita sama-sama dapat menghayati konsep Qurban serta ketaatan kepada Nya, InsyaAllah.
Juga kami berharap agar dapat kita semua mengamalkan norma baru di di dalam menjalankan ibadah serta sambutan bersama keluarga dan rakan-rakan. Jaga diri, kerap basuh tangan dan amalkan penjarakkan sosial seperti biasa, geng.
Akhir sekali, TONE HQ tidak akan beroperasi pada Jumaat, 31 Julai 2020 bersempena cuti umum Hari Raya Aidiladha ini. Anda masih boleh menghubungi kami melalui TONE WOW Careline di 011.5900.0969 .